Setelah lebih seminggu saya dikampung, akhirnya balik juga ke bandar. Rasa lemas la jugak dengan kualiti broadband di kampung. Itu lah antara sebab saya tak update blog ni. Buat penat je tulis banyak-banyak, bila nak post, internet putus. Frust bukan main. Mintak maaf la kat kengkawan blogger semua. Sekarang dah kembali ke bandar, dah boleh kembali seperti sedia kala. Terima kasih juga kat kawan-kawan yang ambil berat terutama kat Cik Suri yang berjari pantas. Hari-hari update blog dia. Saya juga terlalu sibuk sewaktu berada di kampung. Macam-macam yang buat. Semuanya untuk pelanggan-pelanggan saya. Lain kali la baru cerita.

Gambar kat atas tu adalah gambar saudara-mara saya. Baby kecik tu cucu saya. hahahah.. Tak caya? Memang betul. Datuk tak semestinya ada cucu. Bercucu tak semestinya dah tua. Bebudak zaman sekarang, abis sekolah je terus gatal nak kawin. Akhirnya saya yang muda remaja ni yang menjadi mangsa. Muda-muda dah ada cucu. Baby yang sebelah kanan tu cucu saya yang sulung. Namanya Khairina dan sorang lagi namanya Zakirah.


Kedua-dua cucu saya tu bukan adik-beradik. Tengok je dah tau lain mak lain bapak. Mereka semua tinggal di KL jadi jarang jumpa. Kebetulan pada cuti sekolah ni saya mengikuti rombongan perkahwinan abang saya ke KL dapat la jumpa. bestnya main dengan budak besar tu. Asyik nak gelak je.

Kalau ikut salasilah keturunan saya yang masih hidup, cucu saya ni adalah keturunan yang ke enam. Jadi saya lebih senang memanggil dengan nama oneng. Yang kanan oneng 1 dan yang kiri oneng 2. Saya tau korang boring baca cerita saya pasal cucu tapi saya lagi tau korang sebenarnya jeles sebab tak ada cucu! hahahahaha