Mungkin anda pernah mencuba beberapa resepi dalam blog ini. Bagi yang berjaya, sudah tentu ingin menunjukkan hasilnya dalam blog ini. Bagi yang kurang berjaya pula, mungkin ingin mengetahui kenapa boleh jadi begitu. Dalam hal ini, gambar adalah sangat penting supaya kita sama-sama dapat berbincang untuk menjadikan resepi ini lebih baik lagi. Jadi saya mengeluarkan entri ini sebagai panduan kepada semua pengunjung agar dapat berkongsi gambar-gambar mereka dalam blog ini.

Setiap entri dalam blog ini mempunyai ruangan komen dari platform Disqus dibahagian bawah setiap entri seperti gambar dibawah ini. Ada pelbagai pilihan login dan saya harap anda gunakan salah satu darinya dan bukan komen sebagai tetamu guest sahaja. Dibahagian bawah kiri kotak komen mempunyai butang berlabel +Image. Klik butang itu.

 Setelah klik butang +Image tu, akan keluarlah windows Choose File to Upload. Dalam windows ini, anda perlu browse komputer anda dan pilih gambar yang ingin anda masukkan. Fail mestilah tidak melebihi 2Mb dalam format jpg, jpeg, gif atau png. Klik Open. Tunggu sebentar untuk gambar di upload.

Setelah selesai upload, thumbnail gambar yang anda ingin masukkan akan tertera dibawah kotak komen seperti gambar diatas ni. Cuba baca tulisan dengan highlight kuning tu. Try this! Mention other people by typing @ then his or her name. Tab to autocomplete. Mention people will be notified via email or Twitter. Fungsi ini bertujuan untuk memaklumkan sesiapa sahaja yang pernah komen dalam blog ini mengenai komen anda melalui email atau twitter. Contohnya, untuk memaklumkan kepada saya, anda boleh taipkan dalam kotak komen seperti ini @Coodeang dan jangan lupa klik tab selepas manaip nama itu. Boleh juga menggunakan @Norasikin. Untuk nama pengunjung lain, anda taip je @ dalam kotak komen dan senarai individu yang pernah komen akan keluar.

Untuk memasukkan lebih banyak gambar, anda boleh ulangi langkah diatas bermula dengan klik butang +Image sehingga selesai upload. Setelah selesai semuanya, komen pun dah tulis, barulah boleh klik butang Tulis sebagai.. dan komen anda akan terpapar seperti gambar yang pertama diatas. Dalam komen, gambar-gambar yang ditunjukkan hanya thumbnail sahaja. Anda boleh klik thumbnail tu untuk gambar yang lebih besar.

Anda juga boleh berkongsi gambar yang terdapat dalam mana-mana web yang menyediakan ruang simpanan fail. Hanya perlu masukkan sahaja alamat lokasi gambar itu disimpan dalam kotak komen. Cara ini sangat sesuai jika anda ingin berkongsi gambar yang mempunyai saiz fail yang lebih besar.

Harap selepas ini anda dapat berkongsi hasil masakan anda dengan semua pengunjung yang ada. Anda juga dapat berinteraksi terus bersama mereka walaupun anda tidak mengetahui email mereka. Jangan kedekut ilmu. Kongsikan disini Insya Allah ilmu anda akan berkembang dengan lebih pesat.