Kebanyakkan pelajar saya masih samar-samar untuk apa dia belajar. Apa yang dia tau, ibubapa hantar kesana untuk belajar jadi diapun belajar la tanpa banyak cerita. Mereka tak tahu apa yang akan mereka dapat dari apa yang dipelajari. Akhirnya mereka mensia-siakan sahaja segala yang dipelajari dengan bekerja di sektor yang tiada kena mengena dengan kemahiran mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa belajar semua kemahiran baru apabila mula berada di alam pekerjaan dan kemahiran sedia ada akhirnya dilupakan begitu sahaja. Ini amat merugikan dari segi masa dan wang ringgit. Disini saya kongsikan bidang-bidang perniagaan yang mempunyai permintaan yang paling tinggi yang patut anda ceburi. Bidang-bidang ini bukan sahaja menguntungkan malah jika anda mahu makan gaji pun, bidang ini adalah bidang yang paling banyak peluang kerjaya.

Pertama, bidang perubatan. Semua orang mahu hidup sihat dan tak mahu sakit. Mereka sanggup mengeluarkan belanja tak kira berapa banyakpun asalkan dapat hidup sihat. Sekarang ini penyakit semakin banyak. Setiap tahun ada sahaja penyakit berbahaya yang menyebar dikalangan kita. Bidang perubatan tak semestinya nak jadi doktor. Ubat-ubatan tradisional juga sangat menguntungkan. Tambahan pula sekarang ni semua orang nak kelihatan cantik. Jadi bidang kecantikan dan kosmetik juga baik untuk diceburi.

Kedua, fesyen. Semua orang memerlukan pakaian. Bidang ini baik untuk diceburi kerana fesyen sentiasa bergerak pantas mengikut peredaran semasa. Setiap hari dunia fesyen sentiasa berubah. Peluang anda untuk memberikan perubahan dalam dunia fesyen sentiasa terbuka luas dan masih banyak pembaharuan yang boleh dibuat. Bidang ini juga tidak terhad kepada pakaian sahaja. Dandanan rambut pun sesuai diceburi. Sedangkan nak bersihkan kuku pun orang sanggup  bayar..

Ketiga, bidang makanan. Bidang ini bidang yang paling popular kerana perniagaan berasaskan makanan tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Setianp hari dimana-mana sahaja kita pergi ada sahaja usahawan makanan disekeliling kita. Dari sekecil-kecil usahawan sehinggalah sebesar-besarnya semuanya menjual makanan kerana semua orang perlukan makanan. Bukan sekali, bukan dua kali malahan berkali-kali sehari malah ramai juga yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan makanan kegemaran seperti masakan barat. Bidang makanan tidak semestinya gerai atau restoran. Jual ikan dan sayur pun termasuk dalam kategori makanan. Mengusahakan makanan ringan seperti kerepek atau makanan segera seperti karipap dan banyak lagi tergolong dalam bidang ini. Pilihlah beberapa produk yang popular untuk diniagakan atau perkenalkan produk-produk baru.

Keempat, bidang pendidikan. Ibubapa sanggup mengeluarkan berapa banyakpun untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Kalau nak menceburi bidang ni tak semestinya menjadi guru. Paling baik tentulah menjadi usahawan. Anda boleh membuka pusat tuisyen atau kelas masakan, kelas jahitan, latihan berenang dan lain lain. Saya pula memilih bidang pendidikan dalam penyediaan makanan kerana saya amat meminati bidang pendidikan dan mahu para pelajar saya menceburkan diri dalam industri makanan.

Sekarang terpulang kepada anda untuk memillih bidang yang sesuai untuk anda. Nasihat saya, jika hendak memilih bidang yang ingin diceburi, pilihlah bidang yang bertepatan dengan minat anda dari empat bidang yang saya nyatakan diatas. Pemilihan yang betul akan menjamin masa depan anda. Sekiranya anda rasa ada bidang lain yang lebih baik dari bidang-bidang yang saya nyatakan, sila masukkan dalam ruangan komen untuk kita bincangkan bersama. Gambar-gambar diatas diambil ketika saya merayau mencari bunga tiruan untuk digunakan sebagai hiasan meja hidangan. Kedai bunga tu terletak di Segamat. Fuh! Jauh betul saya merayau semata-mata nak ajar pelajar saya memasak. Terjumpa la pulak kulit kayu manis sebesar lengan. Mula-mula ingatkan sekadar kulit kayu biasa, tapi setelah dibelek, dipegang, dicium, dijilat, dikunyah confirm kulit kayu manis. Kalau beli sebatang buat masak, 10 tahun tak abis pakai. Harganya pun boleh tahan gak.