Semak keputusan permohonan ke Sekolah Teknik/Vokasional? Cara membuat rayuan bagi pemohonan yang tidak berjaya, Klik disini

Sebenarnya sewaktu blog ini ditulis, borang kemasukan ke sekolah menengah teknik/vokasional untuk sesi 2010 telah seminggu keluar. Sekolah menengah teknik (SMT) menawarkan kursus dalam 3 aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran manakala Sekolah menengah vokasional (SMV) menawarkan kursus dalam 2 aliran sahaja iaitu vokasional dan kemahiran sahaja. Kedua-dua SMT dan SMV dibuka kepada pelajar lepasan PMR.
Sekiranya anda mempunyai anak yang berminat untuk memohon ke SMT atau SMV berikut adalah sedikit panduan untuk anda pertimbangkan.
  1. Aliran teknikal khusus untuk pelajar cemerlang dalam PMR. Pelajar-pelajar aliran ini akan menduduki 6 matapalejaran teras pada peringkat SPM disamping matapelajaran elektif dan sains. Setelah SPM pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat diploma dimana-mana IPTA, matrikulasi atau tingkatan 6. Antara kursus yang ditawarkan dalam aliran ini ialah kejuruteraan, perdagangan, pengurusan makanan dan pengajian pakaian.
  2. Aliran vokasional adalah untuk pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam PMR dan berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan pekerjaan. Pelajar aliran ini akan menduduki 6 matapelajaran teras pada peringkat SPM disamping 2 matapelajaran elektif vokasional. Setelah tamat SPM, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA, IPTS, ILPA, ILPS atau terus ke alam pekerjaan. Antara kursus yang terdapat dalam aliran ini ialah pengaturcaraan komputer, automotif, fesyen, katering dan pengurusan perniagaan.
  3. Aliran kemahiran pula untuk pelajar berpencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara amali.Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian nanti. Pelajar akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri. Pelajar juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di ILP, IKBN, kolej komuniti dan berbagai institut latihan kemahiran swasta. Kursus-kursus yang terdapat dalam aliran ini ialah Mekanikal, awam, elektrik, ert dan pertanian.

Saya lebih berminat untuk bercerita tentang bidang yang berkaitan dengan masakan iaitu katering. Untuk menyertai kursus ini pelajar perlu mendapat pencapaian PMR sekurang-kurangnya C untuk BM, Sains, Matematik, Kemahiran hidup dan D untuk 1 matapelajaran yang lain. Pelajar akan didedahkan dengan 2 matapelajaran elektif iaitu Penyediaan Masakan Barat dan Timur dan Penyajian Makanan dan Minuman.

Klik disini untuk senarai lengkap sekolah menengah teknik/vokasional serta kursus-kursus yang ditawarkan.
Klik  disini untuk maklumat lengkap dan panduan kemasukan ke sekolah menengah teknik/vokasional.

Semua permohonan mestilah dibuat secara online. Sesiapa yang berminat bolehlah memohon di halaman web Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Keputusan permohonan juga akan diumumkan melalui halaman web.

Semoga berjaya.