Kena ke KL lagi.... Tak syok betul la bila berjauhan dengan keluarga. Baru beberapa minggu balik dari KL dah kena ke KL lagi. Dah lama tak dihantar ke negeri lain sejak kerajaan bertindak mengurangkan perbelanjaan dan berjimat-cermat dua tahun lalu. Kalau dulu, selalu ke Langkawi dan kadang-kadang Kelantan. Dapat la juga slimkan dompet. Sewaktu anda baca entri ini, saya telahpun sampai ke hotel. Aktiviti dahpun bermula. Dan saya akan berada disini selama seminggu bergelumang dengan kertas-kertas. Tak de dapur, tak de oven. Memang boring.


Bila boring, jom belek-belek gambar kek Mickey Mouse ni pulak. Selalunya kalau saya belek-belek gambar macam ni, akan keluarlah macam-macam idea. Setiap kali membuat kek, berbagai-bagai masalah timbul. Bila belek semula gambar, akan terfikirlah cara mengatasi masalah-masalah tadi. Tak lama lepas tu, dah lupa. Lain kali bila buat kek macam ni lagi, masalah yang sama datang semula. Sengal betul la. Kek Mickey Mouse ni pun saya gunakan freehand sama macam kek Teddy Bear sebelum ni tapi tak de kemajuan langsung. Lagi teruk ada la..

Sepanjang hujung minggu ni, terpaksa baiki laptop saya yang rosak. Seminit sekali explorer not responding. Panas betul hati. Susah-susah sangat, saya format je semuanya. Install sekejap je. Yang lama, nak update dan masukkan semula semua yang pernah ada dalam laptop ni dulu. Terpaksa lupakan sekejap pasal blogging. Kamera pun dah mula meragam. Baru plan nak enjoy sikit raya ni, terpaksa pulak nak fikir pasal kamera. Nak kena menabung untuk kamera pulak. Nasib baik laptop saya dah ok sikit.

p/s: Apa khabar la anak saya kat rumah tu. Dah makan ubat ke belum?