Pelajar dah abis exam akhir. Aktiviti pembelajaran akan bermula pada minggu depan bagi modul yang baru. Walaupun sukatan modul dah abis untuk tahun ini, bagi menampung bebanan sukatan pelajaran pada tahun depan, pelajar akan didedahkan kepada sebahagian modul yang seterusnya. Yang penting sebenarnya nak mengelakkan diaorang daripada ponteng kelas. Jadi kalau ada kelas memasak dan ujian masak sekali confirm diaorang sanggup datang sekolah.

Tetapi teringin pulak nak ajar diorang macamana nak buat ketupat, lemang, ketupat palas dan lain-lain. Masak hidangan barat masak gak, tapi hidangan timur jangan dilupa. Harap-harap dapat gak mengajar diorang bab-bab menu tradisional ni. Para pengajar yang lain pun pernah cakap hal ni. Ramai yang tak tahu macamana nak anyam ketupat, buat lemang apatah lagi nak buat lepat pulut yang pakai daun kelapa berinti kekacang. Kenal rupa dan tahu makan je bila raya. Kadang-kadang pening juga memikirkan pelajar-pelajar zaman sekarang. Kalau tak di paksa, tak mungkin diaorang mahu belajar. Kalau tak de exam tak mungkin diaorang mahu mengulangkaji. Diharap semasa guru mengajar masakan timur dapat diselitkan sedikit menu-menu hidangan tradisional, jika tidak alamat menu traditional akan dilupakan. Tak pernah pulak saya nampak pelajar yang datang mahu mengorek lagi ilmu-ilmu masakan yang saya ada. Kalau ada yang datang bertanyapun hanya mengenai modul yang ada dalam sukatan pembelajaran supaya lulus exam. Tak ada pun yang datang minta diajar cara membuat ketupat. Kalau yang dah tau tu tak apa la. Dalam kepala diaorang, dah ada ketupat segera, Dah ada orang jual kelongsong ketupat dan dah ada orang jual ketupat siap dimakan. Sediakan duit je.