Ada orang yang memang sangat beruntung. Lahir dalam keluarga yang mempunyai ramai usahawan berjaya. Bukan kerana mereka mudah mendapatkan modal yang besar dari sanak saudara tetapi sanak saudara mereka menjadi sumber rujukkan untuk memulakan perniagaan. Tanya saja pada daddy macam mana  nak daftar perniagaan atau tanya mama macam mana nak mohon lesen majlis bandaraya. Tak hairanlah ada gadis muda yang baru berusia awal 20an, dah mempunyai banyak restoran dan kiosk seluruh Malaysia walaupun hanya menjual yogurt beku je. Siap jadi franchisee lagi! 

Ada juga orang yang sangat jauh dari usahawan berpengalaman. Tiada siapa yang boleh ditanya macam mana nak pilih lokasi perniagaan yang baik. Tiada siapa yang sudi membantu cara-cara memohon bantuan dari jabatan kerajaan seperti jabatan pertanian, mardi, fama dan sebagainya. Jika digabungkan dengan sikapnya yang pemalu serta sifat malas semulajadinya, maka lengkaplah pakej sebagai pekerja makan gaji seumur hidup.

Ahmad : Eh! Abu, bulan lepas aku tengok ko bukak restoran nasi padang kat Plaza Berjaya. Hari ni dah ada restoran pantai timur kat sini pulak?

Abu : Nak berjaya, kena la berusaha. Kalau kat sini tak meletup, aku bukak la kat tempat lain pulak. Bukan susah sangat pun nak set up restoran.

Ahmad : Hebat betul la ko ni. Ajarlah aku macam mana nak bukak restoran.

Abu : Senang je. Ko pergi la SSM utk daftar perniagaan. Lepas tu cari tempat strategik dan mohon la lesen kat Majlis Bandaraya.

Ahmad : Macam mana nak daftar perniagaan. Perniagaan yang macam mana? Lesen apa? Bagitau la detail sikit.

Abu : Nanti la aku bagitau ko. Hari ni aku sibuk sikit. Nak pergi bank untuk bukak akaun untuk bisnes aku yang baru.

Macam tu lah gambarannya jika tanya pada kawan-kawan. Semuanya setakat cerita mulut je. Tak ikhlas pun nak mengajar. Ada ke orang yang sanggup bawa kita ke SSM, jumpa orang itu, jumpa orang ini, isi borang, daftar itu ini? Akhirnya Ahmad kekal seperti itu. Menunggu rezeki datang bergolek.

Ini adalah antara keluh kesah yang biasa didengar oleh individu yang sangat berminat untuk membuka perniagaan restoran. Ilmu masakan dan teramat tinggi. Bagi je apa pun, semua menjadi hidangan lazat. Tapi tak tahu macam mana nak jual. Setakat pacak meja di pasar malam je. Itupun sebab ada saudara mara yang berniaga di pasar malam. Kalau tidak, cara nak berniaga di pasar malam pun tak tahu.