Dua minggu telah berlalu, ada tiga minggu lagi untuk dilalui. Kerinduan dah mula terasa. Rindu pada keluarga, rindu pada blog dan rindu pada semua kerja-kerja yang biasa saya lakukan dimusim cuti sekolah. Saya masih disini, di Kuala Lumpur, mendalami ilmu masakan secara intensif. Dah rasa macam robot dah ni.


Beberapa individu yang bertanya mengenai ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Ya. Jualan ebook tetap diteruskan. Agar anda tidak bertangguh untuk berubah. Agar semangat anda untuk berniaga tidak luntur. Tak perlu risau. Pasti saya ada untuk membantu. Memang saya terlalu sibuk tetapi saya ada Admin yang selama ini membantu saya.


Gambar-gambar diatas adalah gambar-gambar saya menyediakan hidangan mengikut modul yang dikehendaki. Walaupun rata-rata hidangan ini telah saya kuasai tetapi, untuk mendapatkan sijil tahap yang lebih tinggi, semuanya memerlukan bukti. Doakan saya berjaya mencapai tahap yang dikehendaki agar saya boleh mengajar dan menilai pelajar-pelajar ditahap yang seterusnya.


Begitulah lumrah alam. Jika kita cakap kita boleh memasak, siapa yang nak percaya. Semuanya memerlukan bukti. Terpaksa la memasak segala-galanya dihadapan penilai untuk membuktikan apa yang kita katakan. Bagi yang makan gaji, sijil memang penting untuk mereka sebagai bukti kepada majikan. Jika anda bekerja sendiri, sijil-sijil ini boleh digunakan untuk meyakinkan pelanggan-pelanggan anda terutama dalam memenangi tender dan mendapat kontrak membekal makanan. Kalau berniaga kecil-kecilan, saya rasa lebih baik membuktikan melalui masakan yang lazat dan berkhasiat. Biarkan pelanggan anda terkenang-kenangkan masakan anda.