Saya sering tertanya-tanya, apa gunanya saya bersusah-payah mencari wang yang banyak sedangkan ramai orang berpendapatan lebih kecil dari saya masih boleh hidup. Mereka mungkin hidup lebih bahagia dari saya. Ramai juga yang berpendapat wang bukan segala-galanya. Namun begitu ramai juga yang hidup menderita kerana tiada wang. Ada juga yang menderita kerana terlalu banyak wang. Pendapat masing-masing berbeza bergantung kepada pengalaman masing-masing.


Baru-baru ini saya bercerita kepada seseorang mengenai gigi anak saya yang terpaksa dicabut kerana gigi barunya dah mulai tumbuh. Soalan pertama yang saya terima adalah, cabut di klinik swasta atau kerajaan? Apabila saya katakan saya cabut gigi di klinik swasta, dengan selamba dia menjawab, gaji besar... boleh laa.. Menyirap jugak darah saya bila mendengar jawapan begitu.

Saya bekerja bersusah-payah agar keluarga saya dapat hidup lebih senang dan selesa. Saya tak mahu mereka hidup mewah tetapi saya juga tak mahu mereka hidup susah. Dirumah saya tiada astro, dvd atau vcd player, home theatre, tv plasma karaoke, atau playstation. Saya juga tiada kereta mewah, hanya proton persona dan proton exora yang saya dapat dalam cabutan bertuah. Saya juga tiada iphone, ipad atau mana-mana telefon pintar. Saya hanya gunakan nokia 1110 yang berharga RM100. Tapi mengapa bila saya menghantar anak ke klinik swasta, ada pula yang menganggap saya bermewah-mewah?


Pendapat saya, menghantar anak ke klinik untuk rawatan tidak menunjukkan saya hidup mewah. Lain la kalau saya menggunakan rawatan doktor pakar atau doktor tu yang perlu datang ke rumah saya. Bila saya memerlukan rawatan segera apa salahnya saya menggunakan klinik swasta. Klinik kerajaan memerlukan saya membuat temujanji terlebih dahulu. Lagipun bukan sepanjang minggu perkhidmatan disediakan. Saya perlu memohon cuti setengah hari untuk ke klinik kerajaan. Saya menyedari, gigi anak saya perlu dicabut, pada hari sabtu. Serta-merta pergi ke klinik, terus dapat rawatan, masalah selesai.

Lagipun saya rasa, saya berhak mendapat yang lebih baik untuk keluarga saya. Saya dah berusaha belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat pekerjaan yang diidamkan. Kemudian saya bekerja bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati saya agar segala pendapatan yang saya perolehi diberkati. Jadi apa salahnya saya memberikan keperluan asas yang lebih baik untuk keluarga saya. Cuma keperluan asas sahaja yang saya utamakan iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan perubatan. Orang yang menganggap saya hidup mewah, menunjuk-nunjuk, saya anggap mereka sebenarnya cemburu. Bukan cemburu sebab saya ada duit tapi cemburu sebab dulu saya rajin belajar dan kini saya bekerja bersungguh-sungguh. Jadi mengapa tidak sekarang anda berubah untuk belajar rajin-rajin dan bekerja bersungguh-sungguh? Sibuk nak jaga tepi kain orang je.


Gambar-gambar diatas adalah cupcake coklat yang saya buat sebelum ke KL. Oleh kerana tiada tema diminta, hanya warna sahaja yang perlu dipatuhi, jadi saya menggunakannya untuk belajar membuat bunga ros. Memang banyak lagi yang perlu dipelajari berkenaan buttercream ni. Saya akan belajar sedikit demi sedikit. Kalau perlu bayar untuk mendapatkan ilmu, saya akan bayar selagi termampu. Saya terpaksa memasukkan cupcake dalam kotak kek biasa kerana cupcake saya bersaiz besar. Kotak untuk cupcake saiz ini cuma untuk 9 biji sahaja yang saya jumpa. Kalau untuk 30 biji rapat-rapat seperti ini pun dan memerlukan kotak bersaiz 14 inci. Kalau kotak jenis lubang untuk cupcake, mungkin perlu bersaiz 20 inci. Mana nak cari. Saya juga tak buat cupcake kecil sebab harga cupcake besar pun dah murah sangat. Kalau buat yang kecil, mungkin kena jual RM1.50 je kot. Tak larat la nak gentel benda kecik-kecik ni.