Kalau dapat peluang bercuti panjang seperti cuti Tahun Baru Cina ini, memang saya akan berehat sepuasnya dirumah. Sehingga satu tahap dimana nak tidur pun dah tak larat lagi, mula la mati akal. Biasanya saya akan melakukan berbagai eksperimen masakan dirumah tapi eksperimen memerlukan kos dan tenaga yang banyak. Memang saya  suka window shopping tapi biasanya bila keluar je, window ntah kemana, yang tinggal cuma shopping. Jadi biasanya saya akan merayap tanpa tujuan. Kali ini saya mengambil keputusan untuk menyesatkan diri ke Kota Iskandar, Nusajaya.

Sejak 2009, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah berpindah ke Kota Iskandar tetapi belum sekalipun saya menjejakkan kaki ke sana. Walaupun rumah saya cuma lebih kurang 10 km sahaja dari Kota Iskandar, belum tergerak hati mahu meninjau-ninjau apa yang menarik disana. Melalui pembacaan di blog, akhbar dan menonton TV, memang menarik semuanya.

Pernah dulu ingin kesana tetapi terpaksa melalui jalan yang berbelit-belit. Dah try google map tapi tiada jalan pun untuk ke sana. Kini, lebuhraya telah hampir siap. Barulah saya berani menyesatkan diri walaupun terpaksa melalui jalan yang sebenarnya belum dibuka kepada umum.

Gambar-gambar diatas hanyalah beberapa keping yang sempat saya tangkap. Tak berniatpun nak tangkap banyak-banyak. Hanya ingin lepak dan menikmati pemandangan baru.

Mungkin pertengahan tahun ni, Legoland akan siap sepenuhnya. Boleh la saya berkunjung ke sana lagi sambil mengunjungi bot mewah saya yang diparking di sana.