Teow Chew ada salah satu kaum yang terdapat dalam bangsa cina. Secara umumnya, bubur nasi teow chew adalah bubur nasi yang biasa didapati di Malaysia. Semua orang biasa makan cuma tak menyedari bahawa bubur nasi yang dimakan itu asalnya bubur nasi Teow Chew. Bagaimanapun bubur nasi teow chew mempunyai ciri-ciri tertentu. Pengiringnya pula pelbagai tetapi dibawah ini saya nyatakan serba sedikit pengiring yang paling ringkas, murah, mudah dan popular. Memang bubur nasi banyak dikaitkan dengan orang miskin  macam saya tapi kini saya dapati bubur nasi set lengkap seperti ini dijual dengan harga lebih kurang RM5. Kiranya, tak de la miskin sangat saya ni. Orang yang makan nasi goreng kampung lagi miskin. Heheheh

Hebat! #Rexonamove menyelesaikan perjalanan membantu individu yang kurang bernasib baik dalam masa kurang dari sebulan. Klik disini untuk sama-sama membantu mereka.



Bahan-bahan untuk Bubur Nasi Teow Chew
140g Beras
1.5L Air

Bahan-bahan Pengiring Bubur Nasi Teow Chew
1 biji Telur Masin
2 helai Daun Bawang
50g Lobak Masin
10g Halia Muda
50ml Kicap Cair
50g Kacang Tanah
15g Bawang Goreng
20g Ikan Bilis
50ml Minyak Bijan



Cara membuat Bubur Nasi Teow Chew
  1. Masak air sehingga hampir mendidih dalam periuk yang besar dengan api sederhana.
  2. Sementara itu, cuci beras sehingga bersih dan toskan.
  3. Apabila air hampir mendidih, masukkan beras dan kacau sekali sekala sehingga mendidih.
  4. Apabila mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih selama 25 minit.
  5. Jika perlu, tambahkan air panas lagi untuk mengelakkan air kering.
  6. Sementara itu, telur masin direbus sehingga masak sepenuhnya dan dibelah 4.
  7. Daun bawang dihiris nipis. Halia muda dipotong julienne. Lobak asin dicincang.
  8. Kacang tanah dan ikan bilis digoreng berasingan dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  9. Hidangkan bubur nasi sewaktu panas didalam mangkuk yang sesuai. Taburkan daun bawang, bawang goreng, minyak bijan dan pengiring-pengiring yang lain.

 

Tip Masakan Komersial
  1. Bubur nasi teow chew boleh dibezakan dengan dengan bubur nasi cara cantonese dengan melihat tekstur bubur nasinya. Bubur nasi teow chew dimasak dengan berhati-hati supaya tekstur nasinya masih berbiji sedangkan bubur nasi cara cantonese lebi h lembut dan kembang.
  2. Kaedah memasukkan beras hanya apabila air hampir mendidih membolehkan anda memperolehi tekstur yang betul untuk bubur nasi teow chew. Pastikan ia tidah direnih terlalu lama untuk mengelakkan nasi menjadi lembut dan hancur. 25 minit adalah masa yang paing sesuai.
  3. Segala jenis lauk pauk sesuai dihidangkan bersama bubur nasi teow chew. Cubalah bersama ayam goreng kunyit, ayam goreng halia, sayuran goreng dan lain-lain.