Saya percaya tentu anda pernah menikmati masakan barat di restoran-restoran ataupun di hotel-hotel. Pasti harganya sangat mahal kan? Mengapa harganya mahal? Sudah pasti kerana bahan-bahan yang digunakan mahal. Inilah yang nak saya ceritakan pada kali ini. Pengusaha masakan barat terpaksa menggunakan bahan yang mahal untuk mendapat ciri-ciri masakan barat yang sebenar. Ciri-ciri masakan seperti bau, rasa, rupa dan tekstur mestilah mencerminkan masakan barat yang sebenar. Tidak mungkin masakan kita layak dipanggil masakan barat jika masakan berbau kari atau pedas seperti sambal tumis. Banyak gerai dan restoran-restoran di Malaysia menjual black paper steak perisa kicap. Kadang-kadang bila saya singgah untuk mencuba masakan mereka, saya berasa sangat kecewa. mereka patut berasa malu menggelarkan restoran mereka sebagai restoran masakan barat.
Berbalik kepada harga masakan barat yang mahal tadi. Bagaimana kalau saya katakan kita tidak perlu mengeluarkan kos yang besar untuk mendapatkan ciri-ciri masakan barat yang sebenar? Inilah antara kelebihan e-book Bagaimana Menyediakan Masakan Barat dalam 5 Langkah Mudah. Apa gunanya mengeluarkan kos yang tinggi jika kita dapat menghasilkan masakan barat yang sebenar dengan kos yang minimum? Sudah pasti kita boleh menjualnya dengan harga yang lebih rendah. Kita juga boleh makan dengan puas sambil berjimat.