Minggu lepas saya telah menempah 1 bahagian lembu untuk aqiqah anak saya. Lain kali, jika diizinkan Allah, saya akan menempah 1 bahagian lembu lagi untuk dia juga. Senang je nak menempah Qurban dan Aqiqah secara online ni. Secara umumnya hanya bayar dan isi borang tempahan dengan betul. Itu sahaja. Syarikat EQurban Resources Sdn Bhd akan menguruskan yang lain sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mereka. Dibawah ini saya senaraikan prosedur dalan urutan bagaimana menempah Qurban dan Aqiqah secara online.
  1. Klik link ini untuk ke halaman web eQurban
  2. Dalam halaman web eQurban, klik butang tempahan yang terletak dibahagian atas.
  3. Di halamana Tempahan, baca panduan ringkas yang diberikan terutama harga yang ditetapkan dan akaun bank Al Ansar Agro.
  4. Tentukan bilangan bahagian lembu atau berapa ekor kambing yang anda perlukan.
  5. Kira jumlah pembayaran yang perlu dibayar.
  6. Lakukan pembayaran menggunakan kaedah yang anda rasa paling mudah. Anda boleh melakukan online transfer ke akaun Maybank atau CIMB Bank Al Ansar Agro. Anda juga boleh bank-in ke akaun mereka melalui mesin cash deposit atau beratur sahaja di kaunter bank. Pastikan no akaun dan nama pemegang akaun betul. Jangan lupa masukkan email farizal.tumiran@gmail.com jika anda menggunakan online transfer.
  7. Kembali semula ke halaman web pada step 3. Dalam panduan ringkas dihalaman tempahan itu, pada step 4 terdapat link untuk borang tempahan. Klik link tersebut untuk ke halaman borang tempahan.
  8. Isikan borang tempahan dengan betul. Mudah sahaja tu. Maklumat untuk setiap ruang semuanya dinyatakan dengan betul. Pastikan penama iaitu individu yang akan dinyatakan sewaktu ibadah qurban dan aqiqah dilaksanakan, menggunakan nama penuh dan betul. Jangan lupa baca akad penyerahan korban kuat-kuat. Klik butang Hantar Borang
  9. Sebaik borang dihantar, anda akan menerima email mengandungi salinan tempahan yang anda lakukan tadi.
  10. Seterusnya, anda akan menerima email pengesahan pembelian setelah pihak syarikat memeriksa pembayaran yang anda lakukan.
  11. Akhir sekali, anda hanya perlu tunggu mereka melaksanakan ibadah yang anda tempah. Kalau ibadah qurban tu, tentulah pada Hari Raya Aidil Adha nanti.
  12. Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil akujanji yang mewakilkan mereka untuk melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah serta memberikan gambar-gambar berkaitan sebagai bukti ia telah dilaksanakan.

Harap maklumat ini dapat membantu. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya dalam kotak komen dibawah.