Kali ini sebenarnya saya nak menunjukkan cara membuat mi kuning. Tapi sebelum tu saya perlu menunjukkan bahan yang diperlukan dulu kerana saya pasti tak ramai yang pernah melihatnya. Setakat bahan-bahan biasa tak perlu la nak tunjuk. Anak saya memang penggemar mi yang tegar. Jadi bila anak suka, sebaiknya kita belajar juga cara membuatnya dan kegemaran saya adalah membuat sesuatu makanan itu dari asasnya. Kalau nak buat mi kari tu, saya akan buat sendiri mi kuningnya. Jadi, saya tahu keseluruhan bahan yang anak saya makan. Itu lebih baik, selamat dan menjimatkan.


Selain dari tepung, air, garam dan minyak, ada sejenis bahan yang perlu ditambah untuk menjadikan mi kuning lebih kenyal. Saya hanya memanggilnya dengan nama ubat mi. Ia adalah sejenis bahan kimia yang mempunyai fungsi seperti polyphosphate atau STPP. Rupanya seperti tawas. Bahan ini juga mempunyai rasa jika diletakkan berlebihan. Jika anda rasa mi kuning mentah yang berada si pasaran, anda akan dapat mengesan rasa ubat ini. Ubat mi akan mengikat protin tepung dan menjadikannya kenyal. Bahan ini bukannya pengawet. Jadi membuat mi kuning sendiri dirumah lebih selamat. Oleh kerana tanpa pengawet, mi perlu disimpan didalam peti ais. Dipasaran, mi dibiarkan pada suhu bilik. Ini menunjukkan sedikit sebanyak, mereka pasti menggunakan pengawet. Jika bukan asid borik yang digunakan, pasti mereka menggunakan pengawet jenis lain tetapi dibungkusannya tertulis “tanpa asid borik” untuk menarik pelanggan.

Harga ubat mi ni murah saja. Seketul tu baru lima posen. Dengan seketul tu, anda boleh buat mi kuning sehingga 10kg tepung. Setiap 1 kg tepung gandum, boleh menghasilkan lebih 2 kg mi kuning. memang menjimatkan. Satu kg tepung baru RM1.35 je. Secara tepatnya, kos untuk membuat 2.4kg mi kuning hanya RM1.50. Puas la anak saya makan mi kari nanti.