Hari ni hati saya ada tenang sikit sebab saya dapat buat cupcake hari ni. Jadi entri hari ni cuma nak bersantai, berborak-borak berisi sambil berlawak jenaka sikit. Mari kita baca dialog yang terlintas dalam fikiran saya mengenai perempuan yang tak tahu langsung memasak.

"Ada ke lelaki yang nak kat ko ni? Masak nasi pun hangit!" kata seorang wanita yang belum pernah menjadi mertua.

Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus menurun apabila umurnya semakin meningkat. Kini saya tak rasa macam tu. Banyak lelaki yang memilih rupa. Mungkin kerana kekurangannya boleh disembunyikan. Ada juga yang beranggapan restoran dan gerai sangat banyak. Cuma sediakan duit je.

"Baguslah kalau ramai perempuan tak pandai memasak. Maju la restoran aku." Kata bakal usahawan berjaya.

Kalau semua perempuan pandai memasakpun, industri makanan tetap akan maju kerana makanan adalah keperluan asas manusia. Banyak manapun restoran, tetap akan boleh maju asalkan kena caranya tapi jangan pula semuanya berniaga benda yang sama. Lagipun setiap manusia tak mungkin pandai memasak semua jenis makanan. Pasti ada yang dia tak reti dan kalau nak makan terpaksa la beli.

"Apa susah. Nanti carilah dato' ke, tan sri ke jadi suami. Boleh la pasang bibik dua tiga orang." kata anak dara yang perasan cantik.

Perlu di ingat, biasanya seseorang individu yang menyandang gelaran dato', tan sri dan lain-lain adalah orang yang cerdik pandai. Kalau tidak tak mungkin mereka dapat gelaran sebegitu. Bila dah cerdik pandai, tentu mereka boleh berfikir perempuan yang bagimana sesuai dijadikan isteri. Mereka tentu ingin perempuan yang boleh menambahkan kekayaan mereka. Bukan tak ada perempuan yang handal memasak dan juga cantik.

"Suka hati awak lah kalau tak mahu memasak di rumah tapi jangan marah kalau saya asyik bersidai kat gerai janda tu." Kata seorang suami separa mithali.

Memasak bukan hanya sebagai menunaikan tanggung jawab kepada keluarga malah ia adalah tugas penting untuk memastikan keluarga sentiasa sihat dan selamat. Kita tak tahu resepi rahsia sesuatu restoran. Berserah saja lah semoga semuanya halal. Bukan sedikit pengusaha yang tidak mengetahui kandungan bahan-bahan masakan yang digunakan. Semuanya mengatakan makanan mereka halal sedap dan unik. Rupa-rupanya guna kicap import dari jepun. Patut la rasanya unik.

"Kedai mamak kan banyak. Apsal nak bersidai kat gerai janda tu setiap hari?" Bebel isteri yang masih tak sedar diri.

Sebagai manusia, jika ada pilihan diantara sesuatu yang baik dengan yang lebih baik, tentulah semuanya mahukan yang lebih baik. Jadi fikir sendiri la tempat yang suami anda akan pilih untuk mendapatkan makanan. Apa yang pasti tak mungkin la dia nak makan dirumah selagi anda berperangai begitu.

"Tak pandai masak? Kalau nak jadi spare tyre atau yang nombor 3 selepas bibik boleh la..." pandangan seorang tan sri yang terlebih bijak.

Yang ni saya tak nak komen apa-apa. Nanti terkeluar dari tajuk pulak.

Gambar diatas adalah gambar cupcake coklat yang ditempah oleh rakan saya untuk anaknya yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran yang ke dua. Saya masih lagi menggunakan resepi dari book percuma saya, Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 3 selagi saya belum jumpa satu resepi yang lebih baik, lebih mudah, lebih murah, lebih cepat, lebih sedap dan lebih menguntungkan dari resepi dalam ebook itu. Saya ada pilihan, tentulah saya pillih yang lebih baik. Gambar seterusnya adalah gambar anak saya sedang menikmati sup rendah lemak yang berkhasiat dan spagetti bolognaise yang saya sediakan beberapa hari lepas. Bila lagi nak menikmati makanan yang benar-benar asli dengan citarasa masakan barat yang original.