Masak telur pun nak belajar ke? Ya! Telur adalah antara bahan yang terpenting dalam masakan dan digunakan secara meluas dalam kebanyakkan hidangan. Ia juga adalah hidangan sarapan yang paling popular dalam masakan barat kerana penyediaannya yang ringkas, cepat serta berkhasiat. Malah telur juga dianggap pelengkap kepada hidangan seharian daripada sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui sifat-sifat telur untuk menghasilkan hidangan baru dan berpotensi besar menjadi popular. Untuk entri ini, semuanya berkisar mengenai telur ayam sahaja.

Pertama, saiz telur ayam digredkan mengikut saiz dan beratnya
Saiz Berat Minima Sedozen
Jumbo 850g
Extra Large 765g
Large 680g
Medium 595g
Small 510g
Peewee 425g

Ada juga gred berdasarkan abjad
Gred Berat Sebiji (g)
AA 65 - 70
A 60 - 65
B 55 - 60
C 50 - 55
D 45 - 50

Telur yang berkualiti dan segar adalah telur yang mempunyai ciri seperti berikut.
  1. Kuning telur yang bulat dan tidak terlalu leper.
  2. Telur putihnya tidak terlalu cair dan jika di letakkan diatas permukaan rata, telur putih tidak tersebar luas.
  3. Didalam kulit telur, kuning telur masih berada di tengah
  4. Ruang udara yang kecil dalam telur.

Untuk jenis-jenis hidangan telur dan resepinya, saya akan sambung dalam entri Jenis-Jenis Hidangan Telur Ringkas


Tip Masakan Berguna
  1. Telur perlu disimpan ditempat sejuk diantara 0˚C – 5˚C seperti didalam peti sejuk.
  2. Kulit telur bersifat poros jadi telur akan menyerap segala bau yang kuat. Jadi jangan simpan telur di tempat yang berbau.
  3. Sebaiknya telur disusun denga teratur supaya telur yang dimasukkan dahulu dapat digunakan dahulu (First In First Out)
  4. Cucilah telur dan lap sebelum disimpan. Faham-faham sendiri la dari mana dia keluar.