Seingat saya kedua-dua kek keju bluberi dalam gambar dibawah ini saya buat bulan lepas. Satu bersaiz 8 inci dan satu lagi 6 inci. Saya hanya menggunakan resepi kek keju yang terdapat dalam ebook percuma Masakan Barat Komersial 5 Jarang sekali saya menghias kek keju kerana yang pertama sekali, saya bukan pandai menghias kek. Idea kreatif memang susah nak keluar. Kedua kerana kek keju tidak sesuai dihias dengan buttercream yang biasa saya buat. Rasa kek keju ni kurang menyerlah jika dipasangkan dengan buttercream topping. Paling sesuai hanyalah fresh cream.


Dan yang saya tak gemarnya kerana freshcream susah untuk digayakan. Creamnya terlalu lembut dan memerlukan suhu sejuk yang konsisten serta tak boleh dicampurkan dengan warna-warna yang dikehendaki. Suhu tapak tangan saya yang panas ni je dah cukup untuk mencairkan cream sebelum sempat dipaipkan atas kek. Rasa macam terkejar-kejar untuk menyiapkan kek ini sebelum ia mencair. Kepala otak pun tak boleh nak berfikir dengan baik bila asyik memikirkan tentang fresh cream. Dan ketiganya, fresh cream ni jauh lebih mahal dari buttercream yang saya hasilkan. Dah la harga keju mahal, fresh cream pun mahal. Hati pulak tak sampai hati nak jual kek mahal-mahal.


Dan akhirnya inilah yang dapat saya hasilkan. Buat kerja dalam tergopoh gapah. Kesian dinasour tu terpaksa bersusah payah dalam salji gara-gara ketinggian kotak kurang dari tinggi keseluruhan kek. Warna tulisan pula meresap dalam fresh cream hingga menjadi macam tone warna. Tepuk dahi berkali-kali.


Begitulah cara saya belajar. Kebanyakkannya melalui cuba jaya. Belajar dari kesilapan. Tak ada sesiapa yang betul-betul sudi mengajar. Saya tak mampu nak pergi kelas formal. Jadi saya akan gunakan semua deria saya yang ada untuk belajar sendiri dan menulisnya dalam blog ini untuk rujukan saya dengan harapan sesiapa yang terbaca artikel saya, tak akan melakukan kesilapan yang sama. Saya cuba menerangkan sebaik mungkin dari apa yang saya cuba dan saya faham. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati bila menggunakan fresh cream.