Sejak awal penubuhan KongsiResepi.com, Blog Resepi Masakan Barat Komersial adalah antara yang terawal menyertainya. Sehingga kini, saya masih terus menghantar resepi-resepi terbaru dari blog ini agar boleh dicapai melalui KongsiResepi.com. KongsiResepi.com adalah laman web yang mengumpulkan beribu-ribu resepi dari ramai blogger masakan yang terdapat di Malaysia. Ia menjadi perantara diantara pembaca blog resepi dengan blog resepi itu sendiri. Anda boleh mencapai mana-mana resepi dari mana-mana blog resepi yang menyertai hanya dari satu halaman web sahaja. 


Dengan KongsiResepi.com, anda lebih mudah mencari resepi yang dikehendaki. Setiap carian resepi disertakan dengan gambar masakan tersebut. Jadi anda boleh pilih masakan yang dikehendaki berpandukan kepada gambar yang menarik. Contohnya jika suami anda membawa pulang seekor ayam untuk dimasak dan anda tiada idea menu apa yang akan anda masak. Klik sahaja perkataan ayam dalam laman KongsiResepi.com dan akan keluarlah segala jenis masakan berasaskan ayam beserta gambarnya. Anda juga boleh rate resepi yang anda suka macam gambar diatas ni, Resepi Donut Gebu Tradisional adalah antara resepi yang mendapat rating tertinggi diantara resepi-resepi donut yang ada.

Jika anda seorang blogger pula, anda boleh sertai KongsiResepi.com dan anda boleh hantar resepi-resepi masakan anda setiap kali anda update blog. Pengunjung KongsiResepi.com yang yang beribu-ribu setiap hari, akan berkunjung ke blog anda. Klik disini untuk join KongsiResepi.com

p/s Saya berharap enjin carian KongsiResepi.com akan lebih mesra pengguna dengan menyediakan hasil carian lebih terperinci. Mungkin mencari resepi berdasarkan blog atau hasil carian boleh diisih mengikut rating, tarikh dan sebagainya.