Baru-baru ni, saya terserempak dengan seorang pembaca blog Resepi Masakan Barat Komersial. Entah macam mana, dia boleh kenal lak muka saya. Tiba-tiba je dia tanya saya,” ada blog ye?” Terasa sekejap macam artis popular sekejap. Kemuadian dia beritahu saya, dia cuba Resepi Donut Gebu Tradisional dan tak menjadi pulak. Terus hilang perasaan artis popular tadi. Memang kebanyakkan pembaca yang mencuba Resepi Donut Gebu Tradisional tu mendapat hasil yang terbaik dengan sekali percubaan. Bagaimanapun ada juga yang mencuba lebih dari sekali baru menjadi.


Kebanyakkan surirumah yang mencuba dengan resepi saya ni, kurang yakin dengan kaedah yang saya nyatakan menyebabkan mereka menggunakan kaedah mereka sendiri yang biasa digunakan. Antara tip yang mereka susah sangat nak ikut adalah, merehatkan doh beberapa minit sewaktu doh masih lembut dan melekit. Ramai yang tak sanggup nak tunggu menyebabkan mereka terus menguli untuk mendapatkan doh yang licin dan tak melekat. Hasilnya doh menjadi mampat dan tidak licin.


Kedua, mereka memasukkan minyak diperingkat akhir dan bukan di peringkat awal seperti membuat roti. Dengan menggunakan tepung biasa, kaedah ini menjadikan donut berat dan padat kerana untuk mencampurkan minyak kedalam doh memerlukan masa yang lama dan perlu diuli dengan kuat kerana minyak yang licin menyukarkan menguli.
Ketiga, mereka menggunakan mesin pengadun. Cara ini memang lebih senang tetapi pastikan doh tidak diuli terlalu lama. Asalkan ia bersatu, sudah cukup. Lain la kalau anda menggunakan tepung roti. Tepung roti lebih ringan dari tepung pelbagai guna. Harganya pun mahal.


Kepada sesiapa yang pernah mencuba tapi tak menjadi, jangan putus asa. Yang penting, hantarkan komen dibawah entri donut tu. Mungkin ada yang dapat membantu mencari punca masalahnya. Kalau diam-diam je, siapa yang tahu. Setiap komen boleh disertakan dengan gambar. Klik button dan upload gambar, sangat senang. Jangan pula hantar komen beritahu donut tak jadi tanpa maklumat lanjut. Memang la kurang mendapat layanan. Yang penting, jangan berhenti berusaha. Sikit je modalnya tu. Tiga empat ringgit je. Tak menyesal punya mengeluarkan modal untuk donut yang dijamin gebu sampai esok.

Gambar kat atas tu, projek yang membuatkan saya sibuk beberapa minggu lepas. Itu baru tugasan ke sebelas. Saya gunakan resepi Donut Gebu Tradisional untuk membuat Roti Pusing sebab saya yakin dengan kualiti dan potensinya. Tugasan setebal 4 inci dah siap untuk dihantar. Yesss!!! Yesss!! Kurang satu masalah.