Dipenghujung cuti sekolah, semangat nak merayau jauh memang dah tak ada lagi. Hajat melihat tempat baru terpaksa dilupakan kerana kesibukkan setiap hari. Ada-ada je kes yang perlu di tangani. Ke hulu ke hilir menyelesaikan masalah yang timbul. Ke sana kesini setiap hari mencari barang keperluan untuk pengajaran semester akan datang. Akhirnya… cuti sekolah dah nak habis la. Moh la menyusuri sungai Muar. Tak perlu belanja besar. Tak perlu berjalan jauh. Tak perlu masa yang lama. Hanya 40 minit je. Lepas tu boleh cepat-cepat sambung kerja!


Perjalanan menyusuri Sungai Muar bermula dari Jeti Tanjung Emas hinggalah ke Sabak Awor. Dulu saya pernah cerita mengenai Medan Ikan Bakar Sabar Awor. Kali ni dapat la tengok Sabak Awor dari arah sungai. Perkhidmatan bot ini hanya disediakan pada waktu siang je. Sayang sekali. Memang tak menyerlah kecantikkan Bandar Diraja pada waktu siang. 


Kalau di Thailand dulu perkhidmatan serupa ini hanya pada waktu malam. Seronok la dapat tengok keindahan Sungai Chowpraya yang berkerlipan sambil menikmati makan malam ala buffet dalam suasana romantis. Siap ada penyanyi seksi lagi. Di Bangkok naik cruise, perjalanan 3 jam, bayar ribu ribas. Kalau tak de orang sponsor memang tak merasa la. Di Muar hanya bot dengan muatan 40 penumpang je la. Bayaran cuma RM10.


Walaupun tak begitu gah, saya tetap rekomenkan perkhidmatan menyusuri Sungai Muar ni untuk anda semua. Pertama, kerana harganya terlalu murah. Kanak-kanak separuh harga. Kedua, dapatlah memuaskan hati anak-anak yang tak pernah menaiki bot. Bagi yang tak pernah menaiki bot, merasa la jugak walaupun tak begitu laju atau jauh. Ketiga, keselesaan bot dan ciri-ciri keselamatan tidak diabaikan. Sangat berbaloi untuk harganya. 


Tebing Sungai Muar pada waktu malam sebenarnya sangat indah. Banyak lampu berwarna-warni dan mercu tanda yang berkilauan sejak menjadi Maharani Bandar Diraja. Barulah seronok kalau waktu malam. Kalau ada candle light dinner dalam bot lagi best. Semakin ramailah pelancong dalam dan luar negara yang ingin menikmatinya. Orang Thailand lagi pandai berniaga. Bukan sahaja naik bot dan makan-makan je. Setiap orang yang menaiki bot akan di tahan dulu untuk ambil gambar. Apabila turun dari bot, gambar dah siap dicetak. Berkeliaran mereka mencari orang yang dalam gambar sebelum semuanya pergi. Boleh dikatakan setiap orang yang berjaya mereka temui akan membeli gambar tersebut. Satu gambar 100 baht. Satu bot ada 200 orang. Kalau jumpa separuh je pun dah 10,000 baht. Uihh.. kaya! Kaya! Satu malam ada berapa trip ye?