Memang lama betul saya tak update blog. Terasa frust jugak bila tak dapat buat aktiviti yang biasanya saya buat hampir setiap hari. Maaflah kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menunggu resepi dari saya. Ada ke orang yang tunggu? Bulan April ini bermulanya hari sibuk saya. Kerja tetap seharian dah sememangnya sibuk. Ditambah pula dengan aktiviti kegemaran iaitu hobi saya yang saya jadikan sumber pendapatan sampingan.

Bulan lepas, saya menerima beberapa tempahan kek, cupcake, makanan seperti biasa cuma bilangannya lebih banyak dari biasa. Bagi sesetengah orang, tempahan sebanyak ini biasa diterima setiap hari tapi bagi saya yang hanya mempunyai masa hanya pada waktu malam, memang agak memenatkan. Lebih-lebih lagi untuk tempahan yang datang serentak dan perlu dihantar pada hari dan waktu yang sama. Bagi makanan sejuk beku, atau makanan yang tahan lama, mungkin ia boleh disiapkan lebih awal. Tapi bagi makanan yang tidak boleh disimpan lama, saya perlu menyiapkannya pada hari itu juga. Kalau peralatan dirumah mencukupi, tak mengapa juga. Memang memeningkan apabila perlu menggoreng kuih sedikit demi sedikit menggunakan kuali yang kecil sedangkan semua kuih perlu dihantar dalam keadaan segar dan panas. Kek pula perlu dimasukkan kedalam peti ais sedangkan peti ais dirumah saya kecil. Nak tak nak, terpaksa juga membuat semuanya dalam satu malam sahaja supaya kek kekal segar.

Antara tempahan yang banyak saya terima disaat akhir sebelum cuti hari pekerja adalah, kek coklat moist, kek lapis pandan, sarapan pagi 3 hari berturut-turut, sarapan pagi untuk 250 orang, kek harijadi, cupcake majlis pertunangan dan kek coklat berkat yang sesuai digunakan sebagai goodies atau doorgift majlis-majlis keramaian. Ini tak termasuk tempahan kek tetap setiap selasa, khamis dan jumaat setiap minggu. Bulan Mei ini, mungkin saya akan perlahankan sedikit aktiviti sampingan untuk memberi laluan kepada kerja tetap yang banyak tertangguh.

Sepanjang bulan lepas juga, saya meraikan hari bertuah saya bersama subscriber Blog Resepi Masakan Barat Komersial. Tak cukup tangan saya melayani permintaanebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Sehingga malam penutup 30 April yang lalu, masih ramai yang berebut-rebut mendapatkannya disaat akhir. Ada juga yang tak sempat mendapatkannya kerana sibuk beratur dan menguruskan cukai pendapatan yang juga berakhir pada tarikh dan waktu yang sama.

Saya harap, selepas ini pembahagian masa saya lebih baik. Tak mau la kelam kabut macam bulan lepas. Sesiapa yang ingin menempah kek coklat berkat tetap akan saya terima. Bukan mahal sangatpun. Hanya RM1 je. Barulah berseri majlis perkahwinan atau pertunangan anda. Asyik bagi kerepek dan keropok je pun boring jugak. Telur, gula-gula dan jelly semua dah ketinggalan zaman. Beralih kepada makanan yang lebih berkhasiat tetapi tetap digemari semua orang terutama kanak-kanak.