Sangat ramai rakyat asing datang berniaga di Malaysia. Bermacam-macam perniagaan yang mereka jalankan termasuklah perniagaan restoran. Apa yang ada dinegara mereka dibawa ke Malaysia untuk dipromosikan. Tiada masalah untuk berniaga di Malaysia kerana mereka benar-benar mengetahui apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan. Mereka juga belajar mengenai undang-undang dan peraturan negara kita. Bukan itu sahaja, adat resam, sensitivi, serta rutin harian penduduk di Malaysia juga dikaji agar tidak mengganggu perjalanan perniagaan yang mereka bangunkan. Amat besar kesannya jika semua itu diabaikan. Contohnya jika surau digunakan untuk aktiviti agama lain, pasti orang islam akan mengamuk walaupun surau, resort dan tanah itu milik sendiri. Kesannya perjalanan perniagaan terganggu, nama baik resort tercemar, segala kemudahan yang diberikan mungkin ditarik balik.

Banyak perkara yang perlu diketahui mengenai undang-undang negara kita jika kita ingin berniaga. Ini adalah diantara masalah yang membelenggu minda bakal usahawan melayu. Mereka tahu perlu mendaftarkan perniagaan. Mereka juga tahu, perlu memohon lesen untuk berniaga. Tapi lesen apa yang diperlukan? Macam mana nak daftar perniagaan? Kemana nak diajukan permohonan. Di mana tempatnya? Kalau yang rajin berusaha, mudah sahaja mendapatkan maklumat yang diperlukan. 

Ada juga insan yang sangat bertuah dikurniakan bakat semulajadi seperti petah berbicara dengan penuh keyakinan. Mudahlah mendekati sesiapa yang diperlukan untuk mencungkil ilmu berniaga. Boleh la himpit dato’ atau tan sri kerana mereka selalunya telah berjaya dalam perniagaan. Apa lagi jika mempunyai personaliti yang menarik. Semakin mudahlah kerja. Bila semuanya sudah diketahui, pada hari pertama pembukaan restoran anda nanti, tak ada apa lagi yang perlu dirisaukan. Tak takut penguatkuasa menyerbu dan menutup perniagaan. Tak ada sesiapa berani mengganggu kerana semuanya dilakukan berlandaskan undang-undang.

Tamat bahagian 2. Klik disini untuk mengikuti Bagaimana Membuka Perniagaan Restoran di Malaysia bahagian akhir. Pada bahagian itu nanti, segala-galanya akan terbongkar. Segala yang anda perlu ketahui, akan anda ketahui dan bukan hanya berkaitan undang-undang. Anda juga perlukan peralatan dan perkakasan seperti peti ais, peti sejuk beku, pinggan mangkuk dan lain-lain. Tahukah anda, anda boleh mendapatkan penaja untuk barang-barang seperti ini? Dengan ini anda tak perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk memulakan perniagaan restoran. 

Dah baca artikel Bagaimana Membuka Perniagaan di Malaysia Bahagian 1? klik disini.