Dah lama sebenarnya saya nak paparkan berita ini di blog tapi terlalu banyak yang perlu saya fikirkan dan akhirnya saya paparkan juga semoga terdapat sedikit ilmu untuk saya kongsikan bersama. Sebenarnya gambar diatas adalah gambar suami saya sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah Beli Lagi dan Menang Lagi yang dianjurkan oleh pasaraya Kipmart.

Apabila berita kemenangan keluar di akhbar, pagi itu ayah saya yang mula-mula menelefon sedangkan saya masih belum menyedarinya. Setelah itu barulah saya keluar untuk mencari akhbar. Pendek je perbualan kami antaranya dia berkata "macam ni baru percaya.." Rupa-rupanya sebelum keluar di akhbar, dia masih was-was dengan berita yang saya sampaikan. Besar rupa-rupanya pengaruh akhbar ni.

Sekarang ni sesiapa pun boleh muncul di akhbar. Jadi kalau anda mahu berita mengenai anda muncul di akhbar, biarlah ia mengenai sesuatu yang hebat yang telah anda lakukan. Janganlah mengenai ketua geng pecah rumah ditangkap atau pemuda ditangkap sewaktu membungkus dadah ataupun jejaka kesunyian perlukan teman. Sebaik-baiknya cerita mengenai kejayaan anda sebagai usahawan berjaya atau ciptaan anda menerima anugerah khas ataupun surirumah gigih berjaya mendidik 15 anaknya sehingga ke menara gading. Berita macam tu baru sensasi. Jadi kalau anda mahu berita anda berada di muka depan akhbar Harian Metro, sila klik gambar diatas tu ataupun klik je link ini. Gunakan sebaik-baiknya untuk mempromosikan perniagaan anda.