Hampir setengah bulan saya tak update. Bukan tak mau tapi berbagai halangan. Minggu lepas saya berada di KL sepanjang minggu. Minggu ni kembali dengan tugas-tugas yang melambak. Pada mulanya saya rasa tak akan update blog sebelum sebuah buku resepi saya ni siap. Tapi fikir-fikir semula, buku tak siap-siap, blog pun bersawang. Jadi saya selit juga la. Jangan tak update langsung. Untuk hari ni, kita belek gelagat anak saya memetik buah mata kucing dihadapan rumah saya. Saya suka buah mata kucing ni sebab buahnya kasar-kasar. Sebab buahnya manis sangat, tak boleh la nak makan banyak sangat.



Kalau beli, tak mau pulak makan, bila petik sendiri hampir habis sepokok dibedalnya. Mungkin nikmatnya lebih. Apa lagi bila dapat buat sesuatu yang tak pernah dibuatnya. Pokok mata kucing ni saya tanam dah lebih 2 tahun. Selalunya berbuah tapi tak de la banyak sangat. Tapi kali ni, banyak juga la buahnya. Kalau pokoknya besar, mungkin lebih banyak buahnya. Tapi dengan keluasan tanah yang secebis, memang tak de harapan la. Baru nak besar sikit, dah kena tebas. Mana tahan kalau pokoknya menjalar sampai ke tengah jalan. Daun kering berselirat dihalaman rumah! Untuk kali ini, merasa juga la buat air mata kucing. Saya cuma rendamkan buah mata kucing dalam air masak. Kemudian tambahkan air gula melaka sehingga manis. Tambahkan ais. Segar sekali.