Resepi Udang Goreng Tepung dengan Sos Cili Thai (27 matches)
Posted by Norasikin Basri

Udang goreng tepung adalah salah satu restoran thai. Ada juga yang lebih menggemari sotong goreng tepung namun perbezaannya hanyalah udang dan sotong. Oleh kerana dulu saya pernah mengeluarkan resepi berkenaan udang gorang tepung jadi kali ini saya akan mengutamakan dalam proses pembuatan sos cili thai. Walau bagaimanapun, ada beberapa perbezaan diantara udang goran...
 
Continue Reading
 
Kari Hijau Thai | Thai Green Curry (25 matches)
Posted by Norasikin Basri
Kari Hijau Thai sebenarnya sangat popular di negara barat. Dalam bahasa thai, ia dipanggil Gang Kiew Waan yang bermaksud Sweet Green Curry walaupun sebenarnya ia tak de la manis mana pun. Kalau Kari Hijau Thai saya pula tentulah pedas menyengat. Namun manisnya perlu ada. Di Malaysia, Kari Hijau Thai juga popular tetapi terhad di restoran-restoran besar dan hotel-hotel sahaja. Kalau gerai masakan thai yang banyak  
Continue Reading
 
Resepi Ayam Masak Kari Merah Thai | Thai Red Curry Chicken (23 matches)
Posted by Norasikin Basri


Walaupun kari lebih popular di negara kita berbanding Thailand, namun kari mereka tetap istimewa. Malah mereka ada 2 jenis kari yang popular dan jauh berbeza iaitu kari merah dan kari hijau. Kalau anda suka yang hijau, boleh rujuk artikel Thai. Bahan utama kari di Malaysia juga Thailand, sudah tentunya cili, ketumbar dan jintan. Bagaimanapun kari Thailand jauh berbeza dari segi r...
 
Continue Reading
 
Bagaimana Membuka Perniagaan Restoran Di Malaysia Bahagian Akhir (21 matches)
Posted by Norasikin Basri
Dalam artikel Restoran di Malaysia Bahagian 1, saya telah ceritakan secara ringkas mengenai dilemma yang dirasai oleh kebanyakkan insan yang sangat berminat untuk membuka restoran sendiri. Dalam artikelR...
 
Continue Reading
 
Resepi Nasi Goreng Restoran Thai (19 matches)
Posted by Norasikin Basri

 
Macam tak percaya, ada pelajar saya yang tak tahu dan tak pernah membuat nasi goreng. Nak menitik air mata saya bila mendengarnya. Macam mana la dia boleh belajar katering kalau hidangan asas orang bujang pun daia tak pernah buat. Mungkin dapur pun dia tak pernah jejak. Semuanya bibik yang kerjakan.Anda tak risau ke jika anak anda langsung tak reti memasak. Kalau tak ada bibik, setiap hari sepanjang masa makan kat luar je ke? Setiap orang tak kira lelaki atau perempuan,...

 
Continue Reading
 
Resepi Ketam Bercili - Chilli Crab (16 matches)
Posted by Norasikin Basri


Kenapa saya suka sangat ketam bercili ni? Pertama, memang saya suka masakan pedas terutama jenis-jenis sambal ni. Kedua, sebab saya jarang sangat dapat makan ketam ni. Bukan sahaja kerana harga ketam yang mahal tapi juga kerana saya tak boleh makan makanan laut seperti ketam ni. Kena berpantang dulu baru boleh makan ketam. Silap haribulan, menggerutu seluruh badan saya. Seminggu menderita.
Suatu ketika dulu saya ada paparkan entri mengenai masakan bercili tapi masa tu saya memang saya tak ada ...

 
Continue Reading
 
Jika Anda Tuan Punya Restoran (15 matches)
Posted by Norasikin Basri


Semenjak saya membangunkan blog Resepi Masakan Barat Komersial dan berkongsi berbagai resepi komersial secara percuma, saya merasakan ilmu saya berkembang dengan sangat pesat sekali. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada saya. Saya percaya, selagi ada insan yang menggunakan ilmu yang saya kongsikan, selagi itulah saya akan mendapat kebaikkan dariNya. Kalau saya menggunakan ilmu saya untuk memberi makan kepada orang lain, apabila saya dah tak mampu lagi, kebai...
 
Continue Reading
 
Resepi Tomyam Chiang Mai (14 matches)
Posted by Norasikin Basri


Dah seminggu puasa, baru sekali saya ke bazaar ramadhan. Cuma pergi bazaar ramadhan yang paling hampir dengan rumah saya je. Itu pun beratus jugak gerainya. Tak banyak bezanya dengan bazaar ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Cuma satu yang saya perhatikan, sekarang ni banyak pulak gerai yang menjual masakan barat terutama chicken chop dan fish & chip. Satu perkembangan yang sangat baik. Sekurang-kurangnya ramai yang dah tahu, masakan barat bukan hidangan yang mahal dan hanya dijual di hotel-h...

 
Continue Reading
 
Resepi Ikan Talapia Bercili | Chilli Talapia (14 matches)
Posted by Norasikin Basri

Resepi ini sebenarnya amat sesuai untuk masakan ketam seperti di restoran-restoran masakan thai. Memandangkan saya ni tak mampu nak makan ketam, jadi saya gunakan ikan talapia tempoh hari yang masih berbaki seekor. Bila gunakan ikan talapia, hasilnya memang tak sama dengan ketam. Ketam mengandungi banyak air didalamnya jadi kuahnya akan menjadi lebih cair. Lagipun rasa ketam akan meresap dalam kuah. Bila digantikan dengan ikan talapia, inilah hasilnya. Kuahnya terlalu pekat. Rasa kuahnya tiad...

 
Continue Reading
 
Resepi Tom Yam Putih (14 matches)
Posted by Norasikin Basri


Tom yam memang biasa kita nikmati dan hidangan ini di jual di semua restoran dan gerai masakan Thai di seluruh Malaysia. Malah masakan Thai memang terkenal diseluruh dunia kerana keunikkannya. Sebenarnya masakan Thai mempunyai banyak variasi tom yam cuma kita sahaja tidak menyedarinya. Salah satu variasi tomyam yang semakin popular adalah tom yam putih. Rasa-rasanya masyarakat thai mengenalinya dengan nama tom yam kung atau pok tek. Tak kisahlah apa nama yang diberikan yang penting rasa tom y...

 
Continue Reading
 
Ikan Masak Stim Cara Thai (13 matches)
Posted by Norasikin Basri

Kalau dulu, saya ada paparkan Talapia Masak Stim cuma resepi ini ada sedikit perbezaan. Untuk menguatkan rasa masakan Thai, ia menggunakan kuah serai manakala sos tiram dikeluarkan untuk mengurangkan ciri-ciri masakan cina. Hidangan Thai seperti ini sangat cepat disediakan dan mudah. Kebanyakkan restoran Thai memang tiada masalah dalam menyediakan hidangan ini kecuali mereka lebih senang menggunakan stok ayam. Adalah lebih elok mengekalkan rasa ikan berbanding mencampur-adukkan d...

 
Continue Reading
 
Resepi Ikan Dengan Sos Manis Thai (13 matches)
Posted by Norasikin Basri

Ini adalah contoh masakan yang mudah dan cepat disediakan. Goreng atau gril sahaja bahan utamanya kemudian barulah dicurahkan sos. Contoh masakan thai seperti ini yang popuar adalah masak 3 rasa dan masak masam manis. Dalam masak barat pun banyak hidangan seperti ini cuma sosnya dalam kuantiti sangat sedikit. Kita makan dengan nasi, tentu la syok kalau kuah banyak. Kadang-kadang, saya rasa apa la istimewanya masakan seperti...
 
Continue Reading
 
Resepi Chapchai Sayur Campur (12 matches)
Posted by Norasikin Basri


Resepi yang selalu mendapat permintaan kebanyakkannya kek dan kuih muih. Kemudian barulah lauk-pauk, hidangan karbohidrat atau mungkin juga jenis-jenis dessert, coklat dan sebagainya. Jarang sekali sayur-sayuran mendapat permintaan. Minuman pun kurang. Tapi kali ini saya tetap ingin memaparkan resepi chapchai iaitu sejenis sayur campur yang popular dalam masakan cina namun kini hampir semua restoran masakan thai ada menyajikannya.

 
Continue Reading
 
Bagaimana Membuka Perniagaan Restoran di Malaysia (11 matches)
Posted by Norasikin Basri

Ada orang yang memang sangat beruntung. Lahir dalam keluarga yang mempunyai ramai usahawan berjaya. Bukan kerana mereka mudah mendapatkan modal yang besar dari sanak saudara tetapi sanak saudara mereka menjadi sumber rujukkan untuk memulakan perniagaan. Tanya saja pada daddy macam mana  nak daftar perniagaan atau tanya mama macam mana nak mohon lesen majlis bandaraya. Tak hairanlah ada gadis muda yang baru berusia awal 20an, dah me...
 
Continue Reading
 
Resepi Sambal Balado Nasi Padang (10 matches)
Posted by Norasikin Basri

Agak sukar memuaskan hati saya ketika makan di luar. Saya ni boleh la dikatakan cerewet dalam bab makan ni. Saya nak makan sesuatu yang mesti sedap, murah, banyak dan selamat di tempat yang selesa, bersih dan tenang. Macam mana saya tak bising kalau seketul ayam goreng sebesar penumbuk budak dijual pada harga RM2. Memang la harga barang sekarang ni semuanya dah naik tapi saya tau harga kos kebanyakan hidangan yang saya gemari. Saya juga tau yang mana senang disediak...

 
Continue Reading
 
Bagaimana Membuka Perniagaan Restoran di Malaysia Bhgn 2 (9 matches)
Posted by Norasikin Basri

Sangat ramai rakyat asing datang berniaga di Malaysia. Bermacam-macam perniagaan yang mereka jalankan termasuklah perniagaan restoran. Apa yang ada dinegara mereka dibawa ke Malaysia untuk dipromosikan. Tiada masalah untuk berniaga di Malaysia kerana mereka benar-benar mengetahui apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan. Mereka juga belajar mengenai undang-undang dan peraturan negara kita. Bukan itu sahaja, adat resam, sen...
 
Continue Reading
 
Resepi Bebola Daging Masam Manis (9 matches)
Posted by Norasikin Basri


Dah beberapa hari asyik buat muffin dan cupcake, hari ini cuba pula bebola daging masam manis. Walaupun masam manis dah jadi hidangan patut ada di restoran thai, tapi resepi asalnya adalah dari masakan cina. Untuk bebola daging masam manis ini, saya cuba mengekalkan ciri-ciri masakan cina yang asli. Bebola daging juga sebaiknya di buat sendiri. Dibawah ini ada disertakan resepi bebola daging yang ringkas. Secara komersial, bebola daging menggunakan beberapa bahan kimia yang tidak baik untuk k...

 
Continue Reading
 
Sambutan hari lahir anakku tersayang (7 matches)
Posted by Norasikin Basri

27 Mei 2010 genap 4 tahun usia anak kesayangan saya. Tidak sangka pejam celik pejam celik Kamarul Ahza dah semakin besar sehingga basikal kecil hadiah dari atuknya sewaktu dia berusia 1 tahun telah hampir reput. Malahan rimnya patah sewaktu dia bermain beberapa minggu lepas. Sejak itu hampir setiap hari dia minta basikal baru. Akhirnya pada hari jadinya pada tahun ini saya mengambil keputusan untuk membelikannya basikal baru. Sengaja saya membelikan basikal yang lebih besar dengan harapan bas...

 
Continue Reading
 
Tempat makan yang patut dikunjungi (7 matches)
Posted by Norasikin Basri

Sabtu lepas, kakak saya bersanding tetapi saya tak dapat pulang ke kampung kerana kekangan kerja dan beberapa perkara lagi. Dalam hati memang teringin menikmati nasi pengantin jadi pada tengah hari itu kami sekeluarga membuat keputusan menikmati nasi beriani yang sama seperti yang terdapat majlis-majlis kenduri kahwin. Cara yang paling senang adalah dengan menjamu selera di restoran yang popular dan sering menerima tempahan untuk majlis perkahwinan di Johor Bahru seperti JB Catering.

Restora...

 
Continue Reading
 
Resepi Kari Kepala Ikan Nasi Kandar (6 matches)
Posted by Norasikin Basri


Banyak restoran nasi kandar di Malaysia yang popular kerana Kari Kepala Ikannya. Ada juga yang popular kerana rojak mamaknya atau ayam gorengnya namun tak begitu meletup seperti nama kari kepala ikan. Penduduk Malaysia memang sudah biasa sangat dengan kari. Ramai sangat yang tahu masak kari namun, kari kepala ikan nasi kandar terlalu banyak keistimewaannya bagi penggemar tegar nasi kandar.  Mudah sahaja mereka mengenali masakan dari restoran kegemarannya.

 
Continue Reading
 
Bagaimana yang dikatakan masakan barat? (6 matches)
Posted by Norasikin Basri
Saya percaya tentu anda pernah menikmati masakan barat di restoran-restoran ataupun di hotel-hotel. Pasti harganya sangat mahal kan? Mengapa harganya mahal? Sudah pasti kerana bahan-bahan yang digunakan mahal. Inilah yang nak saya ceritakan pada kali ini. Pengusaha masakan barat terpaksa menggunakan bahan yang mahal untuk mendapat ciri-ciri masakan barat yang sebenar. Ciri-ciri masakan seperti bau, rasa, rupa dan tekstur mestilah mencerminkan masakan barat yang sebenar. Tidak mungkin masakan ...
 
Continue Reading
 
Saya, Nuffnang dan Resepi Nasi Goreng Citarasa Hotel (6 matches)
Posted by Norasikin Basri

Entah kenapa, saya rasa macam sedih sangat dengan Nuffnang. Rasa sunyi je dan kosong je blog ni tanpa gambar-gambar bergerak dari Nuffnang. Bukan tak ada terus cuma yang runcit-runcit je. Tapi tak mengapa. Itu bukan tujuan utama blog ini buat. Selagi saya mampu, saya akan terus memaparkan resepi-resepi menarik yang sesuai untuk anda hidangkan direstoran-restoran atau gerai-gerai makanan anda.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai resepi nasi goreng yang paling saya menyampah. Resepi ini terla...

 
Continue Reading
 
Perbaiki tambah nilai produk dengan cara berhemah. (6 matches)
Posted by Norasikin Basri


Sering saya ingatkan kepada pembaca blog saya juga kepada pembeli-pembeli ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, bahawa anda boleh menjual produk anda dengan harga yang lebih baik sekiranya anda dapat meningkatkan tambah nilai produk. Seperti yang pernah saya katakan dulu, daripada menjual pisang lebih baik menjual kerepek pisang. Sekilogram pisang berharga lebih kurang RM2.50 sedangkan kerepek pisang berharga lebih dari RM8. Lebih tinggi harga jualan, lebih banyak keuntungan. Saya bukan sur...

 
Continue Reading
 
Resepi Sambal Tumis Belimbing Buluh (6 matches)
Posted by Norasikin Basri


Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri Resepi Sambal Belacan Kampung, belimbing buluh juga boleh digunakan dalam apa sahaja masakan yang memerlukan rasa masam. Jadi dalam apa sahaja masakan, saya akan gunakan apa sahaja asam yang ada sama ada asam jawa, asam gelugur, jus limau, lemon, tomato, kemang , cuka dan sebagainya asalkan dapat seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya. Bagaimanapun saya akan mengutamakan bahan yang asli berbanding bahan kimia dan mengutamakan bahan yang mudah...

 
Continue Reading
 
Resepi Sate Lilit Serai (5 matches)
Posted by Norasikin Basri

Kalau di Indonesia, sate lilit memang terkenal tapi yang ingin saya bincangkan ini adalah masakan thai. Oleh kerana masakan thai ini tidak menggunakan rempah-rempah sate seperti ketumbar, jintan dan lain-lain, jadi ia lebih sesuai dipanggil ayam grill berbanding sate. Hidangan Thai memang banyak menggunakan herba-herba yang wangi. Begitu juga dengan sate lilit serai ini. Apa sahaja herba-herba wangi yang sering digunakan dalam masakan thai, semuanya sesuai untuk hidangan ini. Lebih harum lebi...

 
Continue Reading
 
Resepi Ayam Goreng Halia (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Saya amat  gemar berbuka puasa dengan nasi. Ada orang yang suka berbuka dengan kuih-muih dahulu. Selepas solat maghrib barulah nak menjamah nasi. Tapi bagi saya, lepas berpuasa seharian, nasi amat diperlukan. Disini satu lagi menu berbuka puasa yang sesuai dicuba. Khusus untuk orang yang gemar berbuka puasa dengan nasi macam saya.

Ayam goreng halia ini sebenarnya hidangan cina tetapi banyak di jual di restoran makanan thai setelah disesuaikan dengan citarasa thai.Saya lebih menggemari ayam gor...

 
Continue Reading
 
Mi Bandung Muar (4 matches)
Posted by Norasikin Basri



Rasanya mi bandung muar memang dah terkenal di seluruh Malaysia dan tak perlu diperkenalkan lagi. Merata-rata gerai dan restoran yang menjual hidangan ini. Walaubagaimanapun kebanyakkan gerai dan restoran ini hanya meniru-niru sahaja. Jarang jumpa yang betul-betul mempunyai rasa mi bandung muar. Kalau kita benar-benar merasai mi bandung muar, kita akan dapati rasanya lebih kepada rasa udang kering. Inilah yang cuba ditiru oleh gerai-gerai dan restoran. Tumiskan bawang, bawang putih, lada boh ...

 
Continue Reading
 
Resepi Rojak Mamak Komersial (4 matches)
Posted by Norasikin Basri


Setiap kali hujung tahun, isu banjir sentiasa memenuhi ruang berita di mana-mana media. Dari dulu sampai sekarang memang tak habis-habis. Semoga mangsa banjir seluruh negara, tabah menghadapi ujianNya. Mari kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan negara kita. Teringat pulak pengalaman saya terperangkap dalam banjir pada tahun 2011. 3 hari tanpa elektrik, air dan telefon. Bekalan makanan dan petrol juga meruncing.

Untuk penerima resepi ini melalui email : Dah tengok iklan Maybank oleh saya? L...
 
Continue Reading
 
Resepi Kerabu Betik Muda (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Masih terasa betapa segarnya menikmati kerabu betik ini. Sewaktu berada di kampung, saya dapati pokok betik yang tumbuh meliar menghasilkan banyak buah. Saya mula terfikir satu jenis kerabu yang amat mudah disediakan. Jika dibandar, betik yang dijual terlalu muda sehinggakan rasa kerabu betik menjadi kurang menyelerakan malah warnanya juga kurang menarik. Kini saya boleh pilih sendiri betik yang terbaik untuk resepi kerabu betik ini. Seronoknya tinggal di kampung.
Resepi kerabu betik ini adala...

 
Continue Reading
 
Resepi Serikaya Labu Mahkota (4 matches)
Posted by Norasikin Basri


Bagaimana dengan cuti Aidiladha anda? Pasti seronok dapat berehat dan bertemu sanak saudara. Sama juga seperti saya. Inilah masanya untuk saya berehat kerana selepas ini saya tidak akan berpeluang untuk berehat lagi sekurang-kurangnya untuk 4 atau 4 bulan lagi. Cuti sekolah akan tiba beberapa hari lagi tapi bukan untuk saya. Saya akan berada di KL mulai minggu depan dan berharap dapat mendalami ilmu yang diperlukan.

Serikaya juga dikenali sebagai kastard yang dikukus dalam buah labu adalah hid...

 
Continue Reading
 
Chocolate Fudge Banana Split (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Suatu ketika dahulu saya pernah kata, daripada menjual pisang lebih baik menjual pisang goreng. Daripada jual ubi, lebih baik jual kerepek ubi. Inilah yang dimaksudkan dengan memberikan tambah nilai kepada produk sedia ada anda. Tak faham lagi? Macam ni la. Tak lama lagi kita nak berpuasa. Pasti ada anak muda yang berniat untuk menjual daun ketupat. Apa kata sambil-sambil menjual daun ketupat tu, anda jual juga kelongsong ketupat siap. Kalau tak pandai anyam, minta la sesiapa ajarkan cara men...

 
Continue Reading
 
Mengapa memilih ebook berbanding buku hardcopy atau berkursus masakan? (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Beberapa orang sahabat saya bertanya, mengapa saya perlu beli e-book Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial sedangkan saya boleh dapatkan buku sebenar dipasaran dengan harga yang lebih murah? Pada mulanya saya hanya memberitahu tiada resepi masakan barat komersial dipasaran buat masa sekarang kerana saya sangka mereka pasti sudah membaca ciri-ciri resepi dan ciri-ciri ebook yang terdapat dalam website ini. Setelah difikir-fikirkan semula barulah saya tahu, mereka sebenarnya tidak tahu apa k...

 
Continue Reading
 
Resepi Sos Cili Mudah dan Ringkas (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Dah 5 hari saya tak update blog Resepi Masakan Barat Komersial dengan resepi-resepi yang sesuai anda gunakan untuk restoran dan gerai makanan anda. Maaflah kerana beberapa hari ni fikiran sedikit bercelaru dengan masalah kereta saya yang dah bertahun-tahun tak selesai. Saya memberikan kereta itu untuk seorang sahabat saya. Malangnya sehingga sekarang, kereta itu masih diatas nama saya. Saya cuma minta ditukarkan atas nama dia. Saya tak minta bayaran. Saya tak minta apa-apa. Tapi dia langsung ...

 
Continue Reading
 
Beranikah Anda Menjadi Perempuan Yang Tak Pandai Memasak (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Hari ni hati saya ada tenang sikit sebab saya dapat buat cupcake hari ni. Jadi entri hari ni cuma nak bersantai, berborak-borak berisi sambil berlawak jenaka sikit. Mari kita baca dialog yang terlintas dalam fikiran saya mengenai perempuan yang tak tahu langsung memasak.

"Ada ke lelaki yang nak kat ko ni? Masak nasi pun hangit!" kata seorang wanita yang belum pernah menjadi mertua.

Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus m...

 
Continue Reading
 
Harga barang dapur terus melonjak (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Kebelakangan ini saya perhatikan harga barangan dapur semakin hari semakin meningkat. Harga ikan kembung yang dulunya hanya sekitar RM4 kini melonjak sehingga RM11. Mungkin ada juga yang sedikit murah hanya kerana ikannya lebih kecil ataupun telah pecah perut.

Semasa Deepavali dahulu berita akhbar dan televisyen mengumumkan harga telur turun kerana kekurangan permintaan. turunpun sedikit sahaja kira-kira RM6 sepapan. Walaubagaimanapun sehari dua kemudian naik semula sedikit demi sedikit. Tak a...

 
Continue Reading
 
Resepi Mi Hong Kong (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Saya tak tahu adakah benar resepi mi ini berasal dari Hong Kong. Yang saya tahu mi ini dihidangkan di kebanyakkan restoran thai di seluruh Malaysia. Saya suka mi ini kerana, mi ini mengandungi banyak sayur-sayuran selain dari rasa kuahnya yang tidak terlalu bercampur aduk dengan perasa lain. Selain itu, mi ini mempunyai rasa rangup apabila dihidangkan panas-panas dan telurnya mampu menyerap kuah dengan sangat baik. Kenapa saya katakan begini? Beleklah resepi dibawah ini baru tahu...

 
Continue Reading
 
Resepi Makaroni Bakar (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Bagi saya, makaroni bakar sebenarnya tak lebih daripada makaroni goreng lebihan semalam yang diberikan nafas baru supaya dapat dihidangkan panas-panas. Manakan tidak, rata-rata makaroni bakar yang saya rasa tak pernah mempunyai rasa yang tertentu yang melambangkan keunikan masakan itu sendiri. Kebanyakkannya mempunyai rasa mi yang digoreng cara Thai atau Melayu. Kalau di barat mungkin mempunyai citarasa barat. Persamaannya hanya keju yang ditaburkan diatas yang menjurus kearah masakan barat. ...

 
Continue Reading
 
Resepi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Pertama kali saya merasai ikan masak tiga rasa ni lebih dua puluh tahun yang lalu. Pada masa itu, saya tercari-cari apakah tiga rasa yang terdapat pada resepi ini. Adakah manis, masin dan masam? Apa bezanya dengan ikan masam manis? Adakah ikan masam manis tak ada rasa masin? Mungkin pedas dan bukannya masin? Bagaimanapun, saya menggemarikan masakan ini kerana ikannya. Perasaan sewaktu mengunyah kegaringan ikan ini memang susah nak diucapkan.
Untuk resepi ini, saya menggunakan ikan talapia hita...

 
Continue Reading
 
Resepi Salad Buah-buahan | Fruit Salad (4 matches)
Posted by Norasikin Basri

Masyarakat barat ni kalau makan, mereka mesti bahukan makanan yang seimbang. Kalau dalam sepinggan hidangan utama tu mesti ada karbohidrat, protin dan sayur. Mereka juga mahukan pembuka selera, sup dan pencuci mulut setiap kali menjamu selera. Kiranya anda mahu membangunkan sebuah empayar perniagaan masakan barat, anda mesti menghidangkan semua kategori hidangan ini barulah restoran anda boleh dikatakan sebagai restoran yang berprestij.

Dibawah ini saya sediakan resepi salad buah-buahan yang...

 
Continue Reading
 
Mi Telur Sup Cara Komersial (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Dulu selalu kita dengar istilah "makan mi segera pada hujung bulan" yang bermaksud apabila kesempitan wang terutama sebelum gaji keluar, maka mi segera lah yang menjadi santapan seharian kerana harganya yang murah. Sekarang memang jarang sekali saya dengar istilah sebegini. Sebab utamanya ialah kerana mi segera bukan lagi boleh dikategorikan sebagai makanan murah. Dengan harganya yang semakin tinggi, kuantitinya yang semakin kecil, kandungan bahan perasa, pewarna dan pengawet yang tidak terka...

 
Continue Reading
 
Resepi Cream of Chicken Soup (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Chicken soup bolehlah dikategorikan sebagai asas bagi masakan barat memandangkan bahan dan teknik asas yang digunakan sangatlah mudah. Walaubagaimanapun tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk menghasilkan sup yang boleh dijadikan produk jualan di gerai atau restoran-restoran masakan barat komersial.

Perkara pertama yang perlu diingat jika menyediakan masakan barat adalah, masyarakat barat gemar masakan dengan perasa asli. Maksudnya jika memasak ayam, mereka mahu rasa ayam yang sebenar yang ...

 
Continue Reading
 
Resepi Lamb Chop Mudah dan Pantas (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Berhubung dengan misteri kehilangan pesawat MH370, saya turut bersimpati atas apa yang berlaku. Moga kaum keluarga individu yang terlibat dapat bersabar dan jangan berhenti berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Saya mohon kepada pengunjung-pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial juga sama-sama mendoakan kesudahan yang baik untuk mereka. 

Saya memaparkan resepi Lamb Chop Mudah dan Pantas pada kali ini khusus untuk penggemar masakan barat yang tak begitu cerewet asalkan dapat menikmati...
 
Continue Reading
 
Resepi Udang Mentega | Butter Prawn (3 matches)
Posted by Norasikin Basri


Rasanya semua dah maklum mengenai Resepi Udang Mentega atau lebih popular dengan nama orang putihnya Butter Prawn. Hidangan ini selalunya dijual di kebanyakkan restoran masakan thai atau cina. Restoran melayu dan yang lain pun ada juga, mungkin kerana hidangan ini dah cukup popular dan boleh diterima oleh semua bangsa di Malaysia. Lagipun tak nampak ciri-ciri masakan yang melambangkan mana-mana bangsa didunia. Jadi saya pun tak pasti Butter Prawn ni termasuk dalam kategori masakan mana. Yang ...
 
Continue Reading
 
Kek Baju Kurung Merah Jambu (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam setiap apa yang ingin kita usahakan adalah merancang. Perancangan yang saya maksudkan adalah perancangan yang teliti agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Bukan sekadar duduk berbincang dan berfikir. Perlu meneliti segala sumber yang ada agar kita dapat lakukan mengikut kemampuan kita. Apa gunanya merancang design kek yang hebat sedangkan kia tak mempunyai peralatan yang diperlukan. Itulah yang saya lakukan untuk membuat Kek Baju Kurung Merah J...
 
Continue Reading
 
Tips untuk usahawan makanan (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.

Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln...

 
Continue Reading
 
Makan di luar atau masak sendiri? (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Kalau ditanya pada kebanyakan orang bujang, tentulah makan di luar. Bukan sebab mereka banyak duit. Bukan juga sebab mereka terlalu gemar masakan yang dijual di gerai atau restoran. Sebab utama, hanyalah kerana mereka malas masak. Ada juga yang menjawab, tak berbaloi untuk memasak sekiranya hanya untuk hidangan seorang atau berdua. Buang masa je atau makan diluar lebih bervariasi dan cepat.

Kalau dikira dari kos, walaupun memasak untuk seorang, kosnya tetap lebih murah dari beli siap digerai. ...

 
Continue Reading
 
Resepi Fettucini Makanan Laut | Fettuchini Seafood Marinara (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Fetucini adalah salah satu pasta dari bermacam-macam pasta yang dibanggakan oleh masyarakat barat. Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat pasta semuanya sama. Yang membezakannya hanya bentuknya dan mungkin perasa dan pewarnanya. Fetucini berbentuk seperti mi yang nipis dan lebar seperti kueh teow dan diperbuat dari tepung gandum. hanya berbeza dari segi bentuknya sahaja berbanding spagetti. Manakala cara memasaknya juga sama. Boleh menggunakan berbagai-bagai sos yang popular seperti bolognaise,...

 
Continue Reading
 
Tawan Hati Pelanggan vs Jatuhkan Pesaing (3 matches)
Posted by Norasikin Basri


Apa yang akan anda buat jika ini terjadi pada kereta anda. Klik disini sama ada anda marah atau gelak


Mengenang kembali, suatu ketika dahulu saya pernah melawat beberapa tempat menarik di Thailand. Saya suka melihat cara mereka berniaga. Untuk menarik pelancong seluruh dunia mereka membina World Largest Gems Gallery, World Largest Restaurant, World Largest Night Market dan banyak lagi yang world largest. Semuanya nak world largest. Kalau yang tak world tu tak payah cerita la. Satu perkara ya...

 
Continue Reading
 
Tabasco Hot Sauce Recipe (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Dah buang tebiat agaknya saya ni. Letak gambar pinggan kosong kat blog resepi. Atas pinggan tu sebenarnya terpulang kepada anda nak letak hidangan apa pun terutamanya masakan barat. Kalau nak letak keropok lekor macam tak sesuai sangat. Saya cuma nak tunjukkan cara membuat sos pedas tabasco (Tabasco Hot Sauce).

Manusia ni ada yang gemarkan masakan pedas dan ada juga yang gemarkan masakan sangat pedas. Masakan barat juga tak terkecuali cuma bilangannya tak begitu banyak memandangkan omputeh ni ...

 
Continue Reading
 
Resepi Ayam Sambal Kicap (3 matches)
Posted by Norasikin Basri


Saya rasa anda semua dah tahu, saya dan kicap memang tak dapat dipisahkan. Banyak hidangan yang saya rasakan menjadi lebih sedap dengan kicap. Ada beberapa hidangan yang saya rasakan sangat sedap dengan kicap. Jika saya masak hidangan ini, ia pasti dihidangkan dengan kicap. Hidangan itu adalah sambal tumis dan masak lemak cili api. Bagaimanapun tak de la sampai makan nasi lemak dengan kicap walaupun ia dihidangkan dengan sambal tumis. Oleh kerana kesesuaiannya yang saya rasakan, apa kata kita...

 
Continue Reading
 
Resepi Ikan Talapia Masak Stim (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Orang Malaysia ni kalau masakan yang kurang lemak, memang kurang penggemarnya. Kalau boleh mereka mahu semuanya mengandungi santan, minyak dan lemak. Walaupun begitu masakan yang menyihatkan semakin mendapat tempat dihati dan semakin popular. Ramai yang mula menyedari kepentingan menjaga pemakanan. Jadi jika pada waktu sekarang kita membuka sebuah restoran yang menyajikan makanan menyihatkan, sudah pasti boleh maju. Sedangkan restoran vegetarian boleh hidup, apa lagi restoran kesihatan.

Ikan s...

 
Continue Reading
 
Menarik Pelanggan Melalui Teh Tarik (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Jika anda ingin membuka gerai atau restoran, anda perlu ada produk yang unik yang mampu membuat pelanggan datang dan datang lagi. Seperti yang pernah saya ceritakan dulu, pelanggan amat mementingkan produk yang sedap, murah dan selamat. Semua gerai dan restoran pasti seboleh-bolehnya menyediakan hidangan yang sebegitu. Oleh itu, untuk membezakan produk anda dengan produk usahawan lain, anda perlu menghidangkan sesuatu yang lain dari yang lain. Seterusnya anda perlu menghidangkan makanan yang ...

 
Continue Reading
 
Resepi Ayam Goreng Kunyit (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

"Ayam goreng kunyit pun nak cerita ke? Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan je la." Itu resepi masakan kampung. Memang kegemaran saya sewaktu kanak-kanak kerana pada masa itu tepung campuran ayam goreng segera masih belum wujud lagi. Bukan ayam goreng kunyit itu yang saya nak ceritakan tetapi resepi ayam goreng kunyit yang popular di restoran dan gerai-gerai masakan Thai. Dimana ada tomyam, pasti ada ayam goreng kunyit ini. Hidang ini menjadi pilihan saya kali ini kerana ia ...

 
Continue Reading
 
Teknik Membungkus Nasi Goreng Pattaya (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Jika mengunjungi restoran thai, saya paling tak suka memesan nasi goreng pattaya. Bukan saya tak suka pada rasanya, tapi kerana saya tak boleh memilih nasi goreng apa yang saya mahu untuk dibungkuskan dengan telur. Biasanya tukang masak akan bungkuskan je apa-apa nasi goreng yang ada. Kadang-kadang saya dapat nasi goreng yang sedap, kadang-kadang dapat nasi goreng yang tak sedap langsung. Kadang-kadang warna hitam, kadang-kadang warna merah tapi selalunya dapat yang warna putih. Untuk resepi ...

 
Continue Reading
 
Resepi French Toast (3 matches)
Posted by Norasikin Basri

Sarapan di negara Eropah termasuk Perancis atau Itali biasanya ringkas dan masa sarapan pendek sahaja. Biasanya hanya secawan kopi atau teh dengan sedikit pastri. Segelas kecil jus buah-buahan juga memadai. Ini kerana mereka makan malam hanya selepas pukul 8 malam dan disana waktu ini sudah dianggap lewat. Berbanding dengan orang Amerika, mereka makan lebih awal jadi apabila paginya mereka akan terlalu lapar dan memerlukansarapan yang lebih banyak. Dari sinilah munculnya perkataan ‘breakfas...

 
Continue Reading
 
Sup Ekor Diperkaya Lemak Tepu Diperkuat Kolesterol (3 matches)
Posted by Norasikin Basri


Sewaktu majlis perkahwinan adik baru-baru ini, 2 ekor lembu telah ditumbangkan. Saya, dengan kerjasama ayah saya telah menyelamatkan 1 ekor lembu daripada dikendurikan. Bukan seekor lembu tapi hanya ekor lembu sahaja. Suami saya memang gemarkan sup ekor. Setelah sebulan tersimpan dalam peti ais, baru kini berpeluang memasaknya. Hidangan yang paling sesuai tentunya sup ekor kerana hidangan berkuah begini membolehkan semua khasiat dari ekor lembu dikeluarkan. Pada kali ini saya akan memasak sel...

 
Continue Reading
 
Manisan Sengkuang Cina dengan Nangka (3 matches)
Posted by Norasikin Basri


Dah lama tak ada entri mengenai dessert atau manisan. Suatu ketika manisan seperti butiran buah delima begini memang popular. Memang enak dihidangkan sejuk dengan kuahnya yang lemak manis. Kini manisan begini telah diberi nafas baru. Dihidangkan dengan kuah yang pekat dan dihidang dengan cara yang kreatif dan menarik. Barulah berselera nak menikmatinya. Anda boleh cuba perbaiki segala hidangan yang terdapat digerai anda dan cuba fikirkan kaedah lebih baik terutama dari segi persembahan. Denga...

 
Continue Reading
 
Resepi Coleslaw Mudah dan Ringkas (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Entah kenapa ada orang yang tergila-gilakan coleslaw dari salah sebuah restoran makanan segera popular dunia. Tak tahu apa yang menariknya. Makan sayur memang baik tapi tak de la sampai tahap terlalu taksub. Bagi yang memang tak makan sayur, hidangan macam ni awal-awal lagi dah ditolak tepi. Rasa-rasanya kalu coleslaw ni tak dimasukkan dalam pakej hidangan, mungkin beberapa mangkuk sahaja yang terjual sehari. Saya pun besar kemungkinan tak akan beli kerana hidangan mudah seperti ini sepatutny...

 
Continue Reading
 
Resepi Sambal Belacan Kampung (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Sambal belacan, budu , cencalok, papadom, kicap, sos atau ais kosong antara hidangan kecil atau penambah selera yang berkos kecil. Usahawan makanan tak perlu berkira sangat dengan hidangan seperti ini. Memang, walaupun kecil, ia masih lagi mempunyai kos tetapi kalau setakat secubit sambal belacan takkan nak ambil kira juga. Anggap sahaja ia sebagai hadiah kepada pelanggan. Banyak lagi hidangan lain yang memberikan anda keuntungan. Secubit sambal belacan mungkin mempunyai kos sebanyak 3 sen. A...

 
Continue Reading
 
Dual Blades Multi Food Processor (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Banyak betul barang dapur yang saya idamkan. Lebih-lebih lagi bila ada offer yang tak sanggup saya lepaskan. Terkenang bagaimana saya membuat yong taufu beberapa hari lepas. Terasa macam nak menitik air mata sewaktu mengisar isi ikan menggunakan blender. Kalau guna air banyak, memang tak menjadi la fishball saya. Silap-silap boleh jadi lempeng. Kalau tak guna air pulak, memang tak berpusing la blender tu. Kalau kisar sedikit-sedikit, isi ikan cuma melekat kat tepi dinding je. Kalaulah ada foo...

 
Continue Reading
 
Gunakan Blog Resepi Masakan Barat Komersial untuk kebaikkan (2 matches)
Posted by Norasikin Basri

Blog Resepi Masakan Barat Komersial ini saya bangunkan untuk memupuk semangat berniaga produk makanan kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya cuba ajarkan apa yang saya tahu agar anda dapat aplikasikan kepada perniagaan. Memang ilmu perniagaan saya sangat cetek tapi saya ada banyak idea yang boleh dilakukan dengan makanan. Jadi saya cuma dapat menerangkan dalam bahasa saya sendiri dan saya harap boleh difahami oleh orang lain. Nak ajar macam mana nak buat supaya anda jadi kaya atau macam mana su...
 
Continue Reading
 
Fizz Pineapple Juice (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Harga jus buah-buahan sekarang ni pun boleh tahan jugak tingginya. Kat kedai mamak je pun dah RM3.50. Kalau air macam Fizz Pineapple Juice ni baru layak jual harga macam tu. Kalau jus buah plain je setakat RM2.50 cukup la. Saya mengesyorkan restoran dan gerai yang menjual jus buah-buahan, cubalah jus buah-buahan dengan fizz flavour macam resepi dibawah. Jus nenas ni cuma satu contoh je. Fizz flavour ni boleh menjadi rahsia keenakkan jus buah-buahan segar restoran anda. Air berkarbonat banyak ...
 
Continue Reading
 
Resepi Ayam Szechuan dengan Sos Hoisin (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Setahu saya Szechuan adalah nama suatu tempat di China. Jadi kiranya Szechuan ni masakan kampong la. Kalau kita cerita mengenai masakan kampung, biasanya ia hanya menggunakan bahan-bahan biasa dan ringkas sahaja. Asalnya Szechuan hanya menggunakan bawang putih dan minyak bijan sahaja sebagai bahan utama iaitu 2 bahan terpenting dalam masakan cina. Kini masyarakat cina dah banyak mengeluarkan sos-sos segera yang memudahkan kerja-kerja memasak masakan cina. 

 
Continue Reading
 
Sos Lemon dan Oren untuk Ayam dan Makanan Laut Goreng Rangup (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Menggunakan buah-buah dalam pembuatan sos untuk digandingkan hidangan berkonsepkan gorengan rangup bukan sesuatu yang baru. Pertama sekali saya mengenali sos dari buah-buahan sitrus ini adalah melalui masakan cina. Mereka memang menggemari sos yang masam dan manis. Kemudian barulah saya mencuba citarasa masakan thai dan barat. kebanyakkannya hampir sama cuma bahan yang menjadi trademark mereka yang berbeza. Cina dengan minyak bijannya, thai dengan sos ikannya dan barat dengan herba masakan ba...

 
Continue Reading
 
Aktiviti Menyusuri Sungai Muar Dengan Bot (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Dipenghujung cuti sekolah, semangat nak merayau jauh memang dah tak ada lagi. Hajat melihat tempat baru terpaksa dilupakan kerana kesibukkan setiap hari. Ada-ada je kes yang perlu di tangani. Ke hulu ke hilir menyelesaikan masalah yang timbul. Ke sana kesini setiap hari mencari barang keperluan untuk pengajaran semester akan datang. Akhirnya… cuti sekolah dah nak habis la. Moh la menyusuri sungai Muar. Tak perlu belanja besar. Tak perlu berjalan jauh. Tak perlu masa yang lama. Hanya 40 mini...
 
Continue Reading
 
Resepi Mi Kari Komersial (2 matches)
Posted by Norasikin Basri

Jika kita perhatikan, mi kari yang dijual di gerai-gerai, restoran mahupun pasar malam, kita akan dapati ia terlalu kosong. Jika harganya dibawah RM2, mungkin masih berbaloi. Tapi jika harganya melebihi sekitar RM4 dengan mi seciput, tulang ayam seketul dua sebesar ibu jari dan sedikit sayur sawi, ia adalah sangat tidak memadai. Ini baru dinamakan mengambil keuntungan berlebihan. Sebagai usahawan, keuntungan diperolehi berkadar terus dengan bilangan mangkuk mi kari yang dijual. Jika jualan se...

 
Continue Reading
 
Resepi Sardine Roll Tanpa Salutan (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Dalam kesibukan berkursus, mengadap pelbagai peralatan dapur, memasak berbagai jenis hidangan sehari, terasa rindu pula kepada blog saya. Mana tahan memasak tanpa henti, pagi petang siang malam. Daripada semudah-mudah masakan sehinggalah kepada masakan-masakan yang lebih kompleks. Telur mata lembu dan telur rebus setengah masak pun nak uji juga. Alahai, sabo je la. Jadi ada masa terluang sikit, saya ingin kongsikan resepi sardin gulung ataupun omputeh panggil sardine roll. Niat sebenar entri ...

 
Continue Reading
 
Mengapa memilih aliran kemahiran dan vokasional? (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Masih ramai ibubapa yang beranggapan aliran kemahiran dan vokasional hanya untuk pelajar-pelajar yang lemah. Bila mendapati percubaan PMR anak kurang membanggakan je mula la tanya saya macam-macam mengenai aliran kemahiran dan vokasional sedangkan sebelum ni tak pernah pandangpun aliran ini. Bila anak dapat banyak A, mula la berangan-angan nak masukkan anak ke asrama penuh atau sekolah teknik. Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini kerana ada beberapa faktor lain yang sangat penting se...

 
Continue Reading
 
Nasi Ayam Claypot (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Cuma satu je yang saya tak gemar dengan Nasi Ayam Claypot yang dijual di gerai-gerai atau restoran iaitu mereka menggunakan nasi yang dah siap ditanak dan dimasukkan dalam periuk tanah liat. Di restoran cina, mereka masih mengekalkan keasliannya. Setiap Nasi Ayam Claypot dimasak secara berasingan setiap seorang daripada awal. Bersusun dapur arang sampai 20 biji. Kalau mereka boleh, kenapa kita tak boleh pulak?

Contest Confidence 

Untuk pelajar-pelajar saya yang cemerlang dalam SPM 2013, saya terlupa pulak nak t...
 
Continue Reading
 
Resepi Urap Ulam Pegaga (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Urap pegaga atau sebetulnya disebut urep. Dari bunyinya dah pasti datang dari masakan Jawa. Sekarang ni urap dah menjadi masakan tradisi Malaysia. Selepas diubah-suai mengikut selera rakyat Malaysia, ciri-ciri masakan Jawa dan semakin berkurangan. Bagi orang keturunan Jawa macam saya, resepi asli urap pegaga masih dikekalkan seperti asalnya. Sejak kecil, inilah urap pegaga yang saya makan. Bila hidup di bandar, sekali-sekala masuk juga ke restoran masakan Indonesia, seperti nasi padang, ayam ...

 
Continue Reading
 
Resepi Claypot Yee Mee (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Kali pertama saya makan Claypot Yee Mee hampir 20 tahun yang lalu di Pertama Complex Kuala Lumpur. Pada masa tu memang tak ramai yang tahu mengenai masakan ini. Claypot Yee Mee sebenarnya mudah saja namun tak ramai usahawan melayu yang berminat menjualnya. 

Peralatan Dapur Murah Berkualiti

Yee Mee popular dikalangan masyarakat cina jadi, menjual produk ini pasti menguntungkan kerana dapat menarik pelanggan dari kaum cina. Kita sepatutnya sedar, kaum cina mempunyai kuasa membeli yang besar. Dari pemerhatian saya, makanan y...
 
Continue Reading
 
Resepi Pau Kacang Merah Hakka (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Semua orang tahu, pau adalah makanan kegemaran masyarakat cina. Kebanyakkan restoran cina ada menjual pau berbagai inti. Pau segera dan sejuk beku  juga banyak di pasaran. Tapi Pau Hakka susah sikit kita nak jumpa kecuali kalau kita rajin masuk restoran cina yang menyediakan kuih-kuih tradisional cina. Hakka adalah satu kaum dari bangsa cina. Pau kacang merah hakka memang berbeza dari segi rupa dan teksturnya seperti gambar yang saya sertakan. Pau ini ada sedikit garing, dan tidak terlalu geb...

 
Continue Reading
 
Resepi Pocket Chapati dan Teknik Kreativiti Untuk Tambah Nilai Produk (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Dalam seminggu ni, saya rasa sibuk sangat hinggakan nak update blog pun susah. Aktiviti ditempat kerja semakin bertambah berikutan majlis yang akan diadakan hujung minggu ni. Tempahan kek yang saya terima juga lebih banyak dari biasa. Mungkin kerana cuti hari buruh jadi masing-masing ingin membawa pulang kek untuk keluarga. Sekarang ni saya sedang membuat kek tiramisu kecil sebanyak 75 biji. Penuh peti ais saya dengan keju 4 kg yang akan saya gunakan nanti. Harap entri Pocket Chapati kali ini...

 
Continue Reading
 
Resepi Seafood Tempura (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Saya pun tak tahu tempura ni makanan jepun atau masakan barat atau negara manapun. Itu memang saya tak ambil berat sangat. Rasanya banyak negara ada hidangan bersalut tepung. Masakan thai popular dengan udang dan sotong goreng tepung, masakan barat dengan ayam gorengnya. Tempura tu pun saya tak tahu maknanya. Mungkin rempah, mungkin nama tempat atau apa saja. Apa yang penting, kerjaaaaasama, bagaimana hendak menghasilkan adunan tepung tempura yang rangup, garing, lazat dan yang pastinya bukan...

 
Continue Reading
 
Resepi Kwey Teow Goreng Mak Ngah Dulu Kini Dan Selamanya (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Saya respect kat surirumah yang hidup di kampung-kampung jauh di pedalaman kerana mereka berupaya memasak hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang terhad. Ini menyebabkan saya terkenang kepada zaman kanak-kanak saya dahulu. Zaman dimana produk-produk makanan segera masih kurang dan kecil pasarannya. Tiada sos ikan, tiada sos tiram, tiada kuib ayam. Hanya ada ikan bilis atau belacan.


Tak perlu saya ceritakan siapa Mak...
 
Continue Reading
 
Resepi Nasi Ayam Panggang Cara Pantas (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Semua orang mahukan cara pantas untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya. Kalau boleh, sebut je terus dapat. Sebut je pasal bayaran, semua nak cara yang paling lambat. Kadang-kadang, saya pun tak paham. Barang mau baik, bayar mau murah. Banyak kali saya terkena. Sewaktu nak, macam-macam cekadak. Bila bayar asyik nak mengelak je. Dah puas beri muka, sampai satu tahap, tak nak bayar langsung. Mintak free tanpa syarat. Kalau saya ada ladang gandum untuk menjual kuih, saya tetap perlu keluarkan ...
 
Continue Reading
 
Bagaimana Membuat Kentang Goreng Rangup dan Sejukbeku Komersial (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Tak perlu diperkenalkan lagi. Kentang goreng memang sangat popular di Malaysia. Makanan barat ini dijual hampir di semua restoran masakan barat terutama yang berkonsepkan francais. Malah restoran dan gerai biasa juga menjualnya memandangkan ia sangat mudah dan cepat serta mempunyai permintaan tinggi sebagai makanan ringan dan sampingan. Bagaimanapun, saya rasa, hampir semuanya menggunakan kentang goreng sejukbeku yang terdapat dipasaran kecuali syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai beratus...

 
Continue Reading
 
The Food Street JB City Square 26 -31 Okt 2010 (2 matches)
Posted by Norasikin Basri

Jika berkesempatan, memang saya akan meluangkan masa untuk mengunjungi ekspo-ekspo dan pesta-pesta makanan seperti ini. Terlanjur sewaktu menghantar anak ke klinik untuk rawatan, saya menghadiri The Food Street JB City Square sekadar memeriahkan majlis sambil mencari idea-idea baru dalam bidang masakan.

Secara umumnya saya seronok melihat gerai-gerai jualan yang tersusun rapi, bersih membentuk lorong-lorong yang meriah dengan pengunjung. Produk-produk jualan bila dah dihias cantik dan disusu...

 
Continue Reading
 
Resepi Ayam Madu (2 matches)
Posted by Norasikin Basri

Ini bukan ayam madu bakar yang popular tu tetapi resepi ayam madu mamak yang hanya dijual di restoran mamak tertentu sahaja. Sekarang ni mamak lebih suka menyediakan ayam masak merah yang dah banyak diresapi ciri-ciri kemelayuan. Kenduri kahwin selalunya ada ayam masak merah tapi belum pernah saya jumpa yang menghidangkan ayam madu.

Suatu ketika dahulu, ayah saya makan di restoran mamak di Kuala Lumpur dan memilih ayam madu sebagai menu tengah harinya. Sangkaannya ayam masak merah. Sewaktu ma...

 
Continue Reading
 
Roti Bawang Putih (Garlic Bread) Hari Raya (2 matches)
Posted by Norasikin Basri

Setiap kali menyambut hari raya, pasti kami akan berkumpul bersama-sama bercerita panjang tentang pelbagai hal. Segala cerita keluar, dari hal kehidupan, isu semasa, kenangan silam atau apa sahaja yang terlintas difikiran. Sekali-sekala berkumpul kami mesti inginkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dan biasanya kami akan memasak barbeku diperkarangan rumah secara tidak formal. Ada yang berkain pelikat, ada yang tak berbaju, ada juga yang lengkap berbaju raya. Segala yang terlintas d...

 
Continue Reading
 
Resepi Pisang Muda Masak Lemak Dengan Ikan Masin (2 matches)
Posted by Norasikin Basri


Sebagai orang kampung, saya selalu didedahkan dengan masakan kampung seperti pisang masak lemak ni. Bagi sesetengah orang, pisang masak lemak ni biasa je. Kat mana-mana restoran pun boleh jumpa. Bezanya, pisang masak lemak ini dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ramai orang yang tak sanggup makan makanan pelik begini. Macam dah tak ada makanan lain. Kulit pisangpun nak bedal jugak. Bagi saya, selagi sesuatu makanan itu halal dan tidak memudaratkan kita, saya akan rasa. Kalau sedap makan ban...

 
Continue Reading
 
Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben - Mi Gulung (2 matches)
Posted by Norasikin Basri

Resepi Mi Gulung ini saya buat khusus untuk menjebakkan diri dalam program Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari yang macam dah tak sabar-sabar nak menyambut bulan puasa.

Resepi ini bukan sahaja ringkas dan mudah disediakan malah kosnya juga amat menjimatkan. Dalam erti kata lain, resepi ini sesuai dijadikan menu hidangan istimewa di restoran dan gerai anda pada bulan Ramadhan nanti. Itulah gunanya resepi komersial. Jangan hanya makan sekeluarga. Gunakannya untuk berniaga.

Bahan-Bahan

1 ...

 
Continue Reading
 
Teknik Membuat Tempoyak (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Selepas Hari Raya, saya dijangka mengajar masakan yang menggunakan tempoyak. Jika bukan musim durian, memang susah nak mencari tempoyak. Setiap kali nak guna, berpusing-pusing satu bandar mencari bahan. Memang ada tempoyak dijual kerana di tempat saya, durian dari thailand sentiasa ada sepanjang tahun. Tapi harganya yang buat saya tak tahan. Setengah cawan sahaja pun dijual sehingga RM3.50. Saya perlukan 2 hingga 3 kilogram tempoyak. Banyak jugak belanja yang diperlukan.
Jadi apabila musim dur...

 
Continue Reading
 
Resepi Susu Badam (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Masa mula-mula dulu, saya ternampak seorang mamak mengacau satu kuali besar susu yang panas berasap menggunakan senduk yang juga besar. Kadang-kadang dia tarik susu tu tinggi-tinggi hingga senduk hampir mencecah bumbung. Macam best je tengok aksi mamak tu. Itulah susu badam, minuman berprotin tinggi kegemaran masyarakat India. Tak banyak restoran mamak yang menjualnya kerana harga badam yang tinggi di negara kita dan saingan daripada susu soya yang jauh lebih murah dan setanding khasiatnya.

 
Continue Reading
 
Resepi Rendang Ayam Kampung Ringkas (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Semalam saya terserempak dengan seorang surirumah yang baru keluar dari restoran mamak. Dia membeli juadah makan tengah hari yang dimasukkan kedalam bekas plastik TFT yang besar. Saya rasa bekas plastik TFT tu dibawa dari rumah kerana masih ada beberapa bekas lagi yang masih kosong. Kalau dilihat dari kari daging yang dibelinya itu saya rasa berat daging tu melebihi 1kg. Tak tau la berapa mamak tu letak harga. Nasi pun dibeli sekali. Saya tak pasti mengapa dia membeli lauk-pauk sebanyak tu. M...

 
Continue Reading
 
Saya Masih Disini Meneruskan Apa Yang Telah Saya Mulai (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Lega rasanya setelah selesai segala yang perlu dilakukan di Kuala Lumpur. Kini saya kembali semula ke rumah sendiri yang tenang dan damai. Berapa jauhpun saya pergi, takkan sama seperti tinggal dirumah sendiri. Berapa mewahpun hotel yang saya diami, tinggal dirumah lebih selesa. Apatah lagi ditemani keluarga tercinta.


Lebih seminggu saya tak mengeluarkan entri baru. Bukan merajuk, cuma saya mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana saya tahu, kerja-kerja yang saya tinggalkan lebih se...

 
Continue Reading
 
Resepi Nugget Daging dan Tujuan Menyadur/Menyalut Makanan (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Mana-mana pergi sama ada pasar malam, pasar tani, expo, exibition, pasaraya, karnival, pasar minggu, pasar lambak, pasti ada sahaja usahawan yang menjual nugget, bebola, fingers dan sebagaiya. Makanan seperti ini bukan sahaja cepat dimasak, mudah didapati, malah menguntungkan. Apa yang saya kesalkan, makanan ini sepatutnya adalah sesuatu yang berkhasiat tetapi setelah dia dikomersialkan, dikeluarkan dalam kuantiti besar dan dijadikan produk sejuk beku, kualitinya semakin menurun. Makanan ini ...

 
Continue Reading
 
Grilled Spare Ribs Chinese Style (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Rasa macam syok pulak makan bahagian rusuk grill. Kalau dulu saya buat style barbeku masakan barat. Sekarang saya nak cuba pulak menggunakan resepi cina. Dah lama saya menggunakan resepi ini untuk masakan cina seperti nasi ayam, itik, daging tapi belum pernah dengan Lamb Spare Ribs. Rupa-rupanya resepi gril cara cina ni memang sangat berguna. Setakat ni, segala yang saya panggang atau goreng termasuk sayur-sayuran, menghasilkan hidangan yang sangat enak sekali. Jadi saya rasa, semua surirumah...
 
Continue Reading
 
Resepi Udang Tempura | Shrimp Tempura (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Dulu saya pernah mengeluarkan artikel mengenai Resepi Seafood Tempura. Waktu itu saya menggunakan resepi yang lebih jimat dan sesuai untuk pengeluaran komersial berskala besar. Kali ini, resepi udang tempura menggunakan kaedah yang dipakai di hotel-hotel ternama. Chef-chef hotel memang tak mengambil kira mengenai kos sangat. Pelanggan-pelanggan mereka bukan pernah tanya harga pun. Mintak bil, terus gesek je kad kredit. Yang penting, dia nampak makanan tu menarik, dia rasa makanan tu sedap, di...
 
Continue Reading
 
Kalendar Persekolahan Tahun 2010 (1 match)
Posted by Norasikin Basri
Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengeluarkan kalendar persekolahan untuk tahun 2010. Berikut adalah tarikh persekolahan dan cuti yang telah ditetapkan.

Untuk kumpulan A
  1. 03.01.2010 - 11.03.2010 (Hari persekolahan)
  2. 12.03.2010 - 20.03.2010 (Cuti pertengahan penggal)
  3. 21.03.2010 - 03.06.2010 (Hari persekolahan)
  4. 04.06.2010 - 19.06.2010 (Cuti pertengahan tahun)
  5. 20.06.2010 - 02.09.2010 (Hari persekolahan)
  6. 03.09.2010 - 11.09.2010 (Cuti pertengahan tahun)
  7. 12.09.2010 - 18.11.2010 (Hari...
 
Continue Reading
 
Resepi Ikan Jelawat Masak Lemak (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Saya tahu, ramai diluar sana yang tak menggemari ikan air tawar. Malah ada yang membencinya sehinggakan nak sebut pasal ikan air tawar pun tak sudi. Bila ditanya, kenapa tak suka. Tak ramai yang boleh menjawab. Ada yang mengatakan ikan air tawar hanyir dan ramai yang kata tak sedap. Kalau nak cerita pasal makanan yang tak sedap, ada banyak lagi makanan yang tak sedap. Kalau nak kata hanyir, ada banyak lagi ikan laut yang hanyir. Bagi saya, selagi halal, saya akan makan. Sedap, makan banyak. T...

 
Continue Reading
 
Resepi Sup Cendawan Tiram (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Saya memang penggemar cendawan terutama cendawan tekukur dan cendawan busut tetapi sekarang ni mana la nak cari cendawan macam tu. Dulu boleh juga cari cendawan tekukur kat batang getah mati dalam kebun. Bila batang getah pun dah dikomersialkan menjadi perabot dan harganya pun semakin tinggi, dah tak jumpa lagi batang getah untuk cendawan tekukur membiak. Yang ada cuma cendawan yang ditanam diladang dan di Malaysia yang paling banyak dan murah hanyalah cendawan tiram. Ayah saya kata, cendawan...

 
Continue Reading
 
Resepi Sambal Tumis Kentang (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin...

 
Continue Reading
 
Resepi Cream Of Broccoli Soup (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Cream of Broccoli Soup adalah sup lanjutan yang dihasilkan dari sos asas masakan barat yang pernah saya paparkan suatu ketuka dahulu. Dengan teknik yang sama dengan cream of mushroom soup, anda akan memperolehi sup yang berkhasiat untuk dijadikan pembuka selera dalam set menu antarabangsa. Memang mudah jika anda telah menguasai sos veloute dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama, sesuai untuk perniagaan. Untuk resepi ini, saya menggunakan bawang besar, leeks dan giant celery sebagai...

 
Continue Reading
 
Jenis-jenis Hidangan Telur Ringkas Yang Perlu Diketahui 2 (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Tak habis lagi cerita pasal telur. Kalau dulu saya bercerita tentang sifat-sifat telur, cara mengenalpasti ciri-ciri telur yang segar, jenis-jenis dan cara membuat telur rebus, telur carak dan telur mata lembu, kini dua lagi hidangan telur untuk anda pelajari. Bila dah benar-benar memahami telur, tentu lebih memanipulasi telur dalam banyak hidangan hebat.

Scrambled Egg (Telur Hancur)
Scrambled egg adalah sarapan yang paling popular terutama di negara barat. Kini restoran makanan segera di Malay...

 
Continue Reading
 
Logo Halal Luar Negara Yang diiktiraf JAKIM (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Pengiktirafan halal sangat penting jika berniaga di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Produk halal, berpotensi dibeli oleh sesiapa sahaja berbanding produk tidak diiktiraf sebagai halal. Usahawan Islam, seringkali mengabaikan fakta ini kerana menganggap pengguna Islam akan membeli produk dari orang Islam sedangkan pada produk tak boleh menunjukkan bahawa ia dibuat oleh usahawan Islam. 



Usahawan bukan Islam pula be...
 
Continue Reading
 
Syarat-syarat Sebelum Memohon Sijil Halal Malaysia (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Anak saya mengikuti Pertandingan Mewarna Karnival Halal Johor


Seperti yang diberitakan, masih banyak pengusaha makanan belum memohon sijil halal Malaysia walaupun sebelum ini ada yang memaparkan sijil halal swasta dan ada juga yang menggunakan sijil halal palsu. Saya dapati prosedur pemohonan tak de la sukar sangat. Bayarannya pun bukan mahal sangat. Jadi pada pendapat saya, pengusaha itu sendiri memang menyedari produk mereka memang tak layak dikategorikan sebagai produk halal. Sikap pengguna...

 
Continue Reading
 
Resepi PERCUMA lagi. Kek Coklat Moist (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?

Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, mene...

 
Continue Reading
 
Sijil Halal Malaysia - Fakta sebenar (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Seperti yang dinyatakan dalam Metro 5 Mac 2012 diatas, kita semua sedar betapa pentingnya menggunakan produk yang disahkan oleh JAKIM. Bagaimanapun mari kita perhatikan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor dibawah. Mungkin usahawan-usahawan seperti anda dapat merumuskan sesuatu. Saya tak mahu membicarakan hal ini panjang lebar. Cukuplah dengan hanya sebaris dua ayat. Selebihnya elok kita rumuskan bersama.


Jumlah Syarikat Yang Masih Memiliki Sijil Ha...

 
Continue Reading
 
Burger Daging Citarasa Barat (1 match)
Posted by Norasikin Basri
Seringkali apabila saya ke restoran makanan segera McD, saya akan memesan Big Mac ataupun Quarter Pounder.  Apa yang menyebabkan saya mengemari  burger-burger tersebut ialah kerana dagingnya yang berjus dan rasanya yang benar-benar menepati citarasa saya. Saya mahukan setiap hidangan barat yang saya makan mestilah bercitarasa barat dari sagala aspek termasuklah rasa, bau , dan rupa. Dah banyak kali saya beli burger di gerai-gerai dan mendapati mereka manambah rempah kari atau kurma sewaktu me...
 
Continue Reading
 
Resepi Chapati Komersial (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Orang kata, tak sah sesebuah restoran tu tanpa roti canai tapi membuat roti canai tu nampak leceh dan kurang menyihatkan.  Adalah lebih baik digantikan dengan chapati yang lebih senang disediakan dan lebih berkhasiat. Saya baru selesai mengajar pelajar-pelajar saya cara membuat chapati. Macam biasa, ditempat kerja hanya menggunakan kaedah biasa tanpa sentuhan komersial. Kesian kat pelajar saya, terpaksa membuat chapati yang keras, tebal dan berminyak. Gelek nipis jadi keropok, gelek tebal jad...

 
Continue Reading
 
Bau masakan barat sebenar. (1 match)
Posted by Norasikin Basri
Sekiranya anda tahu apakah ciri-ciri masakan barat yang sebenar, sudah pasti mudah sahaja menilai mana-mana masakan barat yang pernah anda rasa. Hari ini saya ingin berkongsi satu ciri masakan barat yang penting iaitu bau.

Bau sangat penting untuk meningkatkan selera sewaktu menikmati hidangan. Daripada bau sahaja kita sudah dapat mengagak bagaimana rasa sesuatu masakan. Bau masakan barat sangat berbeza dari masakan-masakan lain. Jika masakan thailand pasti kita tau kebanyakannya menggunakan s...
 
Continue Reading
 
Resepi Tumis Asam Pedas Ayam Muda (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Setiap kali makan lauk ayam kita dapati masakannya pasti berempah. Ayam goreng, kari, kurma, beryani, sup dan lain-lain lain pasti mengandungi rempah. Kebanyakkannya pula mengandungi santan menjadikan hidangan ayam kita mengandungi lebih banyak lemak. Apa kata sekali-sekala kita masak hidangan yang lain sikit. Kalau biasa kita makan ikan asam pedas, kali ini kita gunakan ayam. Nak bagi lagi syok, kita gunakan kaedah tumis supaya masakan ayam kita lebih cantik dan menyelerakan. Untuk resepi Tu...

 
Continue Reading
 
Ebook Percuma Resepi Kek Keju (Cheese Cake) (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Keju memang sinonim dengan masakan barat. Bila keju digunakan dalam sesuatu hidangan, ia akan dicop sebagai masakan barat. Kalau di Malaysia, keju memang mahal harganya. Bila dimasukkan dalam sesuatu hidangan, hidangan itu secara automatik dikatakan sebagai hidangan mewah. Bagi masyarakat barat pula, keju itu suatu kemestian dan bukan sesuatu yang mewah kerana mereka pengeluar keju. Antara hidangan yang paling popular yang mengunakan keju sebagai bahan utamanya adalah piza dan kek keju.

Aga...

 
Continue Reading
 
Video resepi nasi beriani mudah dan ringkas (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Video ni sebenarnya saya gunakan untuk mengajar para pelajar saya dalam penyediaan masakan India. Oleh kerana sekarang ni dah canggih, saya gunakan la ia untuk memudahkan pengajaran saya. Kalau dulu saya demonstrasi dan ada pelajar yang leka dan kuat berangan akan terlepas apa yang saya terangkan. Daripada saya buat demonstrasi berulangkali, lebih baik saya videokan je. Jadi sesiapa yang terlepas boleh la tonton video ni berkali-kali. Dan sekarang, saya post dalam blog saya supaya lebih ramai...

 
Continue Reading
 
Macam mana nak buat kek yang banyak dalam satu hari? (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Ingatkan dah tak ada tempahan kek untuk Hari Raya Aidil Adha tahun ni. Rupa-rupanya masih ada lagi yang berminat nak tempah kek disaat-saat akhir. Saya pun tak faham kenapa nak tempah pada saat akhir. Setelah dikira-kira, saya perlu menyiapkan kek-kek ini  sebelum hari raya. Masa cuma ada 1 hari sahaja. Saya kena buat 4 biji kek kukus buah-buahan saiz kecil, 1 biji kek coklat moist saiz besar dan 2 biji saiz kecil serta 1 biji kek lapis pandan saiz besar. Semua sekali ada 8 biji. Ini bukanlah...

 
Continue Reading
 
Kesibukkan Yang Berpanjangan (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Sebelum cuti sekolah, memang saya tak cukup tangan menyiapkan tempahan kek. Tarikh hari ibu, hari guru yang hampir menyebabkan tempahan kek meningkat sedangkan masa untuk saya membuat kek terlalu sedikit. Tambahan pula tempahan kek harijadi juga banyak pada minggu tersebut. Nak tak nak saya buat juga tetapi saya utamakan kek tanpa hiasan dahulu atau pun kek dengan hiasan yang ringkas. Kemudian apabila menghampiri minggu cuti sekolah, ramai la pula yang ingin menempah kek untuk dibawa pulang k...

 
Continue Reading
 
Resepi Donut Gebu Tradisional (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Kalau kita perhatikan di negara kita, dah banyak sangat syarikat yang menjual donut sebagai tema restoran mereka. Ada juga yang membuka gerai dan kiost yang semata-mata menjual donut. Mereka bersaing secara sihat untuk menarik hati pelanggan dengan menghidangkan donut yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Tidak kurang juga yang memberikan kelainan dengan memberikan pelbagai perisa istimewa dalam hiasan donut mereka.

 
Continue Reading
 
Bereksperimen Dengan Makanan (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Salah satu hobi saya apabila berjalan-jalan tanpa tujuan, adalah memerhati makanan yang dijual oleh usahawan-usahawan kecil. Ingin juga melihat produk makanan yang dijual di restoran besar tetapi cuma nampak dari jauh je la. Kalau gerai, kita boleh belek dari dekat. Siap boleh interview tukang masaknya sekali. Apa yang saya cari adalah produk makanan yang kreatif, unik dan lain dari yang lain. Dah jemu tengok produk makanan yang sama je dijual merata tempat. Jalan sampai beratus-ratus kilomet...
 
Continue Reading
 
Burger Gergasi (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Saya ni kalau ada masa terluang, ada je benda yang saya teringin nak masak. Agak-agak rasa boring je, saya pun selongkar la dapur mencari apa-apa yang boleh dijadikan makanan. Selongkar punya selongkar, terjumpa la daging korban tahun lepas. Sebelum daging tu jadi fosil, baik saya jadikan kraftangan. Boleh jugak anak saya bawa bekal ke sekolah. Kebetulan memang dia ada minta buatkan burger untuk dia. Anak saya tu memang macam tu. Main order je apa-apa yang dia rasa teringin nak makan. Ingat r...

 
Continue Reading
 
Ilmu perniagaan yang boleh diperolehi dari karipap (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Apa la yang ada dari karipap? Murah, kat mana-mana pun ada jual. Semua orang pandai buat. Sayapun sebenarnya tak minat nak bercerita cara-cara nak buat karipap. Saya lebih suka bercerita mengenai perniagaan. Walaubagaimanapun nak cerita pasal hal ni, terpaksa la juga saya paparkan resepi karipap yang paling mudah sebagai rujukan.

Tak kira makanan apa yang kita nak jual, masakan barat, melayu, cina, thai, india, kuih tradisional, kek atau sebagainya yang paling utama kita mesti ada ilmu menge...

 
Continue Reading
 
Pembelian Berkelompok Secara Online Deal (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Saya dah agak dah, mesti ramai yang teruja dengan Heavy Duty Mixer The Baker yang baru saya beli berharga RM400 yang saya tunjukkan dalam entri Impian Menjadi Nyata semalam. Ramai kawan-kawan saya yang frust sebab tak dapat beli. Saya pulak yang jadi mangsa. Sorrylah bukan saya sengaja. Saya pun dapat tahu dah last minute. Dapat la beli 3 biji je. Satu untuk saya dan dua lagi untuk kawan saya. Kawan-kawan saya pun dah warning saya. Kalau ada apa-apa offer best lagi, jangan lupa bagitau dia. S...

 
Continue Reading
 
Cream of Mushroom Soup | Resepi Sup Cendawan (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Satu lagi masakan barat dari kategori sup yang paling popular dinegara kita adalah cream of mushroom soup ataupun sup cendawan. Walaupun sup ini bukanlah istimewa sangat tapi ia mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tak sah restoran masakan barat kita tanpa sup ini. Bayangkanlah, masyarakat di Malaysia sanggup membeli sup cendawan ini yang telah dijadikan sup segera sama ada dijual dalam tin dalam bentuk pekatan mahupun dalam paket dalam bentuk serbuk pati sup. Sup-sup ini dijual dengan har...

 
Continue Reading
 
Bidang apa yang menjamin masa depan dan patut diceburi? (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Kebanyakkan pelajar saya masih samar-samar untuk apa dia belajar. Apa yang dia tau, ibubapa hantar kesana untuk belajar jadi diapun belajar la tanpa banyak cerita. Mereka tak tahu apa yang akan mereka dapat dari apa yang dipelajari. Akhirnya mereka mensia-siakan sahaja segala yang dipelajari dengan bekerja di sektor yang tiada kena mengena dengan kemahiran mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa belajar semua kemahiran baru apabila mula berada di alam pekerjaan dan kemahiran sedia ada akhirny...

 
Continue Reading
 
Resepi Ikan Masak Kicap Ringkas (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Jangan ingat saya buat blog resepi masakan barat, hari-hari saya makan sedap je dirumah. Walaupun semua masakan yang ada dlam blog ini, saya masak sendiri tapi biasanya saya membuat dalam kuantiti yang kecil. Cukup sekadar melengkapkan penerangan saya dan memberikan kefahaman kepada anda. Gaji saya pun bukan besar sangat. Buat blog ni pun tak dapat apa. Nuffnang pula asyik tidur je sepanjang bulan.

Inilah yang selalunya saya masak untuk makan tengah hari dan malam. Ikan masak kicap yang ringka...

 
Continue Reading
 
Pesanan untuk pelajar-pelajarku. (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Kadang-kadang saya berasa sangat risau dengan masa depan awak semua. Saya tak nampak ke arah mana awak akan pergi setelah awak tamat belajar di sini. Adakah betul keputusan awak untuk belajar di sini atau awak dipaksa oleh ibubapa awak. Mungkin juga awak tiada pilihan ditempat lain sehingga terpaksa belajar disini.

Saya sentiasa memerhatikan awak dan menilai keupayaan awak semua. Dalam peperiksaan awak seperti tidak pernah menjejakkan kaki ke dapur. Takkan sampai sekarang awak masih tak ...

 
Continue Reading
 
Resepi Daging Masak Kicap (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Tiap kali bulan puasa, memang saya sedikit sibuk. Saya rasa semua orang sibuk. Ada yang sibuk mencari duit, ada yang sibuk menyediakan persiapan hari lebaran. Masing-masing terpaksa mengubah jadual kegiatan seharian untuk aktiviti bulan puasa. Sahabat saya sorang ni pulak sibuk dengan bisnes baru dia. Singgah-singgah la tengok apa yang ada kat Galeri Cik Suri JP ni. Bila dah sibuk, habuan perut selalu diketepikan. Sampai masa, pergi bazaar ramadhan. Bagi saya, hidangan cepat, mudah dan ringka...

 
Continue Reading
 
Resepi Aiskrim Vanilla Halus Berkrim (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Dalam cuaca panas begini, mulalah kepala otak asyik teringatkan aiskrim. Dari dulu hingga sekarang, resepi aiskrim selalu menjadi isu yang selalu ditanya kepada saya. Mereka inginkan resepi aiskrim yang halus, dan gebu macam yang dijual di restoran makanan segera. Buat aiskrim sendiri banyak kelebihannya. Bukan sahaja boleh berjimat. Kita boleh menentukan aiskrim seperti mana yang kita inginkan. Inginkan aiskrim yang kurang lemak, kurang manis atau dengan perisa yang tak dapat saya jangkakan....
 
Continue Reading
 
Resepi Laksa Pulau Pinang Citarasa Hotel (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Kalau anda selalu makan di hotel-hotel berbintang, anda mungkin terfikir bahawa masakannya terlalu mementingkan rasa dan rupa. Pendek kata mereka hampir  tak mementingkan kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Lain la kalau anda makan di hotel budget atau ketika hotel mengadakan promosi dan hidangan buffet dengan harga murah. Jika dihari biasa, memang anda diketuk cukup-cukup. Tak kira berapa banyak bahan yang akan mereka gunakan, wang yang diterima tetap sangat mengu...

 
Continue Reading
 
Resepi Pajeri Terung (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Masakan melayu memang banyak menggunakan santan. Kalau difikir-fikirkan, memang menakutkan juga. Tapi inilah yang menjadikan masakan melayu unik berbanding masakan lain. Tak cukup dengan santan, kita banyak menumis menggunakan minyak. Kemudian ada juga yang menggunakan kerisik untuk mnjadikan rasanya lebih lemak.  Resepi Pajeri Terung dibawah ini adalah resepi asas yang perlu anda ketahui mengenai pajeri. Jika anda mencubanya, harap kurangkanlah lemak yang digunakan. Kadang-kadang kalau saya ...
 
Continue Reading
 
Bantulah saya | Ebook Masakan Barat Saya Diedarkan Sewenang-wenangnya (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Kecewa rasanya bila ada insan yang tak bertanggung jawab menyiarkan link download berserta passwordnya didalam blog menyebabkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan ebook-ebook saya dengan mudah dan percuma. Terasa bagaikan keringat saya diperah sampai kering. Saya tak tahulah apa tujuan dia sebenarnya. Sama ada sengaja atau tak sengaja dia tetap telah mencabuli hak saya dan merampas hakcipta saya.

Ramai yang tak tahu sebenarnya saya telah menghabiskan banyak masa dan belanja untuk menghasilkan eb...

 
Continue Reading
 
Flatbread Ayam Chinese Style (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Semenjak dua menjak ni saya dah menukar tabiat pemakanan saya. Saya nak menuju kearah makanan yang lebih menyihatkan. Dulu memang saya dah kurangkan makanan yang berat dan berminyak. Sekarang saya nak mengurangkan lebih banyak lagi. Kurang lemak, kurang garam, tak bergula, kurang karbohidrat dan yang penting kurang makan. Jadi hari ini terkeluarlah resepi flatbread yang biasanya popular di timur tengah dan India. Namun untuk lebih menyihatkan, saya pilih inti dari masakan cina yang memang ter...
 
Continue Reading
 
Resepi Lasagna Bolognese (1 match)
Posted by Norasikin Basri

Satu lagi masakan barat yang popular di Malaysia adalah lasagna. Asalnya lasagna adalah hidangan yang terbit dari kombinasi hidangan-hidangan barat yang lain. Kini terdapat berbagai jenis lasagna dengan berbagai citarasa yang menggabungkan menu masakan barat dengan masakan Malaysia. Ciri utama lasagna adalah, hidangan ini disusun berlapis-lapis dan berselang seli di antara pasta dan sos kemudian diakhiri dengan keju kemudian dibakar sehingga keperangan.

Kesimpulannya, untuk membuat lasagna, ...

 
Continue Reading
 
Ada Apa Dengan Bisnes Makanan (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Jika kita perhatikan, dimana-mana sahaja pasti terdapat usahawan disekitar kita. Dan dalam banyak-banyak usahawan tersebut kita akan dapati usahawan makanan boleh wujud dimana-mana sahaja. Di tepi jalan, bawah jambatan, celah bangunan, rumah kongsi, dan banyak lagi tempat yang saya rasa sangat unik dan tak disangka-sangka boleh dijalankan perniagaan. Klinik kerajaan pun ada nurse yang menjual kuih-muih di kaunter pendaftaran. Kaunter imigresen pun ada jual roti. Usahawan ini saya anggap tegar...
 
Continue Reading
 
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Paling Simple (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Terdapat dua jenis ikan tenggiri yang biasanya dijual di pasar. Pertama adalah tenggiri batang yang besar dan banyak isi dan kedua adalah ikan tenggiri bunga yang saiznya lebih kecil dengan sedikit corak dibadannya. Kalau masyarakat barat, mereka mempopularkan ikan mereka yang bersaiz besar seperti cod dan salmon. Sebenarnya tekstur isi ikan ini hampir sama, jadi tak ada salahnya kalau kita memasak ikan tenggiri menggunakan resepi masakan barat. Hasilnya hampir sama malahan harganya jauh lebi...

 
Continue Reading
 
Resepi Risotto Ayam (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Apa yang saya faham, risotto bolehlah disamakan dengan nasi berperisa terlebih air. Pendek kata, nasi lembik yang mempunyai rasa masakan barat yang tertentu. Sama seperti nasi berperisa kita yang berbagai jenis, risotto juga boleh dipelbagaikan dengan menambah berbagai bahan berasaskan karbohidrat seperti kentang, labu dan sebagainya. Ada juga yang menambahkan berbagai bijirin dan kekacang.


Senang cerita, risotto sesuai untu...
 
Continue Reading
 
Resepi Chef Salad (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Salad dalam masakan barat adalah diantara hidangan yang paling berwarna-warni, berperisa dan berkhasiat dalam sesuatu menu. Salad boleh dihidangkan begitu sahaja atau menjadi pelengkap untuk hidangan lain. Kebanyakkannya dihidangkan sebagai pembuka selera untuk set hidangan yang lengkap. Untuk chef salad, ia lebih mudah berbanding caesar salad dan ia boleh dihidang bersama mana-mana dressing yang anda gemari seperti vinaigrette, tartar sauce, thousand island dan lain-lain.

 
Continue Reading
 
Resepi Sup Labu – Resepi Nak Kurus Terpimpin (1 match)
Posted by Norasikin Basri


Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, masyarakat barat gemar masakan yang mempunyai rasa yang asli bersesuaian dengan penggunaan rempah dan herba masakan barat yang mempunyai rasa dan bau yang lembut. Begitu juga dengan sup labu, tentu mereka inginkan sup mereka betul-betul rasa labu. Jadi, biasanya mereka tak menggunakan bahan yang banyak kerana ia akan mengurangkan rasa labu itu sendiri.



Labu termasuk ...
 
Continue Reading
 
 
 

Make a free website with Yola