Sekiranya anda tahu apakah ciri-ciri masakan barat yang sebenar, sudah pasti mudah sahaja menilai mana-mana masakan barat yang pernah anda rasa. Hari ini saya ingin berkongsi satu ciri masakan barat yang penting iaitu bau.

Bau sangat penting untuk meningkatkan selera sewaktu menikmati hidangan. Daripada bau sahaja kita sudah dapat mengagak bagaimana rasa sesuatu masakan. Bau masakan barat sangat berbeza dari masakan-masakan lain. Jika masakan thailand pasti kita tau kebanyakannya menggunakan serai, daun limau purut. Masakan india menggunakan daun kari, ketumbar, jintan, buah pelaga. Manakala masakan cina kebanyakannya menggunakan kicap, bawang putih, dan sos tiram. Bagaimana pula dengan masakan barat? Cuba anda kunjungi mana-mana pasaraya terdekat. Herba barat banyak dijual didalam botol-botol kecil seperti daun bay, thyme, parsley dan lain-lain. Kalau dapat, cuba anda hidu setiap satu herba-herba tersebut. Anda akan dapati herba barat mempunyai bau yang sangat lembut tidak seperti herba dan rempah melayu, atau india. Oleh yang demikian, masakan barat tidak sesuai dicampurkan dengan herba yang berbau kuat kerana sudah pasti bau herba barat akan tenggelam. Tidak ada maknanya anda mencampurkan pelbagai herba jika hasilnya tidak ketara dalam masakan. Membazir sahaja kerana ia hanya menambahkan kos.

Terlanjur anda sudah ke pasaraya, cuba anda perhatikan harganya pula. Sebotol kecil herba barat hampir mencecah RM10 dan ada juga yang lebih. Macam mana nak makan chicken chop dengan puas...

Dalam Panduan dan Resepi Masakan Barat, saya hanya menggunakan beberapa herba yang terpenting sahaja tetapi cukup untuk mendapatkan bau masakan barat yang dikehendaki. Dengan cara ini saya dapat menghidangkan masakan barat yang murah dan menepati ciri-ciri masakan barat yang dikehendaki. Bila kosnya menjadi murah, sudah pasti saya dapat menjualnya pada harga yang murah juga sedangkan kualiti setanding dengan masakan yang disediakan di hotel-hotel mewah. Bila buat jamuan, pasti para tetamu terbeliak biji mata kerana menyangka sudah pasti kita mengeluarkan belanja yang tinggi.

Lain kali saya akan berkongsi ciri masakan barat yang lain pula.