Sekiranya anda tahu apakah ciri-ciri masakan barat yang sebenar, sudah pasti mudah sahaja menilai mana-mana masakan barat yang pernah anda rasa. Hari ini saya ingin berkongsi satu ciri masakan barat yang penting iaitu bau.
Bau sangat penting untuk meningkatkan selera sewaktu menikmati hidangan. Daripada bau sahaja kita sudah dapat mengagak bagaimana rasa sesuatu masakan. Bau masakan barat sangat berbeza dari masakan-masakan lain. Jika masakan thailand pasti kita tau kebanyakannya menggunakan s...
Beberapa orang sahabat saya bertanya, mengapa saya perlu beli e-book Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial sedangkan saya boleh dapatkan buku sebenar dipasaran dengan harga yang lebih murah? Pada mulanya saya hanya memberitahu tiada resepi masakan barat komersial dipasaran buat masa sekarang kerana saya sangka mereka pasti sudah membaca ciri-ciri resepi dan ciri-ciri ebook yang terdapat dalam website ini. Setelah difikir-fikirkan semula barulah saya tahu, mereka sebenarnya tidak tahu apa k...
Chicken soup bolehlah dikategorikan sebagai asas bagi masakan barat memandangkan bahan dan teknik asas yang digunakan sangatlah mudah. Walaubagaimanapun tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk menghasilkan sup yang boleh dijadikan produk jualan di gerai atau restoran-restoran masakan barat komersial.
Perkara pertama yang perlu diingat jika menyediakan masakan barat adalah, masyarakat barat gemar masakan dengan perasa asli. Maksudnya jika memasak ayam, mereka mahu rasa ayam yang sebenar yang ...
Saya percaya tentu anda pernah menikmati masakan barat di restoran-restoran ataupun di hotel-hotel. Pasti harganya sangat mahal kan? Mengapa harganya mahal? Sudah pasti kerana bahan-bahan yang digunakan mahal. Inilah yang nak saya ceritakan pada kali ini. Pengusaha masakan barat terpaksa menggunakan bahan yang mahal untuk mendapat ciri-ciri masakan barat yang sebenar. Ciri-ciri masakan seperti bau, rasa, rupa dan tekstur mestilah mencerminkan masakan barat yang sebenar. Tidak mungkin masakan ...
Resepi ini bertujuan untuk dijadikan contoh penggunaan susu menggantikan santan dalam masakan. Ramai orang masih takut-takut untuk menggunakan susu. Mungkin kerana tak biasa atau takut masakannya mempunyai rasa berlainan. Saya pun pernah menghadapi perkara yang sama suatu ketika dahulu. Percubaan pertama saya memasak kari menggunakan susu menjadikan ayam saya berasa seperti lembu. Kemudian saya mencuba masakan mamak yang juga menggunakan susu dan saya dapati rasanya lebih teruk dari masakan s...
Seringkali kita dihidangkan dengan masakan yang kurang berkhasiat, kaya dengan kolesterol dan lemak tepu terutamanya hidangan Melayu. Hidangan seperti rendang ayam kampung contohnya banyak menggunakan santan kemudian ada yang menambah kerisik. Tak cukup dengan itu, gunakan pula minyak sapi sekaligus menjadikan hidangan melayu antara hidangan yang kurang baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, rasa hidangan melayu yang lazat menyukarkan kita menolak hidangan seperti ini. Ada satu kaedah yang saya ...
Saya rasa macam tertinggal satu masakan la. Puas saya fikir tapi tak dapat sebarang klu. Mulanya saya rasa saya dah paparkan semua resepi masakanmelayu yang seangkatan seperti kuzi, opor, kari, beriani, rendang, kurma, berempah dan kali ini giliran kerutup. Tapi satu malam sebelum tidur saya terfikirkan satu hidangan yang lain dan esoknya terus lupa. Banyak kali perah otak, cuma terbayangkan karlio je tapi saya rasa bukan karlio yang saya fikirkam malam tu. Kalau anda ada idea apa masakan ya...
Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri Resepi Sambal Belacan Kampung, belimbing buluh juga boleh digunakan dalam apa sahaja masakan yang memerlukan rasa masam. Jadi dalam apa sahaja masakan, saya akan gunakan apa sahaja asam yang ada sama ada asam jawa, asam gelugur, jus limau, lemon, tomato, kemang , cuka dan sebagainya asalkan dapat seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya. Bagaimanapun saya akan mengutamakan bahan yang asli berbanding bahan kimia dan mengutamakan bahan yang mudah...
Saya dah tak boleh makan daging lagi. Ayam pun dah tak boleh makan banyak-banyak. Nak makan spagetti kalau tak ada protein tak syok pulak. Jadi saya gunakan ikan untuk resepi spaghetti kali ini. Itupun bukan semua ikan saya boleh makan. Saya pilih ikan kerisi sebab inilah ikan yang paling murah yang saya boleh makan. Kesian… Kedua, sebab saya ni orang Malaysia, mesti nak makan makanan pedas sikit. Walaupun masih mengekalkan masakan barat, paling tidak, me...
Kek coklat moist ini tempahan dari orang kampung saya untuk hantaran perkahwinan anak perempuannya. Kek dengan tema baju melayu memang sesuai untuk gubahan hantaran perkahwinan. Konsep gubahan hantaran sekarang memang begitu. Kalau dulu barang-barang hantaran disusun dalam dulang seperti rupa asalnya cuma dihias dengan bunga-bungaan agar kelihatan cantik. Kini semuanya sudah berubah. Kek dibuat menyerupai baju melayu manakala baju melayu digubah menyerupai kek. Alahai...
Dua minggu telah berlalu, ada tiga minggu lagi untuk dilalui. Kerinduan dah mula terasa. Rindu pada keluarga, rindu pada blog dan rindu pada semua kerja-kerja yang biasa saya lakukan dimusim cuti sekolah. Saya masih disini, di Kuala Lumpur, mendalami ilmu masakan secara intensif. Dah rasa macam robot dah ni.
Dah buang tebiat agaknya saya ni. Letak gambar pinggan kosong kat blog resepi. Atas pinggan tu sebenarnya terpulang kepada anda nak letak hidangan apa pun terutamanya masakan barat. Kalau nak letak keropok lekor macam tak sesuai sangat. Saya cuma nak tunjukkan cara membuat sos pedas tabasco (Tabasco Hot Sauce).
Manusia ni ada yang gemarkan masakan pedas dan ada juga yang gemarkan masakan sangat pedas. Masakan barat juga tak terkecuali cuma bilangannya tak begitu banyak memandangkan omputeh ni ...
Masakan cina memang unik. Selain dari rasanya yang berlainan cara persembahan mereka juga unik. Masakan cina adalah antara masakan yang paling ringkas sekali diantara masakan yang pernah saya pelajari. Ini mungkin kerana masakan cina amat mementingkan kesegaran dan rasa asli masakan itu sendiri. Mereka tak mahu masakan mereka mempunyai rasa dan rempah yang kuat sehingga menghilangkan rasa asal masakan itu sendiri. Masyarakat cina juga gemar menggunakan herba-herba mereka yang dipercayai sanga...
Inilah yang membuatkan saya sibuk sepanjang minggu lepas sehingga sekarang. Saya terpaksa melupakan mengenai blog masakan barat komersial untuk sementara waktu untuk mengejar sesuatu yang lebih penting iaitu masa depan pelajar-palajar saya. Saya sedang menyiapkan sebuah buku nota dan latihan berkaitan Penyediaan Masakan Barat dan Timur untuk kegunaan pelajar saya. Semoga dengan buku yang saya tulis ini, mereka akan mudah mempelajari matapelajaran ini. Gunakanlah sebaik-baiknya. Tanyalah apa s...
Keju memang sinonim dengan masakan barat. Bila keju digunakan dalam sesuatu hidangan, ia akan dicop sebagai masakan barat. Kalau di Malaysia, keju memang mahal harganya. Bila dimasukkan dalam sesuatu hidangan, hidangan itu secara automatik dikatakan sebagai hidangan mewah. Bagi masyarakat barat pula, keju itu suatu kemestian dan bukan sesuatu yang mewah kerana mereka pengeluar keju. Antara hidangan yang paling popular yang mengunakan keju sebagai bahan utamanya adalah piza dan kek keju.
Hari ini saya sangat gembira. Apa yang saya impikan telahpun menjadi kenyataan. Ingin saya umumkan satu berita baik pada peminat masakan barat. Saya telahpun menyiapkan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat 2. Apa yang menariknya saya akan memberikan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat ini secara PERCUMA. Sesiapapun boleh mendapatkannya tanpa kos tersembunyi. Tidak perlu membeli apa-apa. Tak perlu keluar duit. 100% PERCUMA.
Tidak perlu risau tentang kualiti ebook Panduan & Resepi Masakan Barat...
Hari ini hari terakhir untuk Masakan Barat Komersial. Saya tak rasa perlu dilanjutkan lagi memandangkan saya pun dah tak larat melayani permintaan yang dating.Cukuplah setakat hari ini sahaja. Jika masih ada yang berminat, bolehlah membuat pembayaran sebelum tengah malam ini. Jika anda menggunakan bank selain dari Maybank yang mungkin mengambil masa melebihi 1 hari untuk terpapar dalam akaun saya, juga saya terima asalkan anda emailkan m...
Jika berkesempatan, memang saya akan meluangkan masa untuk mengunjungi ekspo-ekspo dan pesta-pesta makanan seperti ini. Terlanjur sewaktu menghantar anak ke klinik untuk rawatan, saya menghadiri The Food Street JB City Square sekadar memeriahkan majlis sambil mencari idea-idea baru dalam bidang masakan.
Secara umumnya saya seronok melihat gerai-gerai jualan yang tersusun rapi, bersih membentuk lorong-lorong yang meriah dengan pengunjung. Produk-produk jualan bila dah dihias cantik dan disusu...
Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?
Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, mene...
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Untuk bulan Ramadhan 2012 ini dengan sukacita saya mengumumkan DISKAUN 20% untuk ebook-ebook saya. Sebelum saya bercerita lebih lanjut,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Barat terutama pembaca-pembaca setia seperti dibawah iaitu
Lebih 600 subscriber mailing list yang telah menerima ebook Masakan Barat 2
Hampir 1500 subscriber feedburner yang menerima update blog melalui ema...
Bila cerita ikan air tawar, saya pasti pilih jenis masakan yang masam. Lagi masam lagi bagus. Masak asam rebus seperti ini memang sesuai dengan ikan patin. Bagi yang sedang berdiet, inilah jenis masakan yang baik untuk anda. Tanpa minyak, santan dan lemak. Berkhasiat dan rendah kalori. Cara memasaknya juga lebih mudah dan tak banyak karenah. Inilah antara masakan kampung yang popular dikalangan warga tua. Kini, anak-anak kita lebih menggemari masak lemak dan masakan berempah yang tinggi kand...
Balik kampung dua minggu, sejuk la blog Resepi Masakan Barat Komersial. Hujung minggu ni pula, anak saya menyertai persembahan tarian di Plaza Angsana. Kena la balik awal untuk latihan tarian. Kalau nak tengok anak saya menari, boleh la datang ke Plaza Angsana 22 Disember 2012 ni.
Dalam kehidupan hari ini, ramai surirumah yang turut mempunyai kerjaya mereka sendiri. Ini menyebabkan tugas penting seperti menyediakan hidangan untuk keluarga sering tergendala. Ada yang terpaksa menggajikan pembantu rumah. Ada juga yang sering sangat makan diluar dan yang paling teruk, mereka hanya dapat meninggalkan wang dibawah tudung saji sahaja. Bagi yang berpendapatan rendah pula, mereka akan bergantung harap pada makanan-makanan segera, perencah segera, makanan sejukbeku juga makanan...
Zaman dah berubah. Ramai orang yang sedar kepentingan makan berkhasiat, rendah lemak, tanpa kolestrol. Kebanyakkannya mementingkan makanan berkhasiat untuk hidup lebih sihat, dan ramai juga yang bertujuan untuk menjaga badan supaya lebih kurus dan lebih cantik. Anda pula bagaimana? Adakah kerana ingin menjaga kesihatan atau takut gemuk? Apapun sebabnya, saya harap anda semua dapat mementingkan kualiti makanan yang anda makan. Jangan hanya makan makanan yang sedap sahaja. Khasiatnya mesti seim...
Dah beberapa hari asyik buat muffin dan cupcake, hari ini cuba pula bebola daging masam manis. Walaupun masam manis dah jadi hidangan patut ada di restoran thai, tapi resepi asalnya adalah dari masakan cina. Untuk bebola daging masam manis ini, saya cuba mengekalkan ciri-ciri masakan cina yang asli. Bebola daging juga sebaiknya di buat sendiri. Dibawah ini ada disertakan resepi bebola daging yang ringkas. Secara komersial, bebola daging menggunakan beberapa bahan kimia yang tidak baik untuk k...
Tak seperti masakan timur, masakan barat menggunakan apa sahaja makanan yang mereka gemari sebagai pembuka selera. Pembuka selera bermaksud makanan yang diambil dalam kuantiti kecil sebelum menikmati makanan utama dan ia bertujuan untuk membangkitkan selera. Dalam bahasa inggeris, ia disebut apetizer. Biasanya pembuka selera masyarakat kita terdiri dari sayur-sayuran seperti rojak, pecel, tetapi dalam masakan barat, mereka juga menjadikan protin dan karbohidrat sebagai pembuka selera. Ciri-ci...
Pernah suatu ketika dahulu, saya terlupa order bahan mentah untuk mengajar anak murid saya menyediakan sos untuk chicken chop dan steak. Sepantas kilat saya terfikir untuk menggunakan sos segera. Saya segera mendapatkan sos dalam bentuk serbuk. Seingat saya berjenama knorr. Memang mudah melakukannya. Hanya campurkan dengan air dan dididihkan sahaja. Rasanya boleh tahan jugak. Menepati juga citarasa barat. Cuma harganya yang membuatkan saya rasa tak berbaloi untuk tujuan komersial. Mungkin ada...
Tom yam memang biasa kita nikmati dan hidangan ini di jual di semua restoran dan gerai masakan Thai di seluruh Malaysia. Malah masakan Thai memang terkenal diseluruh dunia kerana keunikkannya. Sebenarnya masakan Thai mempunyai banyak variasi tom yam cuma kita sahaja tidak menyedarinya. Salah satu variasi tomyam yang semakin popular adalah tom yam putih. Rasa-rasanya masyarakat thai mengenalinya dengan nama tom yam kung atau pok tek. Tak kisahlah apa nama yang diberikan yang penting rasa tom y...
Ini adalah contoh masakan yang mudah dan cepat disediakan. Goreng atau gril sahaja bahan utamanya kemudian barulah dicurahkan sos. Contoh masakan thai seperti ini yang popuar adalah masak 3 rasa dan masak masam manis. Dalam masak barat pun banyak hidangan seperti ini cuma sosnya dalam kuantiti sangat sedikit. Kita makan dengan nasi, tentu la syok kalau kuah banyak. Kadang-kadang, saya rasa apa la istimewanya masakan seperti ini. Serupa makan ikan goreng je. Kalau kita, goreng dengan kunyit ta...
Cream of Broccoli Soup adalah sup lanjutan yang dihasilkan dari sos asas masakan barat yang pernah saya paparkan suatu ketuka dahulu. Dengan teknik yang sama dengan cream of mushroom soup, anda akan memperolehi sup yang berkhasiat untuk dijadikan pembuka selera dalam set menu antarabangsa. Memang mudah jika anda telah menguasai sos veloute dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama, sesuai untuk perniagaan. Untuk resepi ini, saya menggunakan bawang besar, leeks dan giant celery sebagai...
Apa la yang ada dari karipap? Murah, kat mana-mana pun ada jual. Semua orang pandai buat. Sayapun sebenarnya tak minat nak bercerita cara-cara nak buat karipap. Saya lebih suka bercerita mengenai perniagaan. Walaubagaimanapun nak cerita pasal hal ni, terpaksa la juga saya paparkan resepi karipap yang paling mudah sebagai rujukan.
Tak kira makanan apa yang kita nak jual, masakan barat, melayu, cina, thai, india, kuih tradisional, kek atau sebagainya yang paling utama kita mesti ada ilmu menge...
Urap pegaga atau sebetulnya disebut urep. Dari bunyinya dah pasti datang dari masakan Jawa. Sekarang ni urap dah menjadi masakan tradisi Malaysia. Selepas diubah-suai mengikut selera rakyat Malaysia, ciri-ciri masakan Jawa dan semakin berkurangan. Bagi orang keturunan Jawa macam saya, resepi asli urap pegaga masih dikekalkan seperti asalnya. Sejak kecil, inilah urap pegaga yang saya makan. Bila hidup di bandar, sekali-sekala masuk juga ke restoran masakan Indonesia, seperti nasi padang, ayam ...
Stew memang kurang popular dengan masyarakat Malaysia tetapi sangat popular dalam masakan barat. Padahal sebenarnya masyarakat kita sering memasak makanan dengan kaedah ini tanpa disedari. Stew adalah kaedah memasak makanan menggunakan air yang sedikit dengan api yang perlahan supaya makanan menjadi lembut dan ia dihidangkan bersama kuahnya sekali. Dalam bahasa pasarnya dia dinamakan merendidih. Setelah mengetahui maksud stew, barulah ramai yang sedar, memang banyak hidangan tempatan yang men...
Kalau ditanya pada kebanyakan orang bujang, tentulah makan di luar. Bukan sebab mereka banyak duit. Bukan juga sebab mereka terlalu gemar masakan yang dijual di gerai atau restoran. Sebab utama, hanyalah kerana mereka malas masak. Ada juga yang menjawab, tak berbaloi untuk memasak sekiranya hanya untuk hidangan seorang atau berdua. Buang masa je atau makan diluar lebih bervariasi dan cepat.
Kalau dikira dari kos, walaupun memasak untuk seorang, kosnya tetap lebih murah dari beli siap digerai. ...
Kalau dulu, saya ada paparkan Talapia Masak Stim cuma resepi ini ada sedikit perbezaan. Untuk menguatkan rasa masakan Thai, ia menggunakan kuah serai manakala sos tiram dikeluarkan untuk mengurangkan ciri-ciri masakan cina. Hidangan Thai seperti ini sangat cepat disediakan dan mudah. Kebanyakkan restoran Thai memang tiada masalah dalam menyediakan hidangan ini kecuali mereka lebih senang menggunakan stok ayam. Adalah lebih elok mengekalkan rasa ikan berbanding mencampur-adukkan dengan ayam.
...
Apa kenanya saya ni. Seminggu dua ni asyik nak makan masakan india je. Bukan apa-apa. Pada saya masakan india ni mudah disediakan. Kalau orang india, puri adalah hidangan utama mereka tapi bagi orang yang setiap hari mesti nak makan nasi, akan menganggap puri hanyalah makanan ringan sahaja.
Orang barat mengenalinya dengan nama dosa. Keluarga saya menggelarnya dengan nama lempeng batak. Bezanya lempeng batak tak mengelembung sebegini dan digoreng tanpa minyak atau sedikit ...
Agak sukar memuaskan hati saya ketika makan di luar. Saya ni boleh la dikatakan cerewet dalam bab makan ni. Saya nak makan sesuatu yang mesti sedap, murah, banyak dan selamat di tempat yang selesa, bersih dan tenang. Macam mana saya tak bising kalau seketul ayam goreng sebesar penumbuk budak dijual pada harga RM2. Memang la harga barang sekarang ni semuanya dah naik tapi saya tau harga kos kebanyakan hidangan yang saya gemari. Saya juga tau yang mana senang disediakan, yang mana leceh. Takkan...
Macam tak percaya, ada pelajar saya yang tak tahu dan tak pernah membuat nasi goreng. Nak menitik air mata saya bila mendengarnya. Macam mana la dia boleh belajar katering kalau hidangan asas orang bujang pun daia tak pernah buat. Mungkin dapur pun dia tak pernah jejak. Semuanya bibik yang kerjakan.Anda tak risau ke jika anak anda langsung tak reti memasak. Kalau tak ada bibik, setiap hari sepanjang masa makan kat luar je ke? Setiap orang tak kira lelaki atau perempuan, mesti tahu memasak re...
Kenapa saya suka sangat ketam bercili ni? Pertama, memang saya suka masakan pedas terutama jenis-jenis sambal ni. Kedua, sebab saya jarang sangat dapat makan ketam ni. Bukan sahaja kerana harga ketam yang mahal tapi juga kerana saya tak boleh makan makanan laut seperti ketam ni. Kena berpantang dulu baru boleh makan ketam. Silap haribulan, menggerutu seluruh badan saya. Seminggu menderita. Suatu ketika dulu saya ada paparkan entri mengenai masakan bercili tapi masa tu saya memang saya tak ada ...
Setiap kali pelajar-pelajar saya belajar memasak, saya akan memberikan bahan-bahan yang diperlukan, resepi dan kaedah memasak yang sama. Mereka akan mendapat segalanya dalam kuantiti yang sama setiap seorang tetapi hasil yang diperolehi tak pernah sama. Ada yang berwarna gelap, ada yang cerah, ada yang sangat menyelerakan dan ada juga yang termasuk dalam kategori tidak boleh dimakan.
Mengapa hasil mereka terlalu berbeza sedangkan saya memberikan segala-galanya sama setiap seorang. S...
Masih banyak lagi daging korban yang perlu dihabiskan. Keluarga saya bukanlah penggemar daging sangat. Saya pula alergik bila makan banyak daging. Jadi daging korban ini saya gunakan sedikit demi sedikit. Lagipun memang banyak masakan yang boleh disediakan berasaskan daging dan salah satunya adalah daging masak hitam ni.
Ini bukanlah masakan daging blackpaper kerana saya tak letakpun lada hitam tapi anda boleh menambahkan lada hitam sesuka hati kalau anda mahu kerana masakan ini fleksible dan ...
Bagi saya, makaroni bakar sebenarnya tak lebih daripada makaroni goreng lebihan semalam yang diberikan nafas baru supaya dapat dihidangkan panas-panas. Manakan tidak, rata-rata makaroni bakar yang saya rasa tak pernah mempunyai rasa yang tertentu yang melambangkan keunikan masakan itu sendiri. Kebanyakkannya mempunyai rasa mi yang digoreng cara Thai atau Melayu. Kalau di barat mungkin mempunyai citarasa barat. Persamaannya hanya keju yang ditaburkan diatas yang menjurus kearah masakan barat. ...
Salah satu ciri masakan barat yang penting ialah rupa hidangan itu. Daripada rupa hidangan sahaja kita telah dapat membezakan sesuatu hidangan itu sama ada barat atau timur. Masakan barat dihias indah berwarna-warni dengan sistem yang teratur untuk membangkitkan selera. Jika dibandingkan dengan masakanmelayu, hiasan masakan barat bolehlah dikatakan keterlaluan sehingga mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih semata-mata untuk hiasan. Kadang-kadang, hiasan memerlukan kos yang lebih tin...
Resepi ini sebenarnya amat sesuai untuk masakan ketam seperti di restoran-restoran masakan thai. Memandangkan saya ni tak mampu nak makan ketam, jadi saya gunakan ikan talapia tempoh hari yang masih berbaki seekor. Bila gunakan ikan talapia, hasilnya memang tak sama dengan ketam. Ketam mengandungi banyak air didalamnya jadi kuahnya akan menjadi lebih cair. Lagipun rasa ketam akan meresap dalam kuah. Bila digantikan dengan ikan talapia, inilah hasilnya. Kuahnya terlalu pekat. Rasa kuahnya tiad...
Jangan ingat saya buat blog resepi masakan barat, hari-hari saya makan sedap je dirumah. Walaupun semua masakan yang ada dlam blog ini, saya masak sendiri tapi biasanya saya membuat dalam kuantiti yang kecil. Cukup sekadar melengkapkan penerangan saya dan memberikan kefahaman kepada anda. Gaji saya pun bukan besar sangat. Buat blog ni pun tak dapat apa. Nuffnang pula asyik tidur je sepanjang bulan.
Inilah yang selalunya saya masak untuk makan tengah hari dan malam. Ikan masak kicap yang ringka...
Fetucini adalah salah satu pasta dari bermacam-macam pasta yang dibanggakan oleh masyarakat barat. Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat pasta semuanya sama. Yang membezakannya hanya bentuknya dan mungkin perasa dan pewarnanya. Fetucini berbentuk seperti mi yang nipis dan lebar seperti kueh teow dan diperbuat dari tepung gandum. hanya berbeza dari segi bentuknya sahaja berbanding spagetti. Manakala cara memasaknya juga sama. Boleh menggunakan berbagai-bagai sos yang popular seperti bolognaise,...
Sup orang Malaysia memang istimewa. Kalau dibandingkan antara sup ayam, sup lembu dan sup kambing, saya rasa, sup kambing lebih berperisa. Mungkin kerana daging kambing lebih halus dan berlemak. Tapi memang tak boleh lawan dengan sup tulang atau sup ekor lembu. Bahagian lembu ini memang paling baik untuk dibuat sup. Bahagian-bahagian ini menjadikan sup lebih pekat dan berperisa. Bagaimanapun, demi kesihatan, kurangkanlah memakan lemak. Memang sedap tapi seksa dalam jangka masa panjang. Dalam ...
Dalam Artikel Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 2 ini saya akan menumpukan kepada teknik dan tip membuat pizza serta maklumat-maklumat yang berkaitan perniagaan khususnya untuk peniaga pasar malam. Untuk resepi, sila rujuk Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 1. Pizza adalah masakan barat yang popular seluruh dunia. Bagi saya, tak ada yang susahnya dalam membuat pizza. Hanya roti yang diletakkan inti diatasnya.
Pebende la vinaigrette atau french dressing tu. Secara mudahnya vinaigrette adalah asas sos salad dalam masakan barat khasnya masakan Perancis. Masyarakat barat memang gemarkan salad sebagai pembuka selera. Campak je apa-apa sayur-sayuran segar dan gaulkan dengan vinaigrette , jadilah salad yang mudah. Tambahkan hirisan ayam atau makanan laut, jadi salad yang lebih istimewa. Tujuan entri ini adalah untuk memudahkan saya memaparkan resepi-resepi masakan barat yang lain yang menggunakan vinaigr...
Tunggang-langgang nama resepi ayam panggang tu. Masakan barat memang macam tu. Lebih mudah menyebut Ayam Panggang dengan Mentega, Madu dan Herba. Saya memang suka masakan barat kerana bahan yang diperlukan tak banyak. Kalau ada banyak, pakai banyak. Kalau tak banyak, tak menjejaskan masakan. Masakan barat memang mementingkan rasa asli bahan utamanya jadi perencahnya tak banyak. Bagaimanapun, ada juga ciri masakan barat yang saya tak suka iaitu proses menyediakannya banyak dan leceh. Banyak pe...
Entah kenapa ada orang yang tergila-gilakan coleslaw dari salah sebuah restoran makanan segera popular dunia. Tak tahu apa yang menariknya. Makan sayur memang baik tapi tak de la sampai tahap terlalu taksub. Bagi yang memang tak makan sayur, hidangan macam ni awal-awal lagi dah ditolak tepi. Rasa-rasanya kalu coleslaw ni tak dimasukkan dalam pakej hidangan, mungkin beberapa mangkuk sahaja yang terjual sehari. Saya pun besar kemungkinan tak akan beli kerana hidangan mudah seperti ini sepatutny...
Saya menanggap pasta dengan bawang putih dan minyak zaitun adalah asas dalam masakan pasta. Hidangan ini popular dengan nama agleo olio. Saya pun tak ingat bahasa apa. Mungkin Itali kot. Benda yang tak penting memang saya susah sangat nak ingat. Yang pastinya, masakan pasta ini sangat mudah. Tapi untuk resepi kali ini, saya gunakan tomato sebagai bahan utama. Tak de la rasa kosong sangat. Kalau penduduk Malaysia yang dah terbiasa sangat dengan hidangan yang mempunyai rasa dan bau yang kuat se...
Ayam, sangat sesuai untuk masakanmelayu berempah. Sebenarnya masak macam manapun tetap sedap juga tapi untuk kehidupan di Malaysia, kalau tak guna rempah memang tak sah. Tapi seringkali kita bereksperimen dengan rempah akan mendapat hasil masakan yang lebih kurang sama. Dah tambah macam-macam, rasanya tetap seperti kari atau rendang. Bagi manis sikit dah jadi macam beriani. Apa kata jika bereksperimen, jangan keterlaluan sangat bahannya. Cuba gunakan satu atau dua jenis rempah sahaja. Semo...
Kalau tak pahit, bukan peria namanya. Kalau tak suka pahit, masaklah petola, labu air atau labu siam. Sekarang ni pun, peria dah tak sepahit dulu. Suatu ketika dulu, jika terlalu pahit, selalunya saya rendamkan dalam air kapur atau air garam. Selalunya saya terus masak je kerana pahit adalah ciri-ciri unik peria. Anak saya pun tak ada masalah nak makan peria. Untuk mendapatkan seluruh khasiat peria, lebih baik kekalkan peria dalam keadaan asalnya.
Bahan-bahan untuk Peria Goreng Telur Hancur 300...
Pernah ke makan muffin yang tak manis? Mungkin tak ramai yang tahu, dalam masakan barat terdapat muffin yang tak semestinya manis. Ada muffin yang pedas, masin dan sebagainya. Muffin seperti ini termasuk dalam kategori savoury. Mungkin ada sedikit pelik ketika pertama kali mencuba namun akhirnya kita akan sedar muffin ini juga ada kelebihannya. Jika kita di Malaysia lebih gemar makanan bergoreng seperti jemput-jemput, cucur udang dan lain-lain, ma...
Saya pun tak tahu tempura ni makanan jepun atau masakan barat atau negara manapun. Itu memang saya tak ambil berat sangat. Rasanya banyak negara ada hidangan bersalut tepung. Masakan thai popular dengan udang dan sotong goreng tepung, masakan barat dengan ayam gorengnya. Tempura tu pun saya tak tahu maknanya. Mungkin rempah, mungkin nama tempat atau apa saja. Apa yang penting, kerjaaaaasama, bagaimana hendak menghasilkan adunan tepung tempura yang rangup, garing, lazat dan yang pastinya bukan...
Sebelum saya bercerita lanjut mengenai berita baik yang akan saya umumkan, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Saya juga dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Saya sedar selama saya menulis blog ini pasti banyak kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan dan sudah pastinya bukan sedikit yang terasa hati. Harap anda dapat memandang idea-idea, sindiran-sindiran dan komen-komen saya dari sudut positif. Memang ada yang peda...
Dah lama sebenarnya saya tak makan hidangan yang pedas-pedas. Sejak mempunyai anak, saya terpaksa mengurangkan kepedasan masakan saya. Kebanyakkannya tak pedas langsung. Kalau dulu, saya paling gemar masakan pedas. lagi pedas lagi bagus. Oleh kerana malas nak masak versi pedas untuk saya dan versi tak pedas untuk anak saya, jadi terpaksa la makan yang tak pedas je. Lama-kelamaan, akibat terlalu kurang makan makanan pedas, saya rasa seolah-olah saya ni dah tak tahan pedas lagi. Sekarang ni, bi...
Ikan pari ni saya beli isinya je. Nak beli seekor banyak sangat. Nak beli yang kecik tak kenan sangat sbb tak banyak isi. Lagipun isi pari kecil ni lembut sangat. Kalau yang besar lebih kenyal. Anak saya pun kata saya masak ayam sebab isinya macam ayam. Dibandar, harga isi pari lebih kurang RM15. Memang saya tak akan beli. Sewaktu dikampung bulan lepas, terjumpa pula isi pari RM10 je. Segar lak tu. Memang kalau saya nak makan ikan yang sedap-sedap, saya akan beli di kampung. Seawal selepas su...
Walaupun susah disebut, sos Bolognaise adalah sos yang paling popular dalam masakan barat terutama dalam hidangan pasta. Tak kira la pasta jenis apa yang anda gunakan sama ada spagetti, fetucini, fusili atau apa sahaja, semuanya sesuai dengan sos ini. Lagipun kita yang mencorakkan sesuatu hidangan. Asalkan bertepatan dengan ciri-ciri masakan barat yang dikehendaki, hidangan ini tetapi menjadi pilihan ramai.
Saya membuat sos ini khas untuk resepi lasagna bolognaise yang akan saya post dalam ent...
Setiap kali menyambut hari raya, pasti kami akan berkumpul bersama-sama bercerita panjang tentang pelbagai hal. Segala cerita keluar, dari hal kehidupan, isu semasa, kenangan silam atau apa sahaja yang terlintas difikiran. Sekali-sekala berkumpul kami mesti inginkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dan biasanya kami akan memasak barbeku diperkarangan rumah secara tidak formal. Ada yang berkain pelikat, ada yang tak berbaju, ada juga yang lengkap berbaju raya. Segala yang terlintas d...
Mari bercerita sikit tentang ikan keli ni sebelum belek resepi Ikan Keli Masak Pecel. Ada orang tak suka makan ikan keli. Ada juga yang geli nak makan. Bapa mertua saya juga tak mahu makan ikan keli tapi tak tahu pula sebabnya. Nak kata dia geli, selamba je dia pegang ikan keli hidup. Nak kata dia tak suka, saya rasa semua benda halal dia makan cuma sedap makan banyak, tak sedap makan sikit. Mungkin ada nilai-nilai kesihatan yang menyebabkan dia tak mahu makan. Seperti organ dalaman haiwan ya...
Ada beberapa kedai menjual daging, ikan dan ayam segar, memang betul-betul mengambil berat kesegaran produk jualan mereka. Biasanya setiap satunya mereka asingkan mengikut tarikh. Ikan yang diperolehi segar mesti dihabiskan dalam masa tertentu dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, ia mesti dilupuskan dengan segera. Dengan ini, pelanggan dapat produk yang setanding dengan wang yang dibelanjakan. Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang menggunakan pengawet seperti formalin untuk menjadika...
Dah seminggu puasa, baru sekali saya ke bazaar ramadhan. Cuma pergi bazaar ramadhan yang paling hampir dengan rumah saya je. Itu pun beratus jugak gerainya. Tak banyak bezanya dengan bazaar ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Cuma satu yang saya perhatikan, sekarang ni banyak pulak gerai yang menjual masakan barat terutama chicken chop dan fish & chip. Satu perkembangan yang sangat baik. Sekurang-kurangnya ramai yang dah tahu, masakan barat bukan hidangan yang mahal dan hanya dijual di hotel-h...
Banyak permintaan yang saya terima untuk melanjutkan tempoh Diskaun 20% bagi ebook-ebook masakan barat tulisan saya. Menjelang Aidilfitri memang semuanya sibuk. Jadi saya lanjutkan tempohnya sehingga 13 Ogos 2012. Rata-rata sangat berminat dengan ebook ketiga saya yang mengandungi resepi kek coklat moist. Ebook ini diberikan percuma sama seperti ebook kek keju, kek kukus buah-buahan dan hidangan pengiring masakan barat.
Saya amat gemar berbuka puasa dengan nasi. Ada orang yang suka berbuka dengan kuih-muih dahulu. Selepas solat maghrib barulah nak menjamah nasi. Tapi bagi saya, lepas berpuasa seharian, nasi amat diperlukan. Disini satu lagi menu berbuka puasa yang sesuai dicuba. Khusus untuk orang yang gemar berbuka puasa dengan nasi macam saya.
Ayam goreng halia ini sebenarnya hidangan cina tetapi banyak di jual di restoran makanan thai setelah disesuaikan dengan citarasa thai.Saya lebih menggemari ayam gor...
Kadang-kadang saya berasa sangat risau dengan masa depan awak semua. Saya tak nampak ke arah mana awak akan pergi setelah awak tamat belajar di sini. Adakah betul keputusan awak untuk belajar di sini atau awak dipaksa oleh ibubapa awak. Mungkin juga awak tiada pilihan ditempat lain sehingga terpaksa belajar disini.
Saya sentiasa memerhatikan awak dan menilai keupayaan awak semua. Dalam peperiksaan awak seperti tidak pernah menjejakkan kaki ke dapur. Takkan sam...
Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, saya ada menggunakan banyak menggunakan mayonis dalam hidangan-hidangan yang dipelajari. Dah lama saya diajukan pertanyaan oleh pelanggan-pelanggan ebook saya mengenai kaedah membuat mayonis sendiri. Kini baru saya berkesempatan memaparkan disini. Tidak susah sebenarnya. Tak perlu guna api pun. Hanya perlu kacau. Kalau ada mixer lagi senang. Tapi saya mengajar hanya menggunakan tangan je. Resepi dibawah boleh menghasilkan kira-kira 1 l...
Setiap kali makan lauk ayam kita dapati masakannya pasti berempah. Ayam goreng, kari, kurma, beryani, sup dan lain-lain lain pasti mengandungi rempah. Kebanyakkannya pula mengandungi santan menjadikan hidangan ayam kita mengandungi lebih banyak lemak. Apa kata sekali-sekala kita masak hidangan yang lain sikit. Kalau biasa kita makan ikan asam pedas, kali ini kita gunakan ayam. Nak bagi lagi syok, kita gunakan kaedah tumis supaya masakan ayam kita lebih cantik dan menyelerakan. Untuk resepi Tu...
Saya tak pasti dimana keistimewaan kuey teow kerang ni sehingga dijual di hampir semua pasar malam seluruh Malaysia. Saya pun pernah menjadi peminat setia hidangan cina ni sehinggalah saya tak boleh lagi menikmati kerang. Sebenarnya, dalam diam, saya membelek beberapa orang penjual kuey teow kerang yang sedang memasak hidangan ini. Malu juga nak cerita tapi kalau tak buat macam ini, macam mana la ilmu saya nak berkembang. Akhirnya, saya membuat kesimpulan, tiada bahan rahsia dalam pembuatan k...
Memang ramai lagi yang tak tahu kadar tukaran unit sukatan dalam masakan kalau tidak masakan hampir setiap minggu ada sahaja email dan komen bertanyakan soalan mengenai hal ini. Dalam masakan, sukatan setiap bahan memang penting terutama dalam resepi yang rumit dimana sedikit perbezaan sahaja akan meninggalkan kesan yang besar dalam masakan. Contohnya apabila membuat kek atau roti. Sesuatu resepi pula tak mungkin la perlu dinyatakan segala jenis unit sukatan untuk sesuatu bahan. Sebagai seseo...
Kali ini saya menerima soalan berkenaan Donut Gebu Tradisional yang sangat panjang. Kalau soalan pun dah panjang, jawapannya pun tentu panjang. Jadi saya rasa, kalau dah penat menaip panjang-panjang, lebih baik saya kongsikan dengan pembaca yang lain supaya semua dapat manfaatnya. Apa guna taip panjang-panjang kalau cuma seorang sahaja yang membacanya. Saya terima soalan dari sahabat melalui Laman Facebook Resepi Masakan Komersial. Saya mohon untuk kongsikan disini bersama-sama gambar yang ...
Kalau di Indonesia, sate lilit memang terkenal tapi yang ingin saya bincangkan ini adalah masakan thai. Oleh kerana masakan thai ini tidak menggunakan rempah-rempah sate seperti ketumbar, jintan dan lain-lain, jadi ia lebih sesuai dipanggil ayam grill berbanding sate. Hidangan Thai memang banyak menggunakan herba-herba yang wangi. Begitu juga dengan sate lilit serai ini. Apa sahaja herba-herba wangi yang sering digunakan dalam masakan thai, semuanya sesuai untuk hidangan ini. Lebih harum lebi...
Satu lagi masakan barat dari kategori sup yang paling popular dinegara kita adalah cream of mushroom soup ataupun sup cendawan. Walaupun sup ini bukanlah istimewa sangat tapi ia mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tak sah restoran masakan barat kita tanpa sup ini. Bayangkanlah, masyarakat di Malaysia sanggup membeli sup cendawan ini yang telah dijadikan sup segera sama ada dijual dalam tin dalam bentuk pekatan mahupun dalam paket dalam bentuk serbuk pati sup. Sup-sup ini dijual dengan har...
Saya rasa macam ada spy memerhatikan saya dari jauh. Hehehhe. Setiap apa yang saya buat, setiap apa yang saya ada dan setiap apa yang saya boleh buat seolah-olah sedang dianalisis. Mungkin orang tu ada dalam salah satu mailling list saya. Jadi, setiap satu ilmu yang saya curahkan dalam blog ini, dia tak akan terlepas dari membacanya. Apa la salahnya menghubungi saya terus jika ingin meminta sesuatu pendapat atau tunjuk ajar. Mana la tau kalau-kalau kita boleh melakukan usahasama. Dapat la unt...
Semalam saya terserempak dengan seorang surirumah yang baru keluar dari restoran mamak. Dia membeli juadah makan tengah hari yang dimasukkan kedalam bekas plastik TFT yang besar. Saya rasa bekas plastik TFT tu dibawa dari rumah kerana masih ada beberapa bekas lagi yang masih kosong. Kalau dilihat dari kari daging yang dibelinya itu saya rasa berat daging tu melebihi 1kg. Tak tau la berapa mamak tu letak harga. Nasi pun dibeli sekali. Saya tak pasti mengapa dia membeli lauk-pauk sebanyak tu. M...
Terdapat dua jenis ikan tenggiri yang biasanya dijual di pasar. Pertama adalah tenggiri batang yang besar dan banyak isi dan kedua adalah ikan tenggiri bunga yang saiznya lebih kecil dengan sedikit corak dibadannya. Kalau masyarakat barat, mereka mempopularkan ikan mereka yang bersaiz besar seperti cod dan salmon. Sebenarnya tekstur isi ikan ini hampir sama, jadi tak ada salahnya kalau kita memasak ikan tenggiri menggunakan resepi masakan barat. Hasilnya hampir sama malahan harganya jauh lebi...
Dulu selalu kita dengar istilah "makan mi segera pada hujung bulan" yang bermaksud apabila kesempitan wang terutama sebelum gaji keluar, maka mi segera lah yang menjadi santapan seharian kerana harganya yang murah. Sekarang memang jarang sekali saya dengar istilah sebegini. Sebab utamanya ialah kerana mi segera bukan lagi boleh dikategorikan sebagai makanan murah. Dengan harganya yang semakin tinggi, kuantitinya yang semakin kecil, kandungan bahan perasa, pewarna dan pengawet yang tidak terka...
Macam biasa, sebelum membaca resepi pasti saya selitkan bebelan berkhasiat untuk kita fikirkan bersama-sama. Saya agak tertarik dengan cerita seorang hajah ni. Beliau antara yang berjaya dalam perniagaan tetapi tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik. Jadi cerita beliau sentiasa penuh dengan teladan dan pebuh semangat untuk kita semua membangun menuju kejayaan. Menurut beliau, diawal pembabitannya dalam perniagaan, beliau gamble sahaja mengimport satu kontena beras untuk dijual...
Sebagai orang kampung, saya selalu didedahkan dengan masakan kampung seperti pisang masak lemak ni. Bagi sesetengah orang, pisang masak lemak ni biasa je. Kat mana-mana restoran pun boleh jumpa. Bezanya, pisang masak lemak ini dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ramai orang yang tak sanggup makan makanan pelik begini. Macam dah tak ada makanan lain. Kulit pisangpun nak bedal jugak. Bagi saya, selagi sesuatu makanan itu halal dan tidak memudaratkan kita, saya akan rasa. Kalau sedap makan ban...
Hari ini iaitu hari ahad 13 November 2011, saya akan berangkat ke Kuala Lumpur. Saya akan berada disana selama 5 minggu seperti yang diarahkan. Sedih hati nak meninggalkan keluarga. Entah bagaimana keadaan mereka tanpa saya. Kalau boleh memang tak mahu berjauhan.
Begitu juga dengan blog ini. Walaupun saya masih boleh menggunakan masa terluang tetapi masih tidak sama seperti disini. Saya memerlukan banyak masa untuk bereksperimen, banyak peralatan yang perlu digunakan dan juga bahan, barulah bo...
Ingatkan dah tak ada tempahan kek untuk Hari Raya Aidil Adha tahun ni. Rupa-rupanya masih ada lagi yang berminat nak tempah kek disaat-saat akhir. Saya pun tak faham kenapa nak tempah pada saat akhir. Setelah dikira-kira, saya perlu menyiapkan kek-kek ini sebelum hari raya. Masa cuma ada 1 hari sahaja. Saya kena buat 4 biji saiz kecil, 1 biji kek coklat moist saiz besar dan 2 biji saiz kecil serta 1 biji kek lapis pandan saiz besar. Se...
Lega rasanya setelah selesai segala yang perlu dilakukan di Kuala Lumpur. Kini saya kembali semula ke rumah sendiri yang tenang dan damai. Berapa jauhpun saya pergi, takkan sama seperti tinggal dirumah sendiri. Berapa mewahpun hotel yang saya diami, tinggal dirumah lebih selesa. Apatah lagi ditemani keluarga tercinta.
Lebih seminggu saya tak mengeluarkan entri baru. Bukan merajuk, cuma saya mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana saya tahu, kerja-kerja yang saya tinggalkan lebih se...
Saya respek kat kawan-kawan saya yang sanggup membuat apa sahaja asalkan anaknya mendapat pendidikan terbaik. Anak yang cenderung kepada bidang tertentu, dihantar ke sekolah teknik dan vokasional. Anak yang bercita-cita tinggi dihadiahkan kamus dalam bentuk elektronik yang semakin popular sekarang ini berbanding buku kamus tebal dan berat tu. Jadi hari ini saya ingin bercerita mengenai perisian ekamus yang dikeluarkan oleh anak Malaysia untuk warga Malaysia iaitu eKamus 5.02, peneraju dalam b...
Dalam bahasa melayu, vegetarian dipanggil apa ye? Yang saya tahu, vegetarian diet adalah pemakanan hanya berasaskan tumbuh-tumbuhan. Vegetarian termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Bagaimanapun ada vegetarian yang juga menjadikan susu dan produk tenusu sebagai sebahagian dari diet mereka. Ini dipanggil lacto vegetarian diet. Terdapat juga lacto-ovo vegetarian diet yang menambah susu atau telur atau kedua-duanya dalam diet mereka. Apabila mengamalkan vegetarian diet,...
Saya rasa anda semua dah tahu, saya dan kicap memang tak dapat dipisahkan. Banyak hidangan yang saya rasakan menjadi lebih sedap dengan kicap. Ada beberapa hidangan yang saya rasakan sangat sedap dengan kicap. Jika saya masak hidangan ini, ia pasti dihidangkan dengan kicap. Hidangan itu adalah sambal tumis dan masak lemak cili api. Bagaimanapun tak de la sampai makan nasi lemak dengan kicap walaupun ia dihidangkan dengan sambal tumis. Oleh kerana kesesuaiannya yang saya rasakan, apa kata kita...
Saya sangat suka masak kicap. Sama ada masak kicap jenis cair atau masak kicap jenis pekat, kedua-duanya saya suka. Dengan rempah atau tanpa rempah juga kedua-duanya saya suka. Dah memang hidup dengan kicap. Orang kata, kicap ni makanan orang miskin. Nampaknya sekarang ni kicap pun dah mahal harganya. Ada yang mencecah RM5 sebotol kecil. Walaupun banyak jenis kicap dipasaran, kicap jenis mahal tetap mengekalkan harganya. Mungkin kerana rasa dan baunya yang kuat menjadikan ia istimewa.
Orang Malaysia ni kalau masakan yang kurang lemak, memang kurang penggemarnya. Kalau boleh mereka mahu semuanya mengandungi santan, minyak dan lemak. Walaupun begitu masakan yang menyihatkan semakin mendapat tempat dihati dan semakin popular. Ramai yang mula menyedari kepentingan menjaga pemakanan. Jadi jika pada waktu sekarang kita membuka sebuah restoran yang menyajikan makanan menyihatkan, sudah pasti boleh maju. Sedangkan restoran vegetarian boleh hidup, apa lagi restoran kesihatan.
Beberapa hari tak update entri bukan kerana tiada bahan. Malah saya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja didapur. Memasak memang tiada putusnya selagi semua orang perlu makanan. Banyak resepi-resepi yang tertangguh untuk dipaparkan. Jadi hari ini saya memilih resepi yang ringan dan mudah iaitu Tauhu Telur dengan Sos Tiram. Hidangan ini memang tak banyak yang perlu dibicarakan kerana ia sangat simple seperti kelazimannya masakan cina.
Bahan-bahan untuk Resepi Tauhu Telur dengan Sos Tiram 300g Ta...
Masih ramai yang tak tahu nak mohon kursus apa di sekolah teknik atau vokasional mungkin kerana ramai yang tidak sedar minat dan kecenderungan diri sendiri. Oleh kerana saya sentiasa menggalakkan pelajar saya menceburi perniagaan dalam bidang kulinari jadi saya akan memberi sedikit pandangan mengenai kursus teknik atau vokasional yang menjurus kearah ini.
Pertama, Kursus katering. Kursus katering termasuk dalam aliran vokasional. Untuk pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam bidang...
Memang lama tak bersiaran. Macam-macam dah berlaku pada saya tapi biarlah perkara ini diketepikan dahulu. Ada masa boleh cerita. Tak de masa, lupakan saja. Lebih baik belajar sesuatu hari ini mengenai resepi dan masakan. Apa tu twister? Sebenarnya saya maksudkan hanyalah ketulan-ketulan ayam kecil yang rangup yang digulung dalam tortilla bersama salad dan tomato dan dimakan bersama sos. Pendek kata, semua bahan boleh dibuat dan diperolehi dengan mudah. Tortilla tu memang namanya gempak. Seb...
Banyak sangat saya terima email meminta berbagai-bagai resepi. Maaflah, saya tak dapat melayan permintaan yang banyak begitu. Lagipun saya tak mahu tertakluk kepada mana-mana permintaan. Masalahnya, setiap kali saya saya mendapat email begitu, hati saya merasa tak sedap. Teringin sangat nak membantu. Kesian pun ada tapi tidak semudah itu. Bukan senang sebenarnya nak menulis sesuatu entri berkaitan resepi dalam blog ini. Saya tak nak la sekadar menulis bahan-bahan d...
Nampak tak hitam-hitam kat serunding kelapa saya tu? Haa.. ni la yang nak mengadu ni. Kamera saya dah mula meragam. Mode semua dah tak boleh ubah. Barang elektronik sekarang ni, cukup dua tahun je mesti jahanam. Dua tahun sekali mesti nak duit. Serunding kelapa saya yang jadi mangsa. Sebenarnya serunding kelapa saya ni hangit. Bukan la sebab kamera pun tapi saya tetap nak salahkan kamera jugak. Terkial-kial nak setting kamera, hinggakan hangit serunding saya. Ingatkan nak keringkan sikit lag...
Sejak saya membangunkan blog ini, saya telah mengutarakan satu kaedah memasak yang mungkin belum pernah diketengahkan oleh chef-chef yang lain. Satu kaedah yang melangkaui akal fikiran waras yang tak dapat dijelaskan secara saintifik sehinggakan sewaktu menumis bawang dan halia, satu rumah sudah tahu saya akan menyediakan sambal sardin melalui baunya sedangkan tin sardin pun belum dibuka. Allah berkuasa melakukan apa-apa sahaja dengan cara yang tidak kita sangka.
Sekali-sekala kena juga buat masakan yang leceh sikit. Nak kata leceh sangat tu tak de la sebab boleh beli je rempah beriani merah kat kedai mamak. Tak pernah dengar pasal beriani merah? Rempah beriani merah pun tak pernah jumpa? Mari saya tunjukkan Resepi Ayam Beriani Merah dengan membuat sendiri rempah beriani. Khas untuk sesiapa yang tak pernah jumpa resepi beriani merah di pasaran. Mana la tau suatu hari nanti anda boleh jadi pengeluar rempah beriani merah.
Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.
Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln...
Jika kita perhatikan, mi kari yang dijual di gerai-gerai, restoran mahupun pasar malam, kita akan dapati ia terlalu kosong. Jika harganya dibawah RM2, mungkin masih berbaloi. Tapi jika harganya melebihi sekitar RM4 dengan mi seciput, tulang ayam seketul dua sebesar ibu jari dan sedikit sayur sawi, ia adalah sangat tidak memadai. Ini baru dinamakan mengambil keuntungan berlebihan. Sebagai usahawan, keuntungan diperolehi berkadar terus dengan bilangan mangkuk mi kari yang dijual. Jika jualan se...
Beberapa aduan yang saya terima mengatakan borang ebook percuma yang saya sediakan gagal berfungsi dengan baik. Ada yang tersangkut ditengah jalan. Walaupun pendaftaran berjaya, tetapi tiada link download yang keluar. Dah sebulan saya mencari kaedah alternatif agar anda dapat download ebook percuma saya dengan jayanya. Kini baru berjumpa. Bagi yang masih belum memperolehi ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 2 yang saya berikan percuma atau yang cuba me...
Saya rasa, begedil memang tak akan menjadi masalah kepada sesiapa sahaja. Terlalu senang membuatnya. Pada asasnya, begedil hanya kentang rebus yang dilecek, dibentuk kemudian digoreng. Kemudian, untuk rasa yang lebih sedap, baru ditambah berbagai bahan terdiri dari protin dan sayur-sayuran. Begedil juga disalut dengan telur supaya bentuknya kekal dan tidak pecah sewaktu digoreng. Resepi dibawah adalah asas untuk begedil yang mudah dan sedap manakala di ruangan tip masakan, saya kana menerangk...
Sebagai pengajar dalam bidang masakan, saya amat menitikberatkan faktor keselamatan ketika didapur. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pelajar yang rata-ratanya masih dibawah umur dan semestinya belum matang dalam membuat keputusan.
Adalah sesuatu yang amat menakutkan sekiranya sesuatu terjadi kepada pelajar saya kerana saya yang bertanggungjawab dalam segala hal. Ruang dapur adalah tempat yang berisiko menghadapi kemalangan oleh itu ruang dapur mesti kemas, teratur dan dilengkapi de...
Dalam seminggu ni, saya rasa sibuk sangat hinggakan nak update blog pun susah. Aktiviti ditempat kerja semakin bertambah berikutan majlis yang akan diadakan hujung minggu ni. Tempahan kek yang saya terima juga lebih banyak dari biasa. Mungkin kerana cuti hari buruh jadi masing-masing ingin membawa pulang kek untuk keluarga. Sekarang ni saya sedang membuat kek tiramisu kecil sebanyak 75 biji. Penuh peti ais saya dengan keju 4 kg yang akan saya gunakan nanti. Harap entri Pocket Chapati kali ini...
Dulu pernah saya bercerita mengenai kenapa kek yang dibuat sendiri tak seperti kek yang dijual di kedai. Ramai juga yang mengakui untuk membuat sesuatu masakan perlu resepi dan panduan yang lengkap supaya kita tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Contohnya seperti taufu fa yang saya buat ini. Saya memang tiada pengalaman membuat taufu fa. Hanya melihat sahaja pengusaha taufu fa cina membuatnya di premis mereka. Macam senang je, jadi saya pun cuba la juga tanpa panduan yang leng...
Dah lama saya post entri mengenai video teknik menganyam ketupat. Ada 3 kesemuanya iaitu video teknik anyaman ketupat bawang, video teknik anyaman ketupat pasar dan video teknik anyaman ketupat jantung. Kini bulan puasa dan hari raya semakin hampir menjelma semula. Saya harap anda semua telahpun mahir menganyam ketupat dan bolehlah diajarkan kepada anak cucu anda pada bulan Ramadhan tahun ini.
Mungkin masih ada lagi yang masih terkial-kial menganyam ketupat. Saya faham. Mempelajari seni dan wa...
Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masa...
Orang melayu memang suka makanan yang manis-manis. Kuih muih mereka juga kebanyakkannya manis. Kuih seperti kasturi,kuih lapis adalah contoh kuih-muih tradisional melayu yang manis. Tapi kuih deram yang nak saya ceritakan pada kali ini adalah kuih yang manis tahap melampau. Nama-nama lain yang saya pernah dengar adalah kuih penderam dan telinga keling. Nama-nama lain saya tak pasti. Kalau anda pernah dengar nama lain untuk kuih ini, boleh la dikongsikan dalam kotak komen. Kuih deram banyak di...
Saya baru pulang dari kampung 2 hari yang lepas. Di kampung, faham-faham sendiri la. Talian internet memang slow sampaikan nak update blog pun rasa malas. Elok-elok dah ada idea, bila tunggu website nak loading je terus hilang semua. Selepas selesai semua urusan di kampung baru saya, terus balik semula ke bandar. Rindu pulak rasanya nak berblog. Kepada yang menunggu update blog ini melalui email, minta maaf banyak-banyak. Kepada yang belum mendaftar untuk menerima update blog ini melalui emai...
Suatu masa dahulu, sangat susah nak mendapatkan herba barat. Pada masa itu, cuma ada herba barat dalam botol keluaran Mc Cormick je. Sebotol melebihi RM10. Kemudian keluar beberapa jenama lain menyaingi Mc Cormick seperti Master Food tapi harganya masih lagi mahal. Kemudian saya dapati harga herba barat lebih kurang RM8 sahaja sebotol. Mungkin kerana ia lebih mudah didapati dan kehadiran pelbagai jenama. Pada masa itu, saya terpaksa mendapatkan bekalan herba barat terus dari pengimportnya tet...
Sebelum bercerita mengenai Labu Manis Masak Lemak, ada baiknya saya berceloteh mengenai sesuatu yang bekhasiat dulu. Saya tertarik dengan pelbagai rempah dan herba barat yang dijual di negara kita dijual dalam botol yang menarik dan eksklusif. Secara dasarnya herba-herba barat seperti daun bay, rosmary, thyme dan lain-lain hanya sekadar daun-daun kering sahaja. Negara kita juga terdapat banyak herba-herba masakan yang unik dan boleh dikomersialkan. Daun kari, daun kunyit, daun limau purut da...
Satu lagi masakan barat yang popular di Malaysia adalah lasagna. Asalnya lasagna adalah hidangan yang terbit dari kombinasi hidangan-hidangan barat yang lain. Kini terdapat berbagai jenis lasagna dengan berbagai citarasa yang menggabungkan menu masakan barat dengan masakan Malaysia. Ciri utama lasagna adalah, hidangan ini disusun berlapis-lapis dan berselang seli di antara pasta dan sos kemudian diakhiri dengan keju kemudian dibakar sehingga keperangan.
Masyarakat barat ni kalau makan, mereka mesti bahukan makanan yang seimbang. Kalau dalam sepinggan hidangan utama tu mesti ada karbohidrat, protin dan sayur. Mereka juga mahukan pembuka selera, sup dan pencuci mulut setiap kali menjamu selera. Kiranya anda mahu membangunkan sebuah empayar perniagaan masakan barat, anda mesti menghidangkan semua kategori hidangan ini barulah restoran anda boleh dikatakan sebagai restoran yang berprestij.
Dibawah ini saya sediakan resepi salad buah-buahan yang...
Masih terasa betapa segarnya menikmati kerabu betik ini. Sewaktu berada di kampung, saya dapati pokok betik yang tumbuh meliar menghasilkan banyak buah. Saya mula terfikir satu jenis kerabu yang amat mudah disediakan. Jika dibandar, betik yang dijual terlalu muda sehinggakan rasa kerabu betik menjadi kurang menyelerakan malah warnanya juga kurang menarik. Kini saya boleh pilih sendiri betik yang terbaik untuk resepi kerabu betik ini. Seronoknya tinggal di kampung. Resepi kerabu betik ini adala...
Ini bukan ayam madu bakar yang popular tu tetapi resepi ayam madu mamak yang hanya dijual di restoran mamak tertentu sahaja. Sekarang ni mamak lebih suka menyediakan ayam masak merah yang dah banyak diresapi ciri-ciri kemelayuan. Kenduri kahwin selalunya ada ayam masak merah tapi belum pernah saya jumpa yang menghidangkan ayam madu.
Suatu ketika dahulu, ayah saya makan di restoran mamak di Kuala Lumpur dan memilih ayam madu sebagai menu tengah harinya. Sangkaannya ayam masak merah. Sewaktu ma...
Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin...
Masakan orang barat ni memang bermacam-macam jenis. Walaupun bahan dan rupanya lebih kurang sama tapi orang barat tetap memanggilnya dengan nama lain. Pada saya, kek, cupcakes, muffin, shortcakes semuanya sama je la. Kalau diberi rasa kepada orang-orang yang tak benar-benar memahami masakan barat, sudah tentu mereka mengatakan cupcake ni tak jadi sedangkan mereka sedang makan muffin. Itu sebabnya saya pilih orang juga jika nak beri rasa masakan saya. Kalau bagi juga, ...
Saya memang penggemar cendawan terutama cendawan tekukur dan cendawan busut tetapi sekarang ni mana la nak cari cendawan macam tu. Dulu boleh juga cari cendawan tekukur kat batang getah mati dalam kebun. Bila batang getah pun dah dikomersialkan menjadi perabot dan harganya pun semakin tinggi, dah tak jumpa lagi batang getah untuk cendawan tekukur membiak. Yang ada cuma cendawan yang ditanam diladang dan di Malaysia yang paling banyak dan murah hanyalah cendawan tiram. Ayah saya kata, cendawan...
Rasa lengang persekitaran rumah saya. Semuanya dah pulang kekampung sempena cuti persekolahan panjang. Hanya tinggal jiran-jiran india yang menyambut Deepavali di bandar. Saya tak dapat pulang ke kampung kerana SPM masih belum tamat lagi. Risau jugak kalau banjir menghalang laluan. Tak pasal-pasal ramai calon SPM kena kuarantin. Nasib baik cuti Deepavali dan Maal Hijrah sekarang ni serentak dengan berlangsungnya Popular Mega Bookfair iaitu pameran buku terunggul di Johor. Ada la jugak aktivit...
Tajuk entri tu bukan sejenis makanan ye. Jangan pulak ada yang tanya berapa cawan Ben Ashaari yang diperlukan untuk sepinggan blog list. Entri ini bertujuan untuk menyelitkan diri dalam blog list Ben Ashaari yang sedang dirombak sekarang ni. Kebetulan kategori Masakan dalam blog list Ben Ashaari sangat bersesuaian dengan Blog Resepi Masakan Barat Komersial ni. Nanti senang la saya selongkar blog-blog masakan dari chef-chef terkenal dalam blog list tu.
Dah berkali-kali saya katakan, resepi percuma hanya untuk orang yang bersungguh-sungguh untuk memasak, untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga dan berniaga. Tapi setiap kali itu juga saya terberi kepada individu yang salah. Sebelum dapat, berbagai-bagai alasan yang diberikan sehinggakan sanggup bayar berapa sahaja untuk mendapatkan resepi komersial saya sedangkan resepi itu hanya diberikan percuma untuk individu yang akan menggunakannya dengan betul sahaja.
Sambal belacan, budu , cencalok, papadom, kicap, sos atau ais kosong antara hidangan kecil atau penambah selera yang berkos kecil. Usahawan makanan tak perlu berkira sangat dengan hidangan seperti ini. Memang, walaupun kecil, ia masih lagi mempunyai kos tetapi kalau setakat secubit sambal belacan takkan nak ambil kira juga. Anggap sahaja ia sebagai hadiah kepada pelanggan. Banyak lagi hidangan lain yang memberikan anda keuntungan. Secubit sambal belacan mungkin mempunyai kos sebanyak 3 sen. A...
Sekarang ni saya sedang berkursus di Johor Bahru. Minggu depan pulak berkursus ke Kuala Lumpur. Surat panggilan dan dapat. Kursus di Kuala Lumpur yang ditangguhkan sebelum cuti sekolah yang lalu pulak belum panggil-panggil lagi sampai sekarang. Silap-silap bersambung dengan kursus minggu depan. Boleh pengsan dibuatnya. Kalau dapat nak pilih salah satu je. Kesian kat pelajar-pelajar saya. Banyak lagi masakan yang perlu mereka belajar. Takut tak sempat pulak nak habiskan kursus masakan mereka.
Salad dalam Masakan Barat di klasifikasikan kepada dua kategori. Pertama, simple salad dan kedua, mixed salad. Simple salad tu tak payah cerita la. Hanya menggunakan satu jenis bahan sahaja sebelum dihidangkan bersama dressing yang sesuai. Caesar salad termasuk dalam mixed salad. Contoh-contoh lain adalah seperti waldorf salad, yunani salad. Kaedahnya masih lagi sama. Yang membezakannya hanya bahan yang digunakan untuk digaulkan bersama dressing. Mari belajar caesar salad dulu kerana ia ada ...
Biasanya kalau membeli-belah di hyper market, kami sekeluarga akan ke medan selera dan biasanya hidangan mi akan menjadi pilihan. Tetapi sekarang, kami sangat jarang menikmati mi disana lagi memandangkan kualiti hidangan mereka semakin lama semakin berkurang. Begitu juga dengan kuantitinya. Hanya harga yang semakin bertambah. Itu yang membuatkan saya frust sangat. Kalau dulu banyak jenis sayur yang diguna, kemudian cuma tinggal sawi dan kini sawi dah diganti dengan kobis. Untuk memenuhi seler...
Tak sangka pula tahun ni, tempahan ibadah qurban secara online yang saya terima, semuanya datang dari kaum hawa. Mana la peginya kaum adam ni ye. Mungkin ekonomi wanita lebih kukuh kot. Sesuai dengan tema Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, “Wanita Pencetus Ekonomi Baru.” PM kita pun dah mengakui peranan wanita sebagai modal insan, pemacu ekonomi dan rakan transformasi dilihat sebagai aset penting kepada negara. Namun tanggungjawab sebagai wanita dan isteri tak boleh diabaikan. W...
Sebelum cuti sekolah, memang saya tak cukup tangan menyiapkan tempahan kek. Tarikh hari ibu, hari guru yang hampir menyebabkan tempahan kek meningkat sedangkan masa untuk saya membuat kek terlalu sedikit. Tambahan pula tempahan kek harijadi juga banyak pada minggu tersebut. Nak tak nak saya buat juga tetapi saya utamakan kek tanpa hiasan dahulu atau pun kek dengan hiasan yang ringkas. Kemudian apabila menghampiri minggu cuti sekolah, ramai la pula yang ingin menempah kek untuk dibawa pulang k...
Dalam kesibukan berkursus, mengadap pelbagai peralatan dapur, memasak berbagai jenis hidangan sehari, terasa rindu pula kepada blog saya. Mana tahan memasak tanpa henti, pagi petang siang malam. Daripada semudah-mudah masakan sehinggalah kepada masakan-masakan yang lebih kompleks. Telur mata lembu dan telur rebus setengah masak pun nak uji juga. Alahai, sabo je la. Jadi ada masa terluang sikit, saya ingin kongsikan resepi sardin gulung ataupun omputeh panggil sardine roll. Niat sebenar entri ...
Saya tak tahu adakah benar resepi mi ini berasal dari Hong Kong. Yang saya tahu mi ini dihidangkan di kebanyakkan restoran masakan thai di seluruh Malaysia. Saya suka mi ini kerana, mi ini mengandungi banyak sayur-sayuran selain dari rasa kuahnya yang tidak terlalu bercampur aduk dengan perasa lain. Selain itu, mi ini mempunyai rasa rangup apabila dihidangkan panas-panas dan telurnya mampu menyerap kuah dengan sangat baik. Kenapa saya katakan begini? Beleklah resepi dibawah i...
Masak telur pun nak belajar ke? Ya! Telur adalah antara bahan yang terpenting dalam masakan dan digunakan secara meluas dalam kebanyakkan hidangan. Ia juga adalah hidangan sarapan yang paling popular dalam masakan barat kerana penyediaannya yang ringkas, cepat serta berkhasiat. Malah telur juga dianggap pelengkap kepada hidangan seharian daripada sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui sifat-sifat telur untuk menghasilkan hidangan baru dan berp...
Kalau kuah lodeh je, mesti ketupat. Kalau ketupat je mesti raya. Kuah lodeh tak sepatutnya hanya dihidangkan sewaktu hari raya sahaja kerana ia adalah hidangan yang sangat berkhasiat. Penuh dengan berbagai sayur-sayuran. Pilih je sayuran mana yang kita suka kebanyakkannya sesuai sangat dengan lodeh. Jangan tunggu hari raya je baru nak masak lodeh. Jangan tunggu kenduri masak lontong je baru nak merasa makan lodeh. Mari kita buat lodeh seringkas dan semudah mungkin supaya kita boleh lebih kera...
Ini adalah entri sambungan mengenai telur yang lalu. Kali ini saya ingin kongsikan cara dan teknik memasak telur yang betul.
Boiled Egg (Telur Rebus) Terbahagi kepada 3 jenis iaitu soft boiled, medium boiled dan hard boiled. Cara merebus telur
Didihkan air yang banyak, cukup untuk menenggelamkan keseluruhan telur. Tambahkan sedikit cuka untuk mengelakkan telur pecah atau retak sewaktu direbus.
Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih perlahan baru dimasuk...
Kecewa rasanya bila ada insan yang tak bertanggung jawab menyiarkan link download berserta passwordnya didalam blog menyebabkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan ebook-ebook saya dengan mudah dan percuma. Terasa bagaikan keringat saya diperah sampai kering. Saya tak tahulah apa tujuan dia sebenarnya. Sama ada sengaja atau tak sengaja dia tetap telah mencabuli hak saya dan merampas hakcipta saya.
Ramai yang tak tahu sebenarnya saya telah menghabiskan banyak masa dan belanja untuk menghasilkan eb...
"Ayam goreng kunyit pun nak cerita ke? Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan je la." Itu resepi masakan kampung. Memang kegemaran saya sewaktu kanak-kanak kerana pada masa itu tepung campuran ayam goreng segera masih belum wujud lagi. Bukan ayam goreng kunyit itu yang saya nak ceritakan tetapi resepi ayam goreng kunyit yang popular di restoran dan gerai-gerai masakan Thai. Dimana ada tomyam, pasti ada ayam goreng kunyit ini. Hidang ini menjadi pilihan saya kali ini kerana ia ...
Pertama kali saya merasai ikan masak tiga rasa ni lebih dua puluh tahun yang lalu. Pada masa itu, saya tercari-cari apakah tiga rasa yang terdapat pada resepi ini. Adakah manis, masin dan masam? Apa bezanya dengan ikan masam manis? Adakah ikan masam manis tak ada rasa masin? Mungkin pedas dan bukannya masin? Bagaimanapun, saya menggemarikan masakan ini kerana ikannya. Perasaan sewaktu mengunyah kegaringan ikan ini memang susah nak diucapkan. Untuk resepi ini, saya menggunakan ikan talapia hita...
Kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi jenis sos masakan barat yang popular tapi tak ramai yang mengetahui namanya. Sos hollandaise adalah sos berasaskan mentega dan sangat sesuai dihidangkan bersama-sama ikan atau sayur-sayuran. Sos ini menggunakan telur kuning sebagai bahan pemekat. Teknik membuatnya mudah saja tapi tak semudah membuat sos black paper, brown sauce dan sos cendawan yang terdapat dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial tulisan saya. Sos sebegini mengandu...
Dah 5 hari saya tak update blog Resepi Masakan Barat Komersial dengan resepi-resepi yang sesuai anda gunakan untuk restoran dan gerai makanan anda. Maaflah kerana beberapa hari ni fikiran sedikit bercelaru dengan masalah kereta saya yang dah bertahun-tahun tak selesai. Saya memberikan kereta itu untuk seorang sahabat saya. Malangnya sehingga sekarang, kereta itu masih diatas nama saya. Saya cuma minta ditukarkan atas nama dia. Saya tak minta bayaran. Saya tak minta apa-apa. Tapi dia langsung ...
Resepi Potato Wages ni senang je. Kenapa susah-susah nak buat potato wages. Kat pasaraya ada banyak produk sejukbeku. Cuma perlu goreng sekejap je. Terus boleh hidang bersama produk masakan barat anda. Sengaja hari ni menulis artikel yang senang kerana tujuan utamanya adalah untuk membincangkan sikap sesetengah usahawan kita yang masih lagi bergantung harap pada produk makanan segera. Jadi, baca celoteh saya ni dulu. Jangan hanya kejar resepi je. Mungkin ada sedikit ilmu yang berguna yang bol...
Saya berhasrat untuk memaparkan resepi-resepi masakanmelayu berempah yang mudah dan ringkas. Resepi ini sesuai untuk perayaan atau keraian seperti hari raya Aidil Fitri atau majlis perkahwinan. Rasanya cuma kerutup sahaja yang masih menunggu giliran. Resepi lain seperti kari, rendang, kuzi, opor dan lain-lain semuanya sudah. Kali ini Resepi Kurma Ayam 70-an mengambil giliran. Seperti biasa, resepi saya tidak menggunakan rempah segera seolah-olah berada di tahun 70-an. Saya lebih selesa mengi...
Hari ini baru terasa tenang sikit. Tapi saya belum bersedia lagi untuk bercerita apa yang disibukkan sangat. Tengah trauma lagi ni. Baik kita cerita pasal opor ayam je. Saya tak dapat nak terangkan apa ciri-ciri opor ayam. Apa yang saya tahu rasanya memang sedap, manis dan pedas. Kalau ada sesiapa yang mahir dengan masakan berempah begini, tolonglah ceritakan apa bezanya opor, kuzi, kerutup dan lain-lain. Kalau kari atau beriani mungkin kita dah biasa sebab hidangan ini memang dah popular di ...
Diam tak diam, kita telah pun meninggalkan tahun 2010. Suka atau tidak, kita harus menempuh tahun 2011. Dah banyak yang saya tempuhi pada 2010. Suka duka semuanya bercampur-campur. Dah bermacam-macam ilmu yang saya pelajari malangnya cuma ilmu yang saya minati sahaja yang dapat saya ingati. Begitu juga dengan blog ini. Sedikit demi sedikit saya mulai memahami mengenai blog. Saya semakin sedar tujuan saya membangunkan blog ini. Saya juga gembira bila blog saya dapat memberikan manfaat kepada o...
Menggunakan buah-buah dalam pembuatan sos untuk digandingkan hidangan berkonsepkan gorengan rangup bukan sesuatu yang baru. Pertama sekali saya mengenali sos dari buah-buahan sitrus ini adalah melalui masakan cina. Mereka memang menggemari sos yang masam dan manis. Kemudian barulah saya mencuba citarasa masakan thai dan barat. kebanyakkannya hampir sama cuma bahan yang menjadi trademark mereka yang berbeza. Cina dengan minyak bijannya, thai dengan sos ikannya dan barat dengan herba masakan ba...
Hidup dibandar ni segala-galanya kena beli. Bahan-bahan yang suatu ketika dahulu kita tak pandang, sekarang dah tinggi harganya. Dulu kita boleh nampak jantung pisang tergolek je kat pangkal pokok pisang, sekarang cuma nampak di pasar dengan tanda harga. Setiap hari saya nampak lori pisang di jalan raya tapi jantung pisang di pasar tak de pulak sebanyak tu. Waktu teringin memang susah sangat saya nak dapat apa yang saya nak. Jantung pisang untuk Masak Lemak Jantung Pisang ni pun kebas kat sua...
Mengikat ayam dipanggil trussing dalam masakan barat. Ayam diikat sebelum dipanggang atau dibakar supaya ayam masak lebih sekata. Setelah diikat, bentuk ayam menjadi padat dan bulat. Oleh itu ayam mendapat pemanasan yang menyeluruh dan seimbang. Kedua, supaya bentuk ayam lebih menarik. Ini termasuklah tidak mencapah dan tidak senget kedudukan peha dan kepaknya. Ayam Panggang Pengantin akan lebih menarik.
Saya telah membuat video cara-cara mengikat ayam atau trussing ni. Tali yang digunakan m...
Suatu ketika dahulu saya pernah kata, daripada menjual pisang lebih baik menjual pisang goreng. Daripada jual ubi, lebih baik jual kerepek ubi. Inilah yang dimaksudkan dengan memberikan tambah nilai kepada produk sedia ada anda. Tak faham lagi? Macam ni la. Tak lama lagi kita nak berpuasa. Pasti ada anak muda yang berniat untuk menjual daun ketupat. Apa kata sambil-sambil menjual daun ketupat tu, anda jual juga kelongsong ketupat siap. Kalau tak pandai anyam, minta la sesiapa ajarkan cara men...
Dalam masakan barat pun ada makanan yang kita panggil lempeng. Saya sebenarnya malas nak sebut lempeng sebab bila anda tau je, minat anda untuk mencuba terus luntur. Tapi saya tak kisah. Saya ada tujuan tersendiri. Walaupun hidangan barat ini cuma lempeng tetapi masyarakat barat telah berjaya meningkatkan taraf makanan ini ke tahap yang setara dengan makanan-makanan barat yang lain. Sama seperti capati dan tossei dalam masakan india, crepe juga dikenali di seluruh dunia. Sekarang ni pun saya ...
Sewaktu majlis perkahwinan adik baru-baru ini, 2 ekor lembu telah ditumbangkan. Saya, dengan kerjasama ayah saya telah menyelamatkan 1 ekor lembu daripada dikendurikan. Bukan seekor lembu tapi hanya ekor lembu sahaja. Suami saya memang gemarkan sup ekor. Setelah sebulan tersimpan dalam peti ais, baru kini berpeluang memasaknya. Hidangan yang paling sesuai tentunya sup ekor kerana hidangan berkuah begini membolehkan semua khasiat dari ekor lembu dikeluarkan. Pada kali ini saya akan memasak sel...
Selamat datang semua. Blog ini diwujudkan agar saya dapat berkongsi pengalaman, resepi dan sebagainya berkaitan masakan barat khususnya masakan barat komersial. Saya akan ceritakan sedikit demi sedikit segala apa yang saya tahu memandangkan untuk menceritakan segala-galanya pasti memerlukan masa yang panjang. Saya juga meminta jasa baik anda semua untuk memberikan sebarang komen dan pandangan untuk saya memperbaiki laman ini. Sekian
Assalamualaikum dan selamat kembali kepada pembaca semua yang baru pulang dari berhari raya di kampung. Sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Moga anda terus mengikuti perkembangan Blog Resepi Masakan Barat Komersial ini. Sekarang ni nak berehat sikit. Beri peluang saya tarik nafas sebelum entri-entri resepi best yang lain menyusul.
3 Syawal saya dah kembali ke bandar untuk menyiapkan tempahan kek pengantin. Memang tak boleh nak tolak. Maaflah kepada saudara-mara...
Mungkin orang yang mempopularkan hidangan ini bernama Pakcik Hash Brown. Masyarakat barat mengenalinya dengan nama potato pancake. Kalau diterjemahkan jadilah lempeng kentang. Nampaknya nama hash brown lebih popular. Secara asasnya, hash brown adalah kentang semata-mata. Cuma kaedahnya sedikit unik kerana ia menggunakan sifat-sifat kentang yang berkanji untuk menjadikan bentuk dan rasanya lebih menarik. Kaedah ini hampir serupa dengan kaedah cakar ayam cuma cakar. Keropok yang dibuat dari pul...
Agak mengujakan untuk saya mengumumkan, saya telah menyiapkan sebuah lagi ebook yang amat berguna untuk anda semua miliki. Seperti biasa saya hanya menulis resepi yang paling sesuai untuk berniaga. Walaubagaimanapun, jika anda gunakan untuk keluarga, ebook ini juga amat berguna kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan anda.
Ebook ini mengandungi resepi kek kukus buah-buahan yang sejak dulu lagi menjadi produk popular dipasaraya dan hypermarket. Jika anda selidiki, kek k...
Beberapa hari lepas, tiba-tiba je rasa nak makan sesuatu yang manis. Pada waktu petang yang boring, tiada tempahan kek yang perlu disiapkan, maka terfikirlah saya untuk membuat biskut yang dah terlalu banyak kali saya buat. Sejenis biskut yang mudah dan boleh saya pelbagaikan rasanya mengikut apa-apa bahan yang terdapat di rumah pada ketika itu asalkan bahan-bahan asasnya ada. Biskut ini adalah biskut yang selalu dihidangkan oleh masyarakat barat sewaktu minum petang. Mereka biasanya menghida...
Saya sangat suka memaparkan makanan dan hidangan yang telah popular dan ramai penggemarnya. Mereka sanggup membeli dan membeli lagi walaupun makanan itu bukan susah sangat nak buat. Biasanya kita tak terfikirpun bahan-bahan yang digunakannya sedangkan semuanya ada disekeliling kita. Kali ini saya paparkan resepi papadom iaitu sejenis keropok yang popular dalam masakan India. Malah papadom ini juga popular seluruh dunia memandangkan kaum India terdapat hampir diseluruh dunia yang dihuni manusi...
Tidak dinafikan, menghias makanan memang sangat penting untuk menjadikan hidangan lebih menarik sekaligus dapat meningkatkan selera pemakannya. Sebelum merasa makanan, tentu kita perlu melihatnya dahulu, jadi menghias makanan juga boleh menjadi tarikan pertama untuk menikmatinya. Pendek kata, jika diletakkan dua hidangan yang sama, satu dihias cantik dan satu tidak dihias, sudah tentu anda akan memilih hidangan yang dihias. Fakta ini betul sekiranya tidak melibatkan faktor seterusnya yang aka...
Sarapan di negara Eropah termasuk Perancis atau Itali biasanya ringkas dan masa sarapan pendek sahaja. Biasanya hanya secawan kopi atau teh dengan sedikit pastri. Segelas kecil jus buah-buahan juga memadai. Ini kerana mereka makan malam hanya selepas pukul 8 malam dan disana waktu ini sudah dianggap lewat. Berbanding dengan orang Amerika, mereka makan lebih awal jadi apabila paginya mereka akan terlalu lapar dan memerlukansarapan yang lebih banyak. Dari sinilah munculnya perkataan ‘breakfas...
Terdapat 2 sos asas putih iaitu sos bechamel dan sos veloute. Untuk entri ini, saya hanya bercerita mengenai sos bechamel sahaja. Ia dikatakan sos asas kerana daripada sos ini kita dapat menghasilkan berbagai sos yang lain seperti sos parsley dan sos krim dengan menambah sedikit bahan tertentu. Bahan asas sos ini adalah susu dan menggunakan roux sebagai pemekat. Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, saya tidak menggunakan roux kerana terdapat cara yang lebih senang, cepat dan menjimat...
Seperti orang lain, saya juga sering membeli majalah-majalah yang memuatkan berbagai-bagai resepi. Resepi-resepi ini bukan sahaja untuk saya cuba, tetapi lebih kepada untuk dikaji seterusnya meningkatkan lagi ilmu didada. Walaubagaimanapun bukan semua resepi saya cuba. Kalau nak cuba semua resepi, melingkup la saya. Saya ada cara saya sendiri untuk menilai keupayaan resepi-resepi yang saya baca. Kaedah ini saya pun tak tahu bagaimana nak berkongsi dengan anda semua kerana ia banyak mengguna...
Hidangan tempatan seperti lontong dan kuah lodeh ni tak sepatutnya disajikan hanya pada hari raya. Lodeh ni pada dasarnya adalah beraneka sayur-sayuran yang dimasak lemak. Jadi tiada sebab untuk tidak dimasak selalu. Ia sangat sesuai dimakan bersama nasi. Mungkin penggunaan berbagai jenis sayur-sayuran agak menyukarkan. Bagaimanapun, kita mempunyai pilihan sendiri. Apabila kita sendiri yang menyediakan hidangan, kita boleh melakukan mengikut citarasa sendiri bergantung kepada kemampuan sendir...
Agak lama juga saya tak paparkan gambar-gambar kek yang saya buat. Sibuk menumpu kepada masakan ayam je. Bila selesai Resepi Kerutup Ayam Timur, barulah rasa lega sikit. Macam dah selesai satu modul rasanya. Boleh la saya paparkan gambar kek dua tiga entri mendatang.
Kuih tradisional Melayu ini bukan sahaja menjadi kegemaran warga emas malah warga muda juga sangat menggemarinya. Sebab itulah kuih ketayap atau dadar manis ni tetap bertahan sehingga ke hari ini. Kuih ini juga banyak dijual di gerai-gerai kerana cara kaedah penyediaannya yang mudah, kos yang kecil dan menguntungkan. Bahannya pula tidak banyak dan mudah didapati. Yang penting, kuih ketayap boleh menambahkan varasi produk jualan terutama apabila seseorang usahawan itu juga membuat kuih pau, ko...
Apa guna susah payah memasak kalau tukang makannya cuma kita seorang dua sahaja. Jadi bila kemalasan melanda, cold noodle adalah pilihan yang paling tepat. Sesuai dengan namanya, cold noodle bermaksud mi sejuk. Senang cerita mi tanpa dimasak yang orang bujang selalu panggil mi unplugged. Cold noodle tak sama dengan mi segera yang segalanya telah siap cuma tinggal dipanaskan sahaja. Mi ini terkenal dikalangan masyarakat cina dan kini jepun yang sentiasa mengejar masa. Orang Malaysia mungkin ku...
Suatu ketika dahulu, tiada rempah sup dijual dikedai. Kalau ibu saya tak rajin, masak sup hanya menggunakan rempah penumis je. Seperti sup yang saya gunakan untuk entri mi telur sup. Kalau rajin, ibu akan membuat rempah sup bunjut sendiri. Dulu, rempah-rempah ni murah je jadi kadang-kadang rempah sup bunjut ibu sampai sebesar penumbuk. Untuk berniaga, lebih baik kisar sahaja semua rempah supaya rasanya lebih kuat tanpa menggunakan rempah yang banyak. Lebih kurang anda bergantung kepada rempah...
Entri ini asalnya saya ingin paparkan sewaktu perayaan Deepavali yang baru lepas. Kuih begini memang popular dalam perayaan begini kerana ia memang hidangan asli masyarakat India. Kuih wadeh urlundu ni sama dengan resepi wadeh dhal yang pernah saya ceritakan dulu. Hanya bahan utama sahaja yang berbeza. Wadeh urlundu dibuat menggunakan kacang urlundu. Saya pun tak pasti ejaannya macam mana. Kalau ikut sebutan India, boleh tergeliat saya mengejanya. Kuih wadeh ini dikenali diseluruh dunia keran...
Malaysia Social Media 2012 akan berlangsung dari 13-17 Februari 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Berbagai acara menarik akan dijalankan pada hari itu seperti seminar, peraduan, permainan dan blog ini dengan tak malunya menyertai World Bloggers and Social Media Awards 2012. Belek-belek la apa yang ada di website Malaysia Social Media Week untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Berkenaan World Bloggers and Social Media Awards 2012 pula, sebenarnya saya rasa, blog Resepi Masakan Barat Komersial ni...
Tak perlu diperkenalkan lagi. Kentang goreng memang sangat popular di Malaysia. Makanan barat ini dijual hampir di semua restoran masakan barat terutama yang berkonsepkan francais. Malah restoran dan gerai biasa juga menjualnya memandangkan ia sangat mudah dan cepat serta mempunyai permintaan tinggi sebagai makanan ringan dan sampingan. Bagaimanapun, saya rasa, hampir semuanya menggunakan kentang goreng sejukbeku yang terdapat dipasaran kecuali syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai beratus...
Saya tahu, ramai diluar sana yang tak menggemari ikan air tawar. Malah ada yang membencinya sehinggakan nak sebut pasal ikan air tawar pun tak sudi. Bila ditanya, kenapa tak suka. Tak ramai yang boleh menjawab. Ada yang mengatakan ikan air tawar hanyir dan ramai yang kata tak sedap. Kalau nak cerita pasal makanan yang tak sedap, ada banyak lagi makanan yang tak sedap. Kalau nak kata hanyir, ada banyak lagi ikan laut yang hanyir. Bagi saya, selagi halal, saya akan makan. Sedap, makan banyak. T...
Kalau anda selalu makan di hotel-hotel berbintang, anda mungkin terfikir bahawa masakannya terlalu mementingkan rasa dan rupa. Pendek kata mereka hampir tak mementingkan kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Lain la kalau anda makan di hotel budget atau ketika hotel mengadakan promosi dan hidangan buffet dengan harga murah. Jika dihari biasa, memang anda diketuk cukup-cukup. Tak kira berapa banyak bahan yang akan mereka gunakan, wang yang diterima tetap sangat mengu...
Hidangan nasi berperisa selalunya disajikan dalam majlis-majlis keraian seperti kenduri kahwin, hari raya atau sambutan-sambutan tertentu. Ini menyebabkan ramai yang beranggapan nasi berperisa sukar dilakukan dan jarang menghidangkannya untuk keluarga dihari-hari biasa. Sebenarnya ia tidaklah terlalu sukar. Contohnya nasi hujan panas seperti ini boleh disediakan dalam beberapa minit sahaja. Bahan yang digunakan memang tidak banyak. Tiada masalah jika menyediakannya dalam kuantiti kecil dan l...
Hari ni hati saya ada tenang sikit sebab saya dapat buat cupcake hari ni. Jadi entri hari ni cuma nak bersantai, berborak-borak berisi sambil berlawak jenaka sikit. Mari kita baca dialog yang terlintas dalam fikiran saya mengenai perempuan yang tak tahu langsung memasak.
"Ada ke lelaki yang nak kat ko ni? Masak nasi pun hangit!" kata seorang wanita yang belum pernah menjadi mertua.
Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus m...
Saya tahu, mesti ramai diantara kita yang kurang berselera sewaktu sahur. Nak masak hidangan lazat waktu sahur, mesti leceh. Rasa malas pula. Tak kurang juga yang terlewat bangun sahur. Lauk berbuka pula dah habis. Mana tahan hari-hari makan telur. Jadi disini saya cadangkan satu hidangan yang sering membuka selera saya waktu sahur. Saya harap anda juga begitu. Lagipun hidangan ini boleh disimpan lama. Awal puasa, buat banyak-banyak. Letak je atas meja. Kalau sampai raya tak habis juga bole...
Susah sangat ke nak masak kari hinggakan lebih rela membeli di kedai mamak? Zaman sekarang segala jenis rempah dah tersedia. Lain la suatu masa dahulu, terpaksa giling rempah-rempah dulu baru dapat masak kari. Kini, tinggal pilih je kari apa yang anda mahukan. Nak kari dengan rasa kemelayuan ada, rasa keindiaan pun ada dan kari kecinaan pun dah ada. Gunakanlah mana-mana asalkan jangan guna perencah kari segera. Rempah kari tak pe.
Kat bawah ni ada resepi kari kental khusus untuk wanita kental...
Russian Black and White Cake ini sebenarnya saya hasilkan dari Resepi Kek Coklat Moist yang asal. Tiada ubah sedikitpun kecuali toppingnya. Sila belek page Promosi untuk ebook Kek Coklat Moist yang diberi percuma bersama Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Konsep Russian Black and White Cake ni terletak pada corak yang terhasil apabila kek dipotong. Kebetulan sahabat saya ingin berkongsi sebiji kek bersama sahabat yang lain jadi saya potong siap-siap. Dapatlah tangkap gambar bahagian ...
Saya tahu. Hari ni ramai rakyat Malaysia yang kecewa. Harap bersabar semua. Kalau tak dapat menanggung kekecewaan, saya cadangkan buka puasa nanti anda beli aiskrim. Kemudian order atau masak nasi goreng cina. Bayangkan muka Lin Dan yang anda kunyah tu. Hehehhe Sambil-sambil tu, mari kita cuba resepi sate saya ni. Khusus untuk sesiapa yang cuba berjinak-jinak dengan perniagaan sate. Tak perlu meniru-niru sate Hj Samuri atau mana-mana sate Kajang yang dah popular tu. Kalau boleh, tampilkan k...
Kalau boleh memang nak makan sayur kampung selalu tapi bila berada dibandar ni, sayur kampung sedikit sukar dicari. Hargapun lebih tinggi dari sayur biasa seperti sawi, kangkung dan bayam.
Jika di kampung, saya cuma ambil pucuk ubi bahagian hujungnya yang kuncup sahaja. Barulah lembut dan sedap. Dibandar, daun yang keras dan kasar ni pun dijual juga. Jadi cara memasaknya juga perlu diubah. Kalau untuk dimakan bersam...
Ringkas sahaja hari ini. Resepi jiga sangat mudah iaitu inti kelapa manis yang sangat popular untuk kuih-muih Malaysia. Sesuai untuk pau, kuih koci, pulut inti, pau hakka dan sebagainya. Usahawan kuih-muih akan membuat inti ini dalam kuantiti banyak untuk digunakan dalam berbagai kuih. Dengan cara ini, mereka boleh menjual berbagai kuih tetapi dapat menjimatkan masa dalam menyediakannya.
Isu makanan kita dicemari bahan haram bukan baru dinegara kita. Setiap minggu, setiap bulan pasti ada isu ini dibangkitkan dan boleh dibaca diakhbar. Sikap kita yang terlalu bergantung kepada orang asing untuk membuat makanan kita antara penyebab mengapa isu ini seolah-olah tiada kesudahan. Tidak sepatutnya kita mengharapkan mereka memahami pantang larang kita kerana mereka tak akan cuba memahaminya. Pada mereka, asalkan tiada anjing tiada babi, makanan dikira halal. Padahal, tempat mereka me...
Orang kata, tak sah sesebuah restoran tu tanpa roti canai tapi membuat roti canai tu nampak leceh dan kurang menyihatkan. Adalah lebih baik digantikan dengan chapati yang lebih senang disediakan dan lebih berkhasiat. Saya baru selesai mengajar pelajar-pelajar saya cara membuat chapati. Macam biasa, ditempat kerja hanya menggunakan kaedah biasa tanpa sentuhan komersial. Kesian kat pelajar saya, terpaksa membuat chapati yang keras, tebal dan berminyak. Gelek nipis jadi keropok, gelek tebal jad...
Ada yang memanggilnya dengan nama wadeh, pernah juga saya dengar ia dipanggil masalodeh dan ada juga yang menamakannya magelek. Saya pun tak tahu nama yang mana satu paling glamer. Yang saya tahu, saya memang suka kuih ni. Rasanya yang garing, pedas dan berempah membuatkan air liur saya meleleh setiap kali melihat kuih ini dijual di gerai-gerai. Paling saya tak boleh lupa, nikmat ketika tergigit jintan yang harum dalam kuih ini. Namun begitu tak semua peniaga kuih wadeh ini begitu mengambil b...
Hari terakhir kerja sebelum raya ni, saya kena pastikan segala yang perlu dilakukan siap sepenuhnya. Tempahan popia mini udang kering, , kek tiramisu, kek coklat moist dan lain-lain semua dah dihantar. Seronoknya dapat duit. Kelas menganyam ketupat pun dah selesai kedua-dua sesi walaupun frust sikit sebab daun ketupat saya lesap. Dah la bagi kelas percuma, keluar modal untuk beli daun ketupat. Tetiba kena kebas pulak. Sekara...
Sekali sekala bila nafsu tak dapat ditahan-tahan, saya makan juga udang walaupun tahu makanan laut seperti ini boleh membuatkan saya menggaru sepanjang minggu. Saya ikutkan juga tekak ini dengan membuat cucur udang yang saya suka. Makanan jajaan ini tidak kurang popularnya dan amat menguntungkan jika diniagakan. Memang harga udang sangat mahal terutama yang kasar. Jadi perlu tahu kaedah yang betul agar cucur udang yang dijual mendatangkan keuntungan yang setimpal. Sebelum saya ceritakan bahag...
Setiap kali membuat hidangan yang ringkas dan cepat seperti udang goreng tepung ini, saya selalu berfikiran mudah. Jangan memberatkan kepala otak memikirkan dengan secara serius agar hidangan menjadi begitu sempurna. Hanya ada beberapa perkara yang perlu diambil berat tetapi jika tahu sifat-sifat bahan yang digunakan, memang tak akan ada masalah lagi. Jika anda selongkar tip masakan komersial yang ada dalam setiap entri blog ini, anda akan lebih memahami. Sambil itu saya akan menerangkan serb...
Akhirnya setelah hampir setengah tahun menunggu, BE muncul juga akhirnya. Ingatkan Nuffnang dan melupakan terus pada Blog Resepi Masakan Barat Komersial. Syukur alhamdulillah. Sikit lagi nak merajuk kelat dan beralih arah. Dah la projek lain susah nak dapat. Orang perseorangan pun tak seberapa. Nuffnang pulak menyepikan diri. Harapkan ebook Masakan Barat Komersial je yang maintain setiap bulan. Sebagai langkah berjimat-cermat. Mari kita masak nasi lemak kukus. Kita belek dulu nasi lemak kukus...
Hari Raya kalau tak ada ketupat memang rasa tak ada makna. Kadang-kadang apabila berlaku ketupat yang dibuat tak mencukupi memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menggantikan ketupat. Semua dah maklum, zaman sekarang ni daun ketupat pun dah kena beli. RM3 pun cuma dapat dalam 50 helai. Itupun banyak yang koyak, terlalu kecil dan lain-lain. Jadi kalau beli satu ikat memang tak cukup terutama untuk keluarga saya. Tambahan pula kalau makan dengan ayam masak merah. Nyum!
Kalau buat donut, anda semua mesti inginkan donut yang lembut dan gebu. Berbanding dengan Donut Gebu Tradisional yang saya paparkan dahulu, Donut Gebu Modern juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak perbezaan diantara Donut Gebu Tradisional dan Donut Gebu Modern. Donut Gebu Modern menggunakan bahan-bahan yang lebih tinggi harganya. Bagaimanapun konsep Resepi Masakan Komersial masih di utamakan dimana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang betul-betul perlu dan penting sahaja.
Saya senyap bukan kerana sibuk shooting rancangan masakan televisyen atau sibuk ditemuramah untuk majalah. Bukan juga kerana bercuti ke Imbak Canyon menenangkan fikiran menerokai alam semulajadi.
Saya senyap kerana saya perlu senyap sebentar. Bulan Syawal pun dah habis. Dah masuk bulan baru pun, ada lagi tetamu datang beraya. Waktu begini, ilmu menghasilkan hidangan pantas, mudah dan ringkas memang sangat perlu. Kos yan...
Sebelum ni saya ada post entri resepi aiskrim coklat iaitu contoh resepi aiskrim yang mudah yang menggunakan susu sebagai bahannya. Sekarang mari kita belek resepi aiskrim mangga yang tidak menggunakan susu. Resepi ini lebih murah kerana tidak menggunakan susu, telur dan whipping cream. Anda pernah membeli aiskrim yang tidak menggunakan susu di kedai? Sekali-sekala cuba anda biarkan aiskrim tersebut cair didalam gelas. Kemudian lihat dan rasa tekstur aiskrim tu. pasti ada sesuatu yang akan an...
Boleh ke kalau kita katakan petai ni makanan untuk orang kampung? Setahu saya, harga petai sekarang ni bukan murah sangat. Tiga atau empat papan mencecah RM5 di tempat saya bergantung kepada saiz mata petai. Kalau besar-besar, segar dan rapat-rapat, lagi mahal la harganya. Dua pupuh tahun dulu mungkin la harganya hanya RM2 untuk 10 papan. Sekarang ni mana nak dapat lagi. Orang asli yang mencari petai dihutan pun dah pandai mengira. Kalau boleh nak jual mengikut bilangan mata petainya. Jadi se...
Bagi penggemar ulam-ulaman dan sayur-sayuran macam saya, bebotok atau botok-botok sering menjadi pilihan dalam jamuan bersama keluarga. Hidangan ini termasuk dalam kategori pembuka selera dimana penggunaan ikan dalam bebotok berfungsi sebagai perencah atau pemberi rasa untuk ulam-ulaman. Oleh itu, kalau makan bebotok, jangan hanya makan ikannya sahaja atau jangan merungut jika ikannya terlalu sedikit sedangkan ulam-ulaman pula banyak. Ulam-ulaman itulah yang seharusnya dimakan. Kini terdapat ...
Agak lama saya tak memaparkan apa-apa resepi. Beberapa minggu kebelakangan ni memang sangat sibuk ditempat kerja. Majlis yang diadakan perlu diselenggarakan dengan betul. Tempahan kek dan makanan perlu disiapkan mengikut masa dan pelajar-pelajar saya perlu dibimbing tanpa ada ketinggalan mana-mana bahagian dan blog perlu didiketepikan dahulu kerana ia bukan suatu kemestian. Kini minggu peperiksaan bermula, perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar saya. Wajarlah saya memaparka...
Kalau dalam kategori masakan barat, sandwich dah termasuk dalam hidangan utama kerana hidangan ini sudah lengkap semuanya termasuk karbohidrat, protin, sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi masyarakat Malaysia yang hanya akan berasa kenyang apabila memakan nasi, akan menganggap sandwich hanya sebagai makanan ringan yang berkhasiat. Bagi para usahawan pula, setiap apa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, sudah tentu boleh ditukarkan menjadi wang. Sandwich double decker banyak di hidangkan di k...
Sewaktu entri ini di publish, dah dua hari saya berada di Kuala Lumpur. Dijangka saya akan terus disini untuk beberapa hari lagi. Saya gagahkan juga untuk update blog ini agar tiada yang menyangka Blog Resepi Masakan Barat Komersial telah berkubur. Tak sangka, hanya 2 entri sahaja dalam masa sebulan yang dapat saya paparkan. Kesibukan dan berbagai masalah yang saya hadapi serta tanggungjawab saya dalam mendidik anak bangsa menyebabkan saya terpaksa mengenepikan sebentar hal-hal berkaitan blog...
Menyediakan hidangan dalam kuantiti sedikit memang jauh berbeza berbanding menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak. Ramai surirumah yang sangat hebat didapur. Hidangan yang disediakan untuk anak-anak dan suami memang lazat dan menyelerakan. Tapi bila masak untuk kenduri-kendara, sering pula meminta orang lain menyediakannya sedangkan juadah yang perlu disediakan hanya hidangan harian biasa. Kalau difikir-fikirkan, apa sangat la bezanya. Hanya perlu digandakan sahaja setiap bahan yang ...
Setiap kali memasak untuk keluarga, kita selalunya hanya mementingkan lauk-pauk sahaja. Masak sedap-sedap, makan ramai-ramai tapi selalunya terlupa untuk menyediakan desert. Entah kenapa desert selalu diketepikan. Dalam majlis perkahwinan, makan beradab dan sebagainya jarang sekali saya nampak desert. Setakat buah-buahan je. Jika diuruskan oleh syarikat katering, memang desert tak pernah dilupakan. Paling selekeh pun mesti ada bubur kacang atau bubur pulut merah. Mungkin kerana mereka memang ...
Sebelum ni saya dah bercerita mengenai sos asas putih yang pertama iaitu sos bechamel. Perbezaan yang paling ketara ialah, sos veloute menggunakan stok putih iaitu rebusan ayam, ikan, lembu atau sayuran yang jernih. Sos veloute juga tak menggunakan sebarang herba masakan barat. Kalau nak tau sos bechamel menggunakan bahan dan herba apa, sila klik Resepi Sos Bechamel | Sos Asas Putih 1. Dengan sedikit penambahan bahan, sos veloute boleh menghasilkan sos-sos lain dan yang paling popular adalah ...
Kuih gunting adalah kudap-kudapan saya sewaktu kecil. Kadang-kadang bawa ke sekolah untuk dijual kepada kawan-kawan dalam bungkusan kecil. Dapat la duit belanja sikit. Kuih gunting pada asalnya adalah kulit karipap yang kemudiannya di perasakan dengan pelbagai cara. Sekarang ni wujud berbagai jenis kuih gunting sama-ada manis, pedas, berempah atau berperisa seafood. Namanya juga turut berubah tapi saya tetap memanggilnya dengan nama kuih gunting kerana saya nampak mak menggunakan gunting untu...
Hidangan yang seimbang perlu mengandungi karbohidrat, protin dan sayur-sayuran. Protin boleh didapati dari daging seperti ayam, lembu dan sebagainya termasuk ikan dan makanan laut. Makanan yang berprotin ini biasanya mahal sedikit. Kerana itu, sekali sekala saya akan beralih kepada tauhu kerana tauhu dibuat daripada kacang soya yang juga tinggi kandungan protinnya dan banyak khasiat yang lain. Harganya pula jauh lebih murah kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan berbeza dengan makanan protin ya...
Kepada sesiapa yang masih belum dapat membezakan antara muffin dan cupcake, bolehlah mencuba resepi muffin asas yang saya sertakan dibawah ini. Adalah penting untuk tahu membezakan kedua-dua masakan barat ini supaya kita dapat menganalisa kejayaan sesuatu resepi. Ramai yang mengharapkan muffin mereka gebu, lembut dan halus sedangkan itu adalah ciri-ciri cupcake. Membuat muffin tidak begitu cerewet seperti membuat cupcake seolah-olah muffin direka untuk hidangan yang cepat dan mudah. Muffin ju...
Ada masanya sayapun sesak juga sehinggakan beraspun tinggal secawan je. Kalau nak makan kami sekeluarga memang tak cukup. Setakat beras secawan, anak bujang saya makan sorang je. Cara paling baik ialah dengan menjadikannya bubur. Tapi tak mau la bubur kosong je. Sekurang-kurangnya macam bubur McD tu pun kira orait la. Daripada secawan beras akhirnya menjadi seperiuk bubur. Dapat la kami makan tengah hari dan malam sekaligus. Kira banyak la tu. Makan bubur ni memang cepat kenyang sebab kandung...
Selepas Hari Raya, saya dijangka mengajar masakan yang menggunakan tempoyak. Jika bukan musim durian, memang susah nak mencari tempoyak. Setiap kali nak guna, berpusing-pusing satu bandar mencari bahan. Memang ada tempoyak dijual kerana di tempat saya, durian dari thailand sentiasa ada sepanjang tahun. Tapi harganya yang buat saya tak tahan. Setengah cawan sahaja pun dijual sehingga RM3.50. Saya perlukan 2 hingga 3 kilogram tempoyak. Banyak jugak belanja yang diperlukan. Jadi apabila musim dur...
Kalau dibandingkan antara cupcake dengan muffin, sudah tentulah muffin lebih mudah disediakan. Bagaimanapun cupcake lebih lembut dan gebu. Pernahkah anda cuba menyediakan muffin dengan kaedah penyediaan cupcake? Inilah yang telah saya lakukan. Hasilnya adalah seperti gambar-gambar dibawah. Daripada muffin bertukar kepada cupcake yang lembut dan gebu. Boleh cuba melalui resepi dibawah. Pastikan kaedah penyediaan diikuti dengan betul atau cupcake akan menjadi muffin semula.
Walaupun dah buat biskut bijirin nestum, stok nestum kat rumah saya masih lagi banyak. Kalau nak dijadikan minuman rasa jemu pulak. Nak gunakan untuk ayam goreng nestum, berapa banyak saja le yang digunakan. Nak buat popia nestum pulak terasa malasnya. Lagipun stok susu tepung dah habis. Jadi lebih baik saya buat nestum. Kalau tak habis pun, boleh la saya agih-agihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Boleh jugak mintak pendapat mereka. Kebetulan, bapa mertua saya nak datang. Kira ok la tu....
Pasta juga merupakan salah satu sumber karbohidrat yang utama dalam hidangan masakan barat. Sejak diperkenalkan oleh kaum cina, masyarakat barat terus menggemari pasta dan kemudiannya mengubahsuai bahan-bahan dan bentuk pasta mengukit citarasa mereka. Kalau nak cerita mengenai jenis-jenis pasta, memang panjang. Lain rupa, lain namanya. Nak sebut pun susah. Bagi orang Malaysia, semuanya dipanggil mi. Spinach pasta seperti ini boleh dibeli dengan mudah di Malaysia. Ada yang dijual dalam bentuk ...
Setengah bulan tak bekerja, bila mula bekerja semula terasa kekok pula. Harap-harap tak kena ke Kuala Lumpur lagi hujung minggu ini. Kerja di sini masih banyak lagi. Bagi peluang kat orang lain yang tak pernah pergi pulak. Tapi kalau dipanggil, saya tak akan menolak. Tak pandai betul nak menolak kerja selagi ia untuk kebaikkan pelajar-pelajar saya. Jarang sekali saya memaparkan entri kuih-kuih muih yang manis dan dimasak menggunakan kaedah kukus. Kuih jenis talam ini selalunya menjadi kegemar...
Nenong! Nenong! Tengah kritikal sekarang ni. Stok kuih raya semuanya dah abis. Boring la tak ada benda nak dikunyah sewaktu menonton sinetron. Kebetulan serunding ayam raya masih ada lagi. Perkara pertama dan terbaik yang dapat saya fikirkan adalah karipap serunding mini. Sekejap je membuatnya kalau setakat untuk sebalang sua. Kalau ada tetamu datang hujung minggu nanti, ada la jugak benda yang nak dikunyah sambil berborak. Tak de la nak makan chicken chop je semata-mata.
Bila saya kenangkan teknik membuat cakar ayam ni, saya hanya terfikir, betapa kreatifnya orang dulu-dulu menghasilkan makanan. Sekarang ni, saya belum terfikir lagi makanan lain yang menggunakan teknik seperti cakar ayam ni. Memang unik.
Jika anda ada terfikir hidangan lain menggunakan teknik yang sama seperti ini, sila beritahu saya dengan menggunakan kotak komen dibawah. Sesiapa yang menerima melalui email, klik tajuk resepi ini dah...
Terlalu banyak versi bubur lambuk di negara kita. Setiap negeri ada sahaja resepi mereka sendiri. Ada yang cair, ada yang pekat, yang keras, yang manis, masin atau pedas semuanya menggunakan konsep memasak haba lembab yang sama iaitu merebus. Tak kisah la bagaimana rasa dan rupa bubur lambuk ditempat anda atau mungkin namanya juga berbeza, yang penting saya harap anda dapat belajar sesuatu yang baru dari entri ini. Saya rasa semua orang tahu apa itu merebus. Kaedah ini tidak perlukan banyak p...
Kalau ayam goreng, saya rasa tak payah nak diajar lagi. Orang Malaysia memang suka makanan bergoreng terutama ayam. Kalau orang yang tak pernah kedapur pun dah boleh agak macam mana nak buat. Bagi saya, ayam kalau digoreng dengan garam sahaja pun dah sedap. Tak perlu rempah yang keterlaluan lagi. Nestum pula sebagai cara yang mudah untuk memberikan kerangupan. Tapi setiap sesuatu resepi mesti ada keistimewaan yang tersirat.
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Nestum ½ ekor Ayam 4 ulas Bawang Putih 3...
Mana-mana pergi sama ada pasar malam, pasar tani, expo, exibition, pasaraya, karnival, pasar minggu, pasar lambak, pasti ada sahaja usahawan yang menjual nugget, bebola, fingers dan sebagaiya. Makanan seperti ini bukan sahaja cepat dimasak, mudah didapati, malah menguntungkan. Apa yang saya kesalkan, makanan ini sepatutnya adalah sesuatu yang berkhasiat tetapi setelah dia dikomersialkan, dikeluarkan dalam kuantiti besar dan dijadikan produk sejuk beku, kualitinya semakin menurun. Makanan ini ...
Tak tahu lah apa yang sibuk sangat sehingga tak sempat nak update blog. Dah berkeping-keping resepi dan gambar saya sediakan namun selalu kesuntukan masa. Saya akan paparkan sedikit demi sedikit dalam blog ini. Kalau anda tak mahu ketinggalan resepi menarik yang akan saya paparkan, sila tinggalkan email dalam borang feedburner di sebelah kanan atas blog ini. Setiap resepi baru yang saya update dalam blog ini akan terus ke email anda. Jadi hari ini kita cuma dapat tengok gambar kek angry birds...
Pada 18/11 yang lalu, saya mendapati Zarina Hashim telah memindahkan wang kedalam akaun saya untuk ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Bagaimanapun sehingga hari ini, saya belum dihubungi kerana saya memerlukan maklumat transaksi yang dilakukan. Saya juga tidak mempunyai email atau nombor telefon Zarina Hashim untuk saya hubungi.
Saya tak pasti apa yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ini juga adalah kes pertama seperti ini yang saya terima. Jadi saya harap kepada Zarina Hashim,...
Jika muffin boleh dikatakan cupcake yang mudah dan ringkas, begitu juga dengan skon dimana skon boleh dikategorikan sebagai quickbread yang kecil. Bagaimanapun saya lebih gemar mengaitkannya dengan biskut yang ringkas. Skon popular sebagai snek masyarakat barat terutama yang berasal dari Scotland. Kalau orang yang kurang berilmu, pasti menganggap skon adalah biskut yang tak menjadi, lemau atau tak cukup syarat. Apa yang penting, skon sebenarnya makanan yang mudah dan cepat disediakan, tidak c...
Sejak dari hari raya aidilfitri yang lalu, saya teringin sangat nak buat dan makan maruku. Pada hari raya tu juga, setiap rumah yang saya singgah, tak ada pula maruku yang saya suka. Kalau ada pun cuma maruku yang banyak dijual di gerai-gerai yang wujud sepanjang tahun. Sehinggalah pada deepavali yang lalu, jiran-jiran saya memberikan maruku. Kemudian saya terfikir perbezaan antara maruku melayu dan maruku india. Nampaknya maruku india lebih menjimatkan lebih menjimatkan. Mungkin kerana merek...
Bagaimana dengan cuti Aidiladha anda? Pasti seronok dapat berehat dan bertemu sanak saudara. Sama juga seperti saya. Inilah masanya untuk saya berehat kerana selepas ini saya tidak akan berpeluang untuk berehat lagi sekurang-kurangnya untuk 4 atau 4 bulan lagi. Cuti sekolah akan tiba beberapa hari lagi tapi bukan untuk saya. Saya akan berada di KL mulai minggu depan dan berharap dapat mendalami ilmu yang diperlukan.
Serikaya juga dikenali sebagai kastard yang dikukus dalam buah labu adalah hid...
Kadang-kadang bila berpeluang bertemu kaum keluarga, memang teringin sangat makan bersama, semeja dan bermesra-mesraan. Jadi takkan nak makan biasa-biasa je. Tak kisah la jika terpaksa berbelanja lebih sikit. Bagaimanapun, untuk ayam panggang atau ayam golek ni saya cuba berjimat sehabis mungkin. Hiasan-hiasan semua tolak tepi. Dan akhir sekali gunakan apa sahaja yang ada didapur. Maka jadilah ayam golek perisa kari untuk kami makan bersama. Yang penting keseronokan meratah ayam tanpa dipot...
Jika disebut cekodok atau jemput-jemput tentu semua orang dah tau. Cekodok kentang pula ramai yang dah boleh agak. Tapi bila dengar mengenai cekodok kentang Autoreverse™ pula mungkin ramai yang belum mengatahuinya. Saya pun dah lama tak mendengar perkatan Autoreverse™ ni semenjak pita kaset hilang popularitinya dengan kemunculan cakera padat. Tapi ini bukan mengenai hiburan. Entri ini juga seluruh blog ini adalah mengenai makanan dan masakan yang diselitkan dengan ilmu perniagaan untuk ...
Waffle ni memang tak jauh sangat bezanya dengan pancake asas yang pernah saya paparkan dalam blog ini. Anda boleh bandingkan sendiri dalam entri pancake asas saya. Saya memang gemarkan waffle yang rangup diluarnya ketika panas dan gebu didalamnya. Resepi dibawah ini adalah resepi waffle yang paling mudah untuk anda cuba. Saya tak ada alat untuk memasak waffle. Kalau nak beli pun tak berbaloi untuk saya. Bukan saya nak makan waffle tiap-tiap hari. Ada juga saya belek harga mesin ini dikedai ba...
Dari dulu hingga sekarang, isu mi kuning ni memang tak habis-habis. Ada mi kuning yang tidak halal, ada yang tidak bersih, ada yang mengandungi pengawet yang banyak, ada yang menggunakan logo halal palsu dan macam macam lagi termasuklah isu baru yang akan timbul nanti. Saya lebih sukakan mi kuning buatan saya sendiri. Tanpa pengawet, jadi mi kuning buatan sendiri tak ada la mempunyai rasa yang pelik-pelik. Buat mi kari atau masakan yang menggunakan kunyit pun tak akan menyebabkan warna mi b...
Mungkin anda pernah mencuba beberapa resepi dalam blog ini. Bagi yang berjaya, sudah tentu ingin menunjukkan hasilnya dalam blog ini. Bagi yang kurang berjaya pula, mungkin ingin mengetahui kenapa boleh jadi begitu. Dalam hal ini, gambar adalah sangat penting supaya kita sama-sama dapat berbincang untuk menjadikan resepi ini lebih baik lagi. Jadi saya mengeluarkan entri ini sebagai panduan kepada semua pengunjung agar dapat berkongsi gambar-gambar mereka dalam blog ini.
Macam malas pulak hari ni menulis resepi. Sibuk sangat menggulung rokok daun untuk dijual raya ni. Masa untuk berborak lagi. Dah ada berapa jenis kuih raya yang anda sediakan? Buat ke beli?
Kalau tengok kuih raya di pasaran, memang rambang mata dibuatnya. Harganya juga berbagai-bagai. Kalau yang menggunakan majerin, dengan rasa yang sepesen je, murah je harganya. Kuih-kuih seperti ini selalunya dibuat menggunakan cetak dikilang. Adunana yang sama, cuma dipelbagaikan dengan kekacang, coklat, p...
Memang lama betul saya tak update blog. Terasa frust jugak bila tak dapat buat aktiviti yang biasanya saya buat hampir setiap hari. Maaflah kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menunggu resepi dari saya. Ada ke orang yang tunggu? Bulan April ini bermulanya hari sibuk saya. Kerja tetap seharian dah sememangnya sibuk. Ditambah pula dengan aktiviti kegemaran iaitu hobi saya yang saya jadikan sumber pendapatan sampingan.
Bulan lepas, saya menerima beberapa tempahan kek, cupcake, makanan sepe...
Tiap kali bulan puasa, memang saya sedikit sibuk. Saya rasa semua orang sibuk. Ada yang sibuk mencari duit, ada yang sibuk menyediakan persiapan hari lebaran. Masing-masing terpaksa mengubah jadual kegiatan seharian untuk aktiviti bulan puasa. Sahabat saya sorang ni pulak sibuk dengan bisnes baru dia. Singgah-singgah la tengok apa yang ada kat Galeri Cik Suri JP ni. Bila dah sibuk, habuan perut selalu diketepikan. Sampai masa, pergi bazaar ramadhan. Bagi saya, hidangan cepat, mudah dan ringka...
Seperti yang saya katakan dalam entri yang lepas, saya membeli 6 bakul durian. Separuh dah dibuat tempoyak untuk kegunaan dalam pengajaran selepas hari raya nanti. Separuh lagi saya jadikan lempuk kerana nak makan semua memang tak larat. Kebetulan ada durian yang diimport dari kampung juga baru tiba. Cara yang terbaik untuk simpan durian adalah dengan manjadikannya lempuk. Teknik ini dah lama digunakan oleh nenek moyang kita sebagai cara tradisional untuk mengawet durian.
Pernahkah anda berjumpa seseorang yang sangat kedekut ilmu? Mintak tolong ajarkan itu kena bayar, mintak ajarkan ini kena belanja makan. Alasannya, ilmu yang ada pada dia bukan senang nak dapat. Dia dulupun kena keluar modal beratus-ratus ringgit. Juga perlu habiskan masa bertahun-tahun untuk kajian sehinggalah dapat menghasilkan formula yang terbaik. Adakah anda akan berkira juga seperti ini?
Pada pendapat saya, selagi ilmu yang kita ada tidak digunakan untuk mencari rezeki, selagi itu tidak ...
Kepada yang belum mengetahui apa itu program subur, biarlah saya terangkan sedikit dahulu.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan supaya kaedah pelaksanaan program subsidi beras ST15% sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian baucar kepada golongan sasar di bawah program yang dipanggil Program “Subsidi Beras Untuk Rakyat” atau ringkasnya SUBUR. Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Disember 2009.
Semak keputusan permohonan ke Sekolah Teknik/Vokasional? Cara membuat rayuan bagi pemohonan yang tidak berjaya, Klik disini
Sebenarnya sewaktu blog ini ditulis, borang kemasukan ke sekolah menengah teknik/vokasional untuk sesi 2010 telah seminggu keluar. Sekolah menengah teknik (SMT) menawarkan kursus dalam 3 aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran manakala Sekolah menengah vokasional (SMV) menawarkan kursus dalam 2 aliran sahaja iaitu vokasional dan kemahiran sahaja. Kedua-dua SMT dan...
Hari raya Aidiladha yang lalu, saya sekeluarga berpakat dengan semua adik-beradik di kampung untuk mengorbankan seekor lembu. Ditambah seekor lagi lembu tumpang, menjadikan 2 ekor lembu dikorbankan di belakang rumah saya pada hari raya pertama. Dikawasan rumah saya di bandar pula, mengorbankan 13 ekor lembu termasuk 2 ekor lembu yang ditumpangkan dari taman perumahan berhampiran dan seekor kambing. Tapi tak dapat la saya menyertai majlis korban di bandar kerana saya berada dikampung pada ma...
Semua orang tahu, pau adalah makanan kegemaran masyarakat cina. Kebanyakkan restoran cina ada menjual pau berbagai inti. Pau segera dan sejuk beku juga banyak di pasaran. Tapi Pau Hakka susah sikit kita nak jumpa kecuali kalau kita rajin masuk restoran cina yang menyediakan kuih-kuih tradisional cina. Hakka adalah satu kaum dari bangsa cina. Pau kacang merah hakka memang berbeza dari segi rupa dan teksturnya seperti gambar yang saya sertakan. Pau ini ada sedikit garing, dan tidak terlalu geb...
Kalau kita tak mengkaji resepi dari negara lain, sampai bilapun kita akan berada di takuk lama. Maklumlah, resepi dalam bahasa malaysia yang ada dipasaran sekarang ni pun amat terhad. Hendak ke luar negara pasti memerlukan belanja yang besar. Cara yang paling sesuai hanyalah melakukan kajian melalui buku-buku resepi tulisan chef-chef antarabangsa yang kebanyakkannya berbahasa inggeris. Buku-buku terjemahan kebanyakkannya diubahsuai sedikit untuk membetulkan tatabahasa bahasa malaysia. Ini men...
Jika mengunjungi restoran thai, saya paling tak suka memesan nasi goreng pattaya. Bukan saya tak suka pada rasanya, tapi kerana saya tak boleh memilih nasi goreng apa yang saya mahu untuk dibungkuskan dengan telur. Biasanya tukang masak akan bungkuskan je apa-apa nasi goreng yang ada. Kadang-kadang saya dapat nasi goreng yang sedap, kadang-kadang dapat nasi goreng yang tak sedap langsung. Kadang-kadang warna hitam, kadang-kadang warna merah tapi selalunya dapat yang warna putih. Untuk resepi ...
Entah kenapa, saya rasa macam sedih sangat dengan Nuffnang. Rasa sunyi je dan kosong je blog ni tanpa gambar-gambar bergerak dari Nuffnang. Bukan tak ada terus cuma yang runcit-runcit je. Tapi tak mengapa. Itu bukan tujuan utama blog ini buat. Selagi saya mampu, saya akan terus memaparkan resepi-resepi menarik yang sesuai untuk anda hidangkan direstoran-restoran atau gerai-gerai makanan anda.
Kali ini saya ingin bercerita mengenai resepi nasi goreng yang paling saya menyampah. Resepi ini terla...
Chocolate cupcake atau kek cawan coklat ini saya buat khas untuk santapan tontonan birthday blog yang pertama. Walaupun cuma sebagai tontonan, jangan ingat cupcake itu palsu. CH itu bermakna blog cahayacinta.com yang akan menyambut ulangtahun yang pertama. Harap dia dapat menatap gambar chocolate cupcake yang menyelerakan itu sehingga kenyang.
Kenapa ada C.I.N.T.A. pula dalam tajuk tu? Haaaa. ini la yang saya nak cerita sikit. Bukan cinta pertama, bukan juga cinta kedua tapi cinta ketiga.
Kebanyakkan pelajar saya masih samar-samar untuk apa dia belajar. Apa yang dia tau, ibubapa hantar kesana untuk belajar jadi diapun belajar la tanpa banyak cerita. Mereka tak tahu apa yang akan mereka dapat dari apa yang dipelajari. Akhirnya mereka mensia-siakan sahaja segala yang dipelajari dengan bekerja di sektor yang tiada kena mengena dengan kemahiran mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa belajar semua kemahiran baru apabila mula berada di alam pekerjaan dan kemahiran sedia ada akhirny...
Kalau pergi ke bazaar ramadhan, ramai betul peniaga yang menjual ikan bakar. Macam-macam stail yang ada. Macam-macam rupa pun ada. Yang pastinya tak ada satupun yang murah. Ikan kembung seekor pun dan mencecah RM3. Kalau buat sendiri boleh dapat setengah kilogram.
Bahan-bahan yang diperlukan Ikan secukupnya (kembung/pari/cencaru) 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 2 cmb cili kering kisar Halia sebesar ibu jari 2 batang serai Lengkuas sebesar ibu jari Air asam jawa/jus limau kasturi 2 cmb minyak un...
Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pengunjung blog ini, para pelanggan dan bakal pelanggan saya dan sesiapa sahaja yang mungkin tersesat dan terbaca entri ini. Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas semua salah dan silap, terkurang, terkasar bahasa dan apa sahaja yang mungkin menyebabkan anda semua kecil hati, marah, benci, menyampah harap dimaafkan. Saya hanya insan biasa yang tiada kelebihan malah terlalu banyak kekurangan dal...
Inilah hidangan yang disediakan oleh salah seorang anak murid saya. Boleh tahan juga hasilnya. Rasanya pun lazat. Walaubagaimanapun kaedah yang digunakan adalah tradisional tertakluk kepada objektif pembelajaran. Terpaksalah saya membakar tulang sehingga hitam. 4 jam lamanya menunggu untuk membakar. 4 jam lagi merebus. Dalam e-book Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, 2 jam sahaja kita dah dapat menikmati hidangan ini. Rasanya lebih sedap. Masapun tak banyak terbuang. Jangan berlengah ...
Pasti anda tertanya-tanya bagaimana rupa ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat. Disini saya perlihatkan screenshot beberapa mukasurat ebook ini. Perhatikan, betapa banyaknya gambar. Ini semua untuk memastikan ebook ini mampu memberikan kefahaman optimum kepada anda. Tentu berbaloi memilikinya. Semua orang tau, gambar memberikan seribu satu makna. Namun begitu penerangan melalui tulisan juga saya utamakan.
Jika anda ada cadangan lain, sila kemukakan kepada saya. Saya sentiasa ingin memperbaik...
Pelajar dah abis exam akhir. Aktiviti pembelajaran akan bermula pada minggu depan bagi modul yang baru. Walaupun sukatan modul dah abis untuk tahun ini, bagi menampung bebanan sukatan pelajaran pada tahun depan, pelajar akan didedahkan kepada sebahagian modul yang seterusnya. Yang penting sebenarnya nak mengelakkan diaorang daripada ponteng kelas. Jadi kalau ada kelas memasak dan ujian masak sekali confirm diaorang sanggup datang sekolah.
Tetapi teringin pulak nak ajar diorang macamana nak bua...
Pizza mempunyai 3 bahagian utama iaitu roti, sos dan topping. Cuba anda ceritakan sedikit apa yang menariknya pada pizza. Apa bezanya pizza dengan burger? Kalau saya gunakan roti sandwich di sapukan sos dan disusun ayam, sayur dan keju diatasnya adakah hasilnya akan sama dengan pizza? Dibawah ini ada resepi pizza yang mudah iaitu resepi roti dan sosnya. Untuk toppingnya, terpulang kepada anda. Saya gunakan isi ayam dan sosej. Resepi roti pizza ini hanya menggunakan resepi roti yang asas sah...
Biskut ni sebenarnya permintaan anak saya. Kalau dengan budak-budak ni, dah tentu la biskut coklat pilihannya. Sewaktu hari raya boleh la buat biskut-biskut lain sebab ramai pengunjung dan ramai la tukang makan. Jika tak de coklat, tak de la yang sudi jadi tukang makan. Untuk menjadikannya berkhasiat untuk anak-anak, saya tambahkan oat yang baik untuk menurunkan paras kolesterol. Begitu juga dengan kandungan gula. Saya kurangkan sedikit dan gunakan gula perang malangnya coklat chip masih teta...
Apa yang saya tahu, budak-budak memang susah sangat nak makan sayur. Daripada pengamatan saya, kebanyakkan budak-budak yang tak suka makan sayur bukan kerana rasa sayur itu sendiri tetapi kerana mereka tak dibiasakan dengan sayur. Bila sebut sayur sahaja, semua mengeleng kepala. Bila saya beri mi berasaskan sayur, semuanya makan dengan berselera. Setelah habis makan, saya katakan mi yang mereka makan itu adalah mi bayam dan serta merta selera mereka tertutup untuk makan mi itu lagi sedangkan ...
Akhirnya siap juga tempahan kek yang saya terima. Cuma tinggal topping sahaja untuk kek coklat moist. Sebelum hantar barulah letak topping. Bukan susah sangat buat topping. Campurkan bahan, masak sekejap dan tuang. Syukurlah ada tempahan. Dapat juga belanja petrol untuk balik kampung. Bukan banyak sangat tempahan yang diterima hari ini. Hanya 3 kek coklat moist dan 2 blueberry cheese cake. Tapi saya tetap rasa seronok memasak dan membuat kek. Saya gembira membuat apa yang saya suka. Walaupu...
Minggu lepas sangat sibuk dengan tugas-tugas seharian. Sungguh tidak saya sangka, saya perlu membuat sesuatu yang diluar kemahiran saya. Entah macam mana. Entah bagaimana mereka pilih akhirnya saya yang kena menyiapkan suatu kertas cadangan untuk membina sebuah bengkel pembelajaran untuk subjek bakeri. Bukan sebarang bengkel. Ianya merupakan bengkel terlengkap dengan segala peralatan bakeri yang menyamai kilang yang besar dan tentunya bernilai jutaan ringgit.
Resepi Mi Gulung ini saya buat khusus untuk menjebakkan diri dalam program Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari yang macam dah tak sabar-sabar nak menyambut bulan puasa.
Resepi ini bukan sahaja ringkas dan mudah disediakan malah kosnya juga amat menjimatkan. Dalam erti kata lain, resepi ini sesuai dijadikan menu hidangan istimewa di restoran dan gerai anda pada bulan Ramadhan nanti. Itulah gunanya resepi komersial. Jangan hanya makan sekeluarga. Gunakannya untuk berniaga.
Kuih lapis adalah sejenis kuih tradisional yang dimasak menggunakan kaedah mengukus iaitu menggunakan haba wap daripada air mendidih. Kebaikan memasak menggunakan teknik ini antaranya makanan tidak berubah bentuk, saiz dan warnanya dan tidak banyak nutrien yang hilang. Dari segi komersial pula, kaedah ini sangat baik kerana lebih menjimatkan dimana beberapa masakan dapat disediakan dalam satu masa dan yang paling penting ia tidak memerlukan perhatian yang lebih. Letak makanan dalam pengukus d...
Sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuba membuat ketupat palas dengan cara belajar melalui video youtube. Tengok makcik tu buat macam senang je. Walaubagaimanapun saya berjaya jugak melalui cabaran dan ketupat saya masih boleh dibanggakan. Memang ada ahli keluarga terdekat saya yang mahir membuat ketupat palas namun saya ingin jugak merasai kaedah pembelajaran sendiri melalui youtube. Kesimpulannya, belajar sendiri melalui video ada kelebihannya. Paling sesuai untuk orang yang malu n...
Cuba anda belek-belek makanan ringan di pasaran sekarang. Saya dapati trend makanan ringan kini telah berubah daripada makanan yang tidak berkhasiat kepada makanan yang lebih berkhasiat. Kini banyak syarikat yang mengeluarkan makanan yang banyak memberi tenaga malah mengenyangkan. Maklumlah, penjaga gol pun boleh jadi wanita kalau perut lapar. Bagaimanapun, snek begini pastinya dijual dengan harga yang mahal. Bijirin-bijirin, buah-buahan dan pelbagai sumber makanan berkhasiat sememangnya suda...
Saya memang jarang membuat aiskrim kerana dirumah saya tiada penggemar aiskrim. Cuma sekali-sekala bila ada kawan-kawan atau saudara mara datang baru la terasa nak buat. Itupun kalau saya tahu mereka penggemar aiskrim. Kalau saya buat juga, memang tak akan ada yang makan. Membazir je. Aiskrim coklat dalam peti ais dirumah saya pun rasanya dah melebihi 2 tahun saya simpan. Rasanya dah lama expired. Saja je nak buat pekasam.
Kalau dah jarang buat tu, maknanya kurang la kemahiran. Walaubagaimanap...
Saya pernah melihat ada usahawan yang berniaga kastard karamel sahaja di pasar malam. Diawal jualan, meja kecilnya penuh dengan kastard karamel yang disusun bertingkat dalam mangkuk plastik seperti taufu fah. Sebelum saya meninggalkan pasar malam, gerainya hanya tinggal meja sahaja. Tindakannya berniaga kastard karamel di pasar malam memang suatu tindakan yang bijak. Dengan strategi yang betul, tidak mustahil dia akan mendapat kejayaan dalam perniagaannya.
Ramai rakan-rakan maya saya mengetahui saya menulis ebook resepi-resepi komersial yang kebanyakkannya diberikan percuma. Tapi tak ramai yang tahu, saya sebenarnya dalam diam ada juga menjual berbagai jenis kek dan juga cupcake. Setakat ini saya belum pernah offer untuk menjual kek dan cupcake kepada orang luar dan secara online. Jadi hanya rakan-rakan terdekat dan warga di tempat kerja sahaja yang sering membelinya. Asalnya berat hati juga untuk menjual kerana saya memang sibuk dengan kerja s...
Banyak pulak saya dengar ungkapan “memasak dengan penuh kasih sayang.” Suatu ketika dulu bila saya sebutkan ungkapan seperti itu, semua orang senyum-senyum. Ramai jugak yang tergelak. Kini ramai pulak yang memanjangkan ungkapan ini agar lebih ramai yang memahaminya.
Popia mini memang menguji kejujuran anda memasak. Jika anak anda teringin untuk makan makanan yang leceh seperti ini adakah anda akan beli yang siap dimakan atau beli yang segera, cuma perlu digoreng? Mungkinkah anda sanggup...
Menjelang majlis perkahwinan, banyak yang perlu dilakukan. Dikampung, kebanyakkannya dilakukan secara bergotong-royong seperti menyediakan juadah, mendirikan khemah, menyiapkan hantaran dan lain-lain. Biasanya sehari atau dua hari sebelum majlis, juadah-juadah ringan disediakan untuk gotong-royong seperti ini. Selalu juga disediakan pemanis mulut untuk yang menyegarkan diwaktu panas bekerja. Tak kira sama ada manisan panas atau sejuk, ia tetap menyegarkan. Antara yang popular adalah cendol, b...
Tak ada salahnya kalau saya nak mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog resepi masakan barat komersial terutama kepada pembaca yang berdaftar melalui email. Salah silap harap dimaafkan. Saya hanya manusia biasa yang memang sering melakukan kesilapan. Segala teguran akan saya jadikan panduan dimasa akan datang.
Saya rasa anda semua dah selamat pulang dari beraya. Mungkin suasana hari raya masih segar dalam kenangan. Mungkin juga ada yang kekok ...
“Betul ke pisau ni? Macam alat mainan je.. Ringan pulak tu.” Itulah perkara pertama yang terdetik dihati saya sewaktu pertama kali memegang pisau seramik ini. Tapi itulah keajaibannya. Belum cuba belum tahu. Mungkin kerana warna mata pisaunya, menyebabkan saya seolah-olah tak percaya alat ini adalah teknologi kulinari yang masih baru lagi dinegara kita. Tak berlengah lagi, saya memotong segala benda yang ada didapur asalkan makanan.
Memang luarbiasa ketajaman pisau ni. Saya sukakan hasil...
Sekarang ni banyak sungguh biskut yang menggunakan bijirin sarapan segera sebagai perasa dalamnya. Bijirin sarapan ini memang memudahkan kita untuk mendapatkan rasa yang digemari oleh kanak-kanak untuk menikmati biskut kita. Selain itu warna dan bentuk bijirin sarapan yang berbagai bentuk juga dapat menarik perhatian kanak-kanak sekiranya ia digunakan dalam menghias biskut. Jadi tak perlu lagi memikirkan apa rasa biskut yang pasti digemari oleh kanak-kanak. Tak perlu juga untuk memikirkan hia...
Minggu lepas, dalam hujan lebat, saya pulang juga ke kampung untuk menunaikan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia. Walaupun hanya pilihanraya kecil Labis, namun saya mesti turut serta memilih pemimpin agar nanti tiada keraguan kerana rakyat sendiri yang memilihnya.
Memang meriah pilihanraya Labis. Poster kempen dimana-mana. Begitu juga dengan jentera parti yang diimport dari seluruh negara semuanya berkampung di Labis. Setiap hari diadakan ceramah. Bila dah ada ceramah, mesti ada pemimpi...
Kalau kita perhatikan di negara kita, dah banyak sangat syarikat yang menjual donut sebagai tema restoran mereka. Ada juga yang membuka gerai dan kiost yang semata-mata menjual donut. Mereka bersaing secara sihat untuk menarik hati pelanggan dengan menghidangkan donut yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Tidak kurang juga yang memberikan kelainan dengan memberikan pelbagai perisa istimewa dalam hiasan donut mereka.
Dulu pernah saya ceritakan, saya membeli projector sebagai alat bantuan mengajar. Mudah sikit kerja saya walaupun terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri. Contohnya, sewaktu mengadakan kelas menganyam ketupat percuma penghujung Ramadhan yang lalu, saya hanya perlu pancarkan sahaja video teknik menganyam ketupat. Bila hujung minggu pula, dimasa lapang, saya pancarkan movie pula ke dinding rumah saya. Biasanya kartun untuk anak saya. Dengan movie kualiti bluray, tonton pula skrin besar, memang...
Saya sebenarnya sekarang ni terlalu sibuk. Nanti saya ceritakan apa yang sibuk sangat tu. Apa-apa hal sayapun, saya nak ucapkan dulu Selamat Menyambut Hari Malaysia. Saya rasa sangat beruntung dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Seperti yang anda semua tahu, negara kita mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah, jadi saya harap jangan pula cuba menamatkan kemerdekaan ini dengan pertumpahan darah pula.
Ok, sekarang ni baru boleh cerita, kenapa saya terlalu sibuk minggu ini. Adik saya, aka...
Boring betul masa tangkap gambar cupcake coklat angry bird ni. Berpuluh-puluh keping yang saya ambil, hanya beberapa je yang sedikit elok. Ntah apa la sakitnya kamera saya tu. Baru 2 tahun pakai, dah meragam. Mungkin banyak sangat wap makanan masuk dalam kamera tu kot. Memang kamera tu bekerja keras untuk saya. Setiap hari beratus-ratus keping gambar yang saya tangkap dan kebanyakkanya dari jarak sangat dekat. Sekarang memang tak boleh nak beli kamera yang baru. Setakat ni, kena bersabar je d...
Saya ni kalau ada masa terluang, ada je benda yang saya teringin nak masak. Agak-agak rasa boring je, saya pun selongkar la dapur mencari apa-apa yang boleh dijadikan makanan. Selongkar punya selongkar, terjumpa la daging korban tahun lepas. Sebelum daging tu jadi fosil, baik saya jadikan kraftangan. Boleh jugak anak saya bawa bekal ke sekolah. Kebetulan memang dia ada minta buatkan burger untuk dia. Anak saya tu memang macam tu. Main order je apa-apa yang dia rasa teringin nak makan. Ingat r...
Kalau anda menjumpai bayi dalam kotak seperti gambar diatas, apa yang akan anda lakukan? Melaporkan kepada polis? Memelihara dan memberi penjagaan sempurna kepada bayi ini? Menyerahkan kepada keluarga lain? Membuangnya semula kedalam tong sampah yang lain? Saban tahun kita dikejutkan dengan kes pembuangan bayi. Semakin lama semakin melampau. Kalau dulu banyak bayi yang masih hidup ditemui di tangga masjid, tong sampah, semak, kini banyak pula mayat bayi ditemui di tepi sungai, longkang malah...
Dah lama sangat anak saya teringin nak makan kek Upin dan Ipin dengan kawan-kawannya. Lebih 2 bulan yang lalu, sewaktu masih cuti sekolah dia menyuarakan hasrat. Sejak itu dia akan terus minta dan minta dan saya terus berjanji dan berjanji. Lama-lama kesian juga. Bukan saya tak nak bagi tapi masa tu masih cuti sekolah. Macam mana nak bagi kawan-kawan dia makan kek kalau sekolah belum buka. Nak tak nak terpaksa la tangguh juga.
Minggu lepas, akhirnya saya berpeluang juga membuat kek untuk ana...
Saya tak de la gemar sangat makan benda-benda yang masam ni. Badan saya juga tak membenarkan saya makan sesuatu yang berasid tetapi sekali-sekala kalau kena jeruk-jeruk yang lazat macam jeruk cermai ni okla jugak. Jeruk ni saya buat pun semata-mata untuk blog ini sahaja. Semuanya dah pun saya sedekahkan kepada sesiapa yang menggemarinya. Anda pun boleh membuat jeruk seperti ini dari resepi dan panduan dibawah. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang anda makan.
Saya tahu, ramai pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial yang tiba ke sini untuk mencari gambar-gambar gubahan hantaran perkahwinan dan pertunangan. Berdasarkan stastik entri Gubahan Hantaran Pertunangan Adik Tersayang, memang amat membanggakan sehinggakan bakal ibu mertua adik saya pun turut singgah malah terkejut bila gambar pertunangan anaknya terpapar dalam blog ini. Kini mereka telah selamat diijabkabulkan. Jadi saya menjangkakan akan lebih ramai pengunjung yang menemui blog ini u...
Gema hari raya masih terasa lagi. Sewaktu tekun membuat ketupat menjelang hari raya yang lalu saya terfikir apa akan jadi jika semakin sedikit masyarakat di Malaysia yang mahir menganyam ketupat. Adakah industri ketupat segera akan semakin berkembang maju atau jualan kelongsong ketupat siap dianyam akan bertambah? Mungkin ramai yang berminat untuk belajar menganyam ketupat tetapi tiada guru yang sudi mengajar. Mungkin juga malu nak belajar. Kepada sesiapa yang tinggal di Utara dan Pantai Timu...
Saya rasa hampir semua blog yang saya lawati terutama blog yang gemar berkongsi resepi, mesti ada terselit resepi tat keju bluberi. Popular sangat ke tat keju bluberi ni? Hasil pemerhatian saya, memang ramai penggemar tat keju bluberi. Kalau tidak, tak mungkin ada usahawan yang mendapat pendapatan lumayan dengan menjual secara kecil-kecilan. Satu lagi sebab yang saya rasa membantu tat keju bluberi ini popular adalah kerana penggunaan keju dan bluberi itu sendiri dalam hidangan ini. Keju dan b...
Inilah yang anak saya lakukan setiap kali dia dimarahi kerana melakukan kesilapan. Kesianpun ada. Tapi kalau tak dibetulkan, selamanya dia akan melakukan kesilapan. Menjadi ibu, kalau tak berusaha mengajar anak menjadi insan yang berguna, lebih baik jangan jadi ibu. Nak menjadi ibu sempurna memang jauh sekali. Bagaimanapun kena la berusaha kearah itu. Menyediakan keperluan anak-anak terutama hidangan yang sedap-sedap. Anak-anak pasti menghargai apa yang kita lakukan seperti mana saya mengharg...
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, popia nestum dah jadi semakin popular. Teknik memasak yang mudah, resepi yang ringkas dan rasa yang enak memang menjadi pilihan ramai. Usahawan yang menjual popia nestum ini juga semakin bertambah. Mungkin kerana keuntungan yang besar berbanding modal yang perlu dikeluarkan. Bagaimanapun kuih raya ini memerlukan lebih masa untuk membentuk kulit popia menjadi bentuk yang diingini. Bagi saya, menggulung popia ini bukan suatu masalah. Popia nestum jauh lebih...
Tak sangka. Dah masuk 6 tahun pun umur model blog Resepi Masakan Barat Komersial ni. Tahun depan dah nak masuk sekolah rendah. Dari awal tahun lagi dia dah pesan, birthday dia nanti nak kek angry birds. Lepas tu nak angry bird macam-macam kaler. Setiap kali, saya buat kek birthday yang ditempah, mesti dia ingatkan semula. Siap pesan lagi tak payah hadiah. Tapi saya belikan juga hadiah untuk dia. Kalau nak tahu apa hadiahnya, teruskan membaca.
Untuk anak sendiri, boleh la saya nak berlebih-le...
Bila hari raya je mesti ada dodol. Bila dodol je mesti hari raya. Sama seperti ketupat dan lemang, hidangan ini memang tradisi setiap kali hari raya. Kerana kepopularannya, tak hairanlah jika ramai usahwan dodol muncul setiap kali menjelang raya. Harga terkini di bandaraya saya mencecah RM23 sekilogram. Dodol ni berat dan padat. Sekilogram tu cuma sebesar botol setengah liter je. Ada juga dodol komersial yang dijual dalam tiub plastik. Sebesar cerut je dah RM7.50. Fuhh! lagi mahal. Kalau difi...
Kalau disebut dalam bahasa omputeh, memang sedap je bunyinya. Cuba terjemahkah dalam Bahasa Malaysia. Jadi la epal goreng. Sama spesis dengan pisang goreng, keledek goreng, keladi, sukun, ubi dan sebagainya. Memang tak ada kelas. Jadi kat hotel hanya menyajikan apple fritters dan bukannya epal goreng. hehehhe
Bahan-bahan untuk Apple Fritters 2 bj epal hijau 80g tepung gandum 20g tepung beras 130ml susu segar 1 cmb minyak masak 1 bj telur (C) 1/2 cmt garam 1/4 cwn minyak untuk menggoreng
Bulan Ramadhan dah terlalu dekat sangat rasanya. Bila berpuasa mula la tekak ni teragak nak makan kuih-muih yang manis sebagai pembuka selera. Kiranya sebagai intro menstabilkan tekak yang biasanya pahit sewaktu berpuasa. Salah satu yang saya gemari adalah kuih tako. Segarnya menikmati kuih ni yang sangat lembut, harum, lemak dan manis. Aroma pandan akan memenuhi mulut. Barulah berselera menikmati makanan utama yang lain.
Setiap kali bulan puasa, saya suka memerhatikan seorang peniaga bazaar...
Memang saya lebih suka pendidikan di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik berbanding sekolah akademik yang lain. Tetapi bergantung juga kepada bidang yang dipilih. Sudah tentu saya lebih suka bidang yang menjurus kepada keusahawanan. Bukan bermaksud bidang perniagaan seperti pengurusan perniagaan, perbankan, perakaunan, pemasaran dan lain-lain. Maksud saya, bidang yang boleh menjadikan anda seorang usahawan. Ambil bidang perbankan dan kemudian makan gaji di bank pun tak guna juga. Lai...
Dah masanya membuat kuih raya. Bagaimanapun pilihlah kuih raya yang berkhasiat dan bukan hanya sedap je. Setiap kali hari raya, tak ramai yang mempedulikan kesihatan sendiri. Apa ada depan mata semuanya di makan. Tak ambil kisah lagi dengan piramid makanan. Lepas raya ramai yang merosot tahap kesihatannya. Klinik dan hospital dipenuhi pengunjung yang memerlukan rawatan dan ubat. Kebanyakkannya kencing manis, darah tinggi, lemah jantung. Kalau makan rendang tu, ingat-ingat sikit. Kalau makan k...
Bagi yang dah biasa dapat tempahan kek, anda tentu tahu, permintaan pelanggan ni memang macam-macam. Memang pasti semuanya nak yang cantik-cantik. Macam tu juga dengan bentuk kek yang mereka mahu. Kalau yang tak kisah tu boleh la kita buatkan bentuk bulat atau empat segi. Kalau yang mementingkan imej tu, mungkin nak bentuk love, segitiga atau diamond. Bagi yg mementingkan imej, mula la nak bentuk 3d yang sukar dijelaskan. Mungkin bentuk teddy bear, pokok, baju, barbie, nombor, huruf dan seba...
Opak-opak ubi kayu adalah sejenis kerepek yang tentunya dibuat dari ubi kayu. Saya tak pasti ada nama lain untuk kudapan ini. Kerepek ubi kayu lebih ringkas cara pembuatannya sedangkan opak-opak lebih leceh. Bagaimanapun kaedah pembuatannya yang rumit mempunyai beberapa kelebihan dan berpotensi besar untuk dimajukan seterusnya dieksport keluar negara.
Untuk resepi kali ini, saya akan menerangkan teknik dan kaedah pembuatannya secara tradisional. Cara inilah yang digunakan oleh nenek moyang k...
Tahun baru baru hampir tiba. Harap anda semua telah bersedia dengan azam baru lengkap dengan strategi-strategi untuk memudahkan anda mencapainya. Saya ucapkan selamat tahun baru dan selamat maju jaya.
Sempena tahun baru ini, saya ingin memperkenalkan servis saya yang terbaru yang baru sahaja dilancarkan pada maal hijrah yang lalu. Ia tiada kena mengena dengan dunia masakan. Namun ia sangat bagus untuk anda yang berhasrat untuk mengabadikan resepi-resepi anda dalam bentuk ebook. Macam saya atau...
Hujung Disember 2012, saya mendapat seorang anak saudara yang baru. Bila dapat berita, terhegeh-hegeh la mengunjungi hospital dengan perasaan tak sabar. Di hospital, terbongkarlah kisah adik ipar saya yang mengidam durian crepe tapi belum kesampaian. Dalam perjalanan pulang pukul 5 petang, saya ceritakan kisah tadi kepada suami kerana saya berhasrat sangat nak beri adik ipar saya rasa durian crepe sebelum waktu melawat tamat pukul 7.30 malam nanti. Suami saya tak pernah rasa pun durian crepe ...
Sejak saya menulis blog ini, ramai yang bertanyakan kenapa nak tulis blog? Kenapa nak berikan resepi-resepi dan panduan yang amat berguna kepada umum? Resepi-resepi percuma itu sepatutnya dirahsiakan dan saya gunakan sendiri untuk mendapatkan wang berlipat kali ganda. Kalau semuanya dah di berikan kepada orang lain, apa yang tinggal untuk anak cucu saya nanti?
Pada awalnya, sayapun kurang pasti kenapa saya berblog. Niat asalnya supaya dapat saya dapat menulis apa sahaja mengenai hidup saya, ke...
Masih ada lagi sebahagian gambar-gambar gubahan hantaran perkahwinan adik saya yang masih belum saya kongsikan. Tapi tak mau la kongsikan macam tu aja. Sambil membelek-belek gambar gubahan hantaran ini, sambil anda mencari idea gubahan hantaran yang ingin anda lakukan, ada baiknya kita sama-sama bincangkan mengenai majlis perkahwinan. Mana yang lebih menjimatkan sama ada bergotong-royong seisi kampung atau serahkan sahaja kepada syarikat katering juga perunding perkahwinan?
2 minggu lepas saya ada berjanji untuk memaparkan resepi serta teknik membungkus lepat pulut iaitu hidangan yang sentiasa saya masak setiap kali menyambut hari raya. Lepat pulut memang popular dikampung saya. Hampir semua rumah akan menghidangkan juadah ini kerana ia benar-benar istimewa setaraf dengan ketupat nasi, lemang, ketupat palas atau dodol. Saya juga pernah berjanji untuk memaparkan video teknik membungkus lepat pulut sambil tidur. Dibawah ini sudah saya siapkan videonya tapi sebelum...
Ramai surirumah terutama yang bekerja, memilih untuk makan di luar bukan kerana kerana mereka banyak wang. Bukan juga kerana mereka pemalas atau tak reti memasak. Mereka sebenarnya tak sempat atau tak larat untuk memasak setelah pulang dari bekerja. Dengan desakan dari anak-anak yang sentiasa je lapar macam anak saya, cara yang paling mudah tentulah membawa mereka semua makan diluar. Kalau nak keluar pun tak larat, mereka akan membeli makanan segera melalui telefon. Walaupun dalam kesempitan ...
Semenjak hari raya aidilfitri yang lalu, saya sebenarnya masih belum mendapat rehat yangc cukup. Lepas satu, satu lagi aktiviti yang perlu saya lakukan. Anakpun dah naik bosan duduk dirumah. Setiap hari tanya bila nak bawa ke taman, bila nak bawa berenang. Saya pulak teringin sangat nak mandi laut. Mulai hujung Ramadhan, dah sibuk dengan raya, lepas raya sibuk dengan majlis perkahwinan adik, selepas majlis kini sibuk dengan tempahan kek dan makanan. Selagi ada syawal, selagi itulah tempahan u...
Setelah berkali-kali mengeluarkan entri berbentuk resepi masakan, terasa penat juga. Tambahan pula hari-hari bekerja di dapur yang panas dan bahang, ada baiknya saya keluarkan entri yang sedikit ringan dan santai. Tak larat lagi nak fikir bagaimana nak menggalakkan pembaca blog ini berniaga khususnya dalam industri makanan. Akhirnya saya membuat keputusan keluar beriadah bersama keluarga dengan berenang di Kompleks Renang MBJB. Kalau beriadah di Hutan Bandar, cuma anak saja yang dapat mandi k...
Seingat saya kedua-dua kek keju bluberi dalam gambar dibawah ini saya buat bulan lepas. Satu bersaiz 8 inci dan satu lagi 6 inci. Saya hanya menggunakan resepi kek keju yang terdapat dalam ebook percuma Masakan Barat Komersial 5 Jarang sekali saya menghias kek keju kerana yang pertama sekali, saya bukan pandai menghias kek. Idea kreatif memang susah nak keluar. Kedua kerana kek keju tidak sesuai dihias dengan buttercream yang biasa saya buat. Rasa kek keju ni kurang menyerlah jika dipasangkan...
Ada yang memanggil kuih ini dengan nama rendang kasturi. Saya tak tahu sejarah kuih ini tapi saya tahu sifat-sifat kuih ini yang menjadikannya kegemaran ramai rakyat Malaysia. Pertama, rasa lemak kacang hijau mestilah asli. Kedua, kulit sadurannya mesti garing dan rangup walaupun setelah sejuk. Ketiga, rasa manis dan masin perlu seimbang dan keempat, tekstur bahagian dalam kuih kasturi hendaklah lembut dan tidak terlalu bersedai.
Bagi pengusaha kuih tempatan, sudah pasti mereka menggemari kui...
Kalau anda masih ingat lagi, beberapa tahun dahulu, saya pernah pergi ke Karnival Halal 1Malaysia di Plaza Angsana Johor Bahru. Waktu melawat booth Jabatan Agama Islam Johor, saya dapati sos worchertershire keluaran Lea and Perrins diletakkan bersama produk-produk tidak halal termasuk kasut dan beg yang dibuat dari kulit babi dan banyak lagi. Waktu tu, label sos worchestershire tu hanya tertera logo halal dari luar negara. Kemudian, label baru sos worchertershire tidak pernah memaparkan apa-a...
Semenjak dua menjak ni saya rasa menghias kek menggunakan fondant nampak lebih senang. Tak perlu menggunakan sebarang peralatan khusus. Hanya berbekalkan pengalaman bermain dengan tanah liat sewaktu kecil dahulu. Namun begitu bukanlah keseluruhannya saya hias dengan fondant sebab saya tahu, kanak-kanak bukan suka makan fondant. Jadi buttercream tu sangat penting. Fondant, saya cuma gunakan untuk dijadikan bentuk-bentuk tertentu yang menarik hati kanak-kanak. Gambar-gambar cupcake dalam entri ...
Saya pun tak ingat ntah bila, saya terbaca satu blog yang bercerita tentang cempedak goreng yang dibelinya berharga RM5 untuk 10 ketul. Marah betul dia kerana terpaksa membayar 50 sen seketul untuk cempedak goreng kegemarannya. Siap dibandingkan lagi, dengan RM5 tu dia boleh makan makanan lain sampai kenyang. Memang betul, RM5 kita boleh makan nasi beriani. Chicken chop pun ada yang dijual dengan harga RM5. Lepas baca blog tu, anak tekak saya pun teringin nak makan cempedak goreng. Jadi bila ...
Harga cili segar yang semakin meningkat menyebabkan saya jarang sangat membuat hidangan ini. Ia bukan hidangan utama tetapi dengan adanya hidangan seperti ini membuatkan saya lebih berselera. Ini peluang untuk saya membuat sambal ketuk kerana baru-baru ini saya memperolehi cili segar yang sangat banyak. Tapi kali ini saya hanya menggunakan cili hijau sahaja untuk membolehkan anak saya mencubanya. Ternyata dia menyukainya. Tak pelik la. Apa yang ibu masak semua dia suka
Hari ni mood ada sikit kureng kerana malam tadi buat kek karamel kurang menjadi. Jadi saya berhasrat hanya memaparkan kek coklat moist yang saya hias ringkas sahaja. Walaupun kek karamel saya tak menjadi, tapi saya rasa ia bukan disebabkan bahan atau resepinya melainkan kerana kesilapan saya sendiri. Pertama, karamel yang saya buat terlalu gelap kerana dimasak terlalu lama dengan api besar. Kedua, saya tak menyangka kek akan menjadi sangat besar dan tinggi sedangkan saya tiada acuan yang ber...
Dah lama tak ada entri mengenai dessert atau manisan. Suatu ketika manisan seperti butiran buah delima begini memang popular. Memang enak dihidangkan sejuk dengan kuahnya yang lemak manis. Kini manisan begini telah diberi nafas baru. Dihidangkan dengan kuah yang pekat dan dihidang dengan cara yang kreatif dan menarik. Barulah berselera nak menikmatinya. Anda boleh cuba perbaiki segala hidangan yang terdapat digerai anda dan cuba fikirkan kaedah lebih baik terutama dari segi persembahan. Denga...
Nak tergelak saya, bila membaca kartun kat atas tu. Memang saya akui dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah sekolah, sudah pasti kerani pun tak cukup tangan nak menyelesaikan semua tugas-tugasnya. Dalam hal ini guru terpaksa membantu supaya pelajar-pelajarnya tidak ketinggalan. Biasanya guru akan melakukannya untuk pelajar kelasnya dahulu dan menyerahkan pelajar lain kepada guru kelas masing-masing. Namun semakin hari semakin banyak yang perlu dilakukan sehingga ada guru ya...
Setelah sekian lama membuat kek dan cupcake coklat dalam kategori sangat bercoklat kegemaran kanak-kanak, kini tiba masanya untuk membuat kek untuk diri saya sendiri. Sejenis kek yang lembut dan gebu seperti kek span dengan rasa coklat yang sipi-sipi. Kalau saya nak makan sesuatu yang bercoklat, lebih baik saya makan coklat bar je. Maka terhasillah cupcake coklat tipis khusus untuk penggemar kek tetapi bukan penggemar coklat yang ekstrem. Bagi yang baru nak belajar membezakan yang mana cupc...
Sebenarnya saya memang sangat beruntung. Setelah stress bekerja di bandar, berdiri seharian kepanasan di dapur, saya perlu melegakan segala ketegangan. Ramai yang berkata pulang kekampung berehat dan bertemu sanak saudara akan melegakan ketegangan. Melegakan badan yang sengal-sengal dengan duduk berbual mesra diserambi rumah dan pasti akan lupa segala masalah kerja di bandar. Dan saya lebih beruntung. Saya bukan sahaja dapat pulang kekampung sewaktu cuti, berjumpa kaum keluarga, sanak saudara...
Tahun ni Nuffnang cuma bagi runcit-runcit je. Kalau nasi lemak, sekadar nasi lemak kosong je tanpa lauk. Kalau donut pulak, cuma dapat donut gula tanpa coklat atau icing kaler-kaler dengan kacang. Ntah apa la sebabnya. Selalunya ada la jugak makan kat fast food dua bulan sekali. Jadi inilah ilmu yang saya dapat untuk dikongsi dengan anda semua. Langit tak selalu cerah. Tapi tak bermakna tak akan cerah semula. Hidup ibarat eye on Malaysia. Kadang-kadang diatas. Banyaknya dibawah cuma tengok or...
Apa kata hari ni kita tak payah masak. Kita minum je. Melalui minuman juga kita boleh mendapat nutrien dan vitamin yang diperlukan badan. Minuman seperti jus buah-buahan kaya dengan khasiat. Saya rasa tak perlulah resipi tertentu. Lebih baik saya bercerita mengenai jus dan buah-buahan agar kita lebih memahami mengenainya seterusnya boleh menghasilkan jus mengikut citarasa kita sendiri. Kalau nak tahu tubuh badan anda mendapat khasiat yang cukup atau tidak, boleh cuba aplikasi ini. (Klik)
Membuat talam memerlukan kita betul-betul mengenalpasti sifat bahan yang digunakan terutama tepung beras atau tepung gandum. Gabungan bahan ini dengan santan atau air apabila dimasak akan menghasilkan talam mengikut kelembutan dan kekenyalan yang kita kehendaki. Setelah anda mengetahui nisbah tepung dan cecair yang paling sesuai, lebih mudah dipelbagaikan perasanya. Seterusnya simpan resepi nisbahnya. Bila diperlukan, cakap sahaja nak talam apa. Semua boleh dilakukan dengan mudah. Kemanisan t...
Macam tak percaya, pada cuti sekolah yang panjang ini, saya tak ke mana-mana selain dari pulang ke kampung. Biasanya saya akan berkunjung ke tempat-tempat menarik atau sekurang-kurangnya mandi-manda di laut berdekatan. Tapi tak mengapa, sekarang saya perlu berjimat-cermat kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku kemudian hari.
Bila tak dapat berjalan jauh, biasanya saya akan pergi ke tempat yang saya rasakan happening dan mempunyai tarikan. Menjelang Merry Christmas ni sudah tentu pusat ...
Nampaknya beberapa hari mendatang ni saya akan memaparkan gambar-gambar kek je la. Kesibukkan menyebabkan banyak gambar-gambar kek saya yang tersadai. Kalau boleh memang nak paparkan semuanya disini supaya senang saya rujuk nanti. Saya harap pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial pun boleh merujuk disini atau mungkin dapat memberi idea dalam menghias kek atau cupcake.
Cupcake ni untuk bayi 1 tahun. Saya harap dia dah boleh makan kek. Walaupun dia belum mengerti apa-apa, abang-aban...
Saya pun tak pasti, mi ini berasal dari Bandung atau Muar tapi mi bandung Muar memang dah popular seluruh Malaysia. Beberapa syarikat juga telah mengeluarkan perencahnya secara komersial. Kerajaan juga memberi bantuan kepada pengusaha yang berminat mengeluarkan perencah mi bandung Muar. Kini kita dapati beberapa perencah keluaran IKS terutama dari daerah Muar dan Batu Pahat. Resepi dibawah ini hanyalah resepi mi bandung Muar yang ringkas dan menggunakan bahan-bahan terpenting sahaja. Dengan i...
Kadang-kadang bila saya rasa boring dan ingin mencari idea resepi apa yang ingin dikaji, saya akan surf internet. Mana la tau dapat idea resepi baru. tetapi setiap kali jugak saya akan terserempak resepi kek coklat moist. Hampir semua blog dan web resepi mesti mengandungi resepi kek coklat moist. Bermacam-macam jenis. Berbagai-bagai cara bergantung kepada kreativiti orang yang menciptanya. Setiap orang mungkin berbeza cara-cara dan kaedah yang dirasakan lebih mudah. Dan dalam entri ini saya g...
Aktiviti biasa apabila ada kelapangan pada hujung minggu, saya akan mencari apa-apa keperluan untuk tujuan pengajaran akan datang. Dan saya masih lagi mencari hiasan meja untuk tema masakan cina. Dalam kepala hanya nak cari teko teh cina kerana perhiasan lain seperti tanglung, bunga, angpau dan lain-lain telah saya perolehi bulan lepas. Tapi inilah yang saya jumpa...
Agak mengejutkan juga, teko teh cina ini dihiasi dengan kalimah Allah. Adakah corak ini dihasilkan secara tidak sengaja atau ...
Sekarang ni ramai yang dah tak minat sangat nak buat kacang salut seperti ni. Pertama, mungkin ia terlalu mudah. Kedua sebab kacang salut seperti ini dah banyak sangat dijual di pasaran. Malah bermacam-macam jenis, rupa dan perisa. Bagaimanapun saya tetap akan buat sendiri untuk mengelakkan terlalu banyak bahan-bahan yang saya saya tak tahu asal usulnya, masuk kedalam badan saya dan keluarga saya. Ayah saya memang gemar sangat makan kacang. Rasanya semua makanan yang berasaskan kacang goreng ...
Sering saya ingatkan kepada pembaca blog saya juga kepada pembeli-pembeli ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, bahawa anda boleh menjual produk anda dengan harga yang lebih baik sekiranya anda dapat meningkatkan tambah nilai produk. Seperti yang pernah saya katakan dulu, daripada menjual pisang lebih baik menjual kerepek pisang. Sekilogram pisang berharga lebih kurang RM2.50 sedangkan kerepek pisang berharga lebih dari RM8. Lebih tinggi harga jualan, lebih banyak keuntungan. Saya bukan sur...
Dalam masakan barat, seni lipatan napkin adalah sesuatu yang penting. Memang leceh omputeh ni. Seni lipatan ini bertujuan untuk menambahkan hiasan pada meja hidangan. Kini seni lipatan napkin digunakan secara meluas diseluruh dunia dalam berbagai acara jamuan.
Terdapat juga napkin pakai buang yang dibuat dari kertas. Melipat menggunakan kertas lebih mudah kerana struktur lipatan yang keras akan mengekalkan bentuknya.
Menggunakan kain napkin lebih cantik dan lipatannya boleh berjuntaian meng...
Hari ini saya merasa sangat gembira dan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pembaca Blog Resepi Masakan Komersial yang tak putus-putus menyokong saya. Saya amat menghargai semuanya terutama yang memberikan komen, idea, tip tambahan dan menceritakan pengalaman sewaktu menyedia dan menikmati hidangan yang terdapat dalam blog saya. Saya harap, sesiapa yang belum mencuba, jangan teragak-agak lagi. Cubalah resepi yang terdapat disini. Antara yang mendapat sambutan paling hangat a...
Sibuk dengan EURO ke sekarang ni? Saya pun sibuk jugak tapi sibuk dengan kerja-kerja saya la. Nak masak pun kadang-kadang miss. Tapi makan tetap makan. Bila melihat tilawah al-quran tv, barulah terfikir bulan Ramadhan dah semakin dekat. Tambahan pula, tilawah peringkat kebangsaan dibuat di Johor Bahru. Mula la terkenangkan kuih-kuih yang popular di bulan puasa. Tentunya kuih tradisional yang menjadi pilihan memandangkan kuih modern, sepanjang tahun pun boleh dapat. Teringin betul nak makan ...
Sabtu lepas, kakak saya bersanding tetapi saya tak dapat pulang ke kampung kerana kekangan kerja dan beberapa perkara lagi. Dalam hati memang teringin menikmati nasi pengantin jadi pada tengah hari itu kami sekeluarga membuat keputusan menikmati nasi beriani yang sama seperti yang terdapat majlis-majlis kenduri kahwin. Cara yang paling senang adalah dengan menjamu selera di restoran yang popular dan sering menerima tempahan untuk majlis perkahwinan di Johor Bahru seperti JB Catering.
Ahad lepas, dalam kepenatan balik dari kampung, saya sempat singgah ke Sutera Mall. Saya pun dah lupa apabende nak cari. Kemudian terserempak pula dengan The Legacy of Food and Culture Exhibition atau terjemahannya Warisan Makanan dan Budaya. Program ini berlangsung dari 12 Jun hingga 11 Julai 2010. Oleh kerana kedatangan saya tak dirancang maka tak dapat la menyaksikan acara-acara menarik yang disediakan. Banyak sungguh aktiviti yang disediakan dan kebanyakkannya pada hujung minggu.
Baru-baru ni, saya terserempak dengan seorang pembaca blog Resepi Masakan Barat Komersial. Entah macam mana, dia boleh kenal lak muka saya. Tiba-tiba je dia tanya saya,” ada blog ye?” Terasa sekejap macam artis popular sekejap. Kemuadian dia beritahu saya, dia cuba Resepi Donut Gebu Tradisional dan tak menjadi pulak. Terus hilang perasaan artis popular tadi. Memang kebanyakkan pembaca yang mencuba Resepi Donut Gebu Tradisional tu mendapat hasil yang terbaik dengan sekali percubaan. Bagaim...
Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru untuk umat Islam seluruh dunia. Juga kepada sahabat-sahabat dan pengunjung Blog Resepi Masakan Barat Komersial. Semoga anda sentiasa dilindungi Allah sentiasa. Kepada yang sedang bergembira bercuti di kampung atau melancong ke tempat-tempat menarik, saya harap anda dalam keadaan selamat dan dapat menjaga diri untuk mengelak dari sebarang malapetaka.
Hujung minggu lepas, ayah mertua saya datang berkunjung kerumah saya untuk menghantar cucunya bersekolah disini. Maka ternampak la oven yang baru saya beli minggu lepas. Jadi untuk tidak menghampakan dia, saya bakarkan segulung swiss roll untuk dia rasai kehebatan oven baru saya ni. Swiss Roll adalah sejenis kek yang sangat dibanggakan oleh masyarakat barat. Walaupun pada kek ini bukan berasal dari Swiss, tapi keenakkannya telah terkenal diseluruh dunia. Kek ini sangat senang dibuat dan men...
Saya masih lagi di KL. Mungkin hari ini atau esok akan balik JB semula. Jadi, tak de la resepi lagi hari ini. Cukup sekadar entri yang ringan-ringan je. Gambar kek coklat moist angry bird ini pula adalah kek yang baru siap dan baru sebentar tadi dihantar kepada pelanggan. Eh! Tadi kata masih di KL. Bila pula buat kek. Tu la. Dulu saya dah bagitau, saya ada Admin yang menguruskan blog saya, menguruskan penjualan ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, menyelesaikan masalah berkaitan ...
Sekali- sekala dapat makan cakoi banyak-banyak memang syok. Dari pagi membawa ke petang, tak habis-habis. Di tempat saya sekarang harga cakoi 5 batang RM2. Dapat la cakoi kurus dengan panjang tiga empat inci je. Lepas tu sosnya macam tak cukup sifat. Sekadar, jangan tak ada je. Nasib baik kuali kat rumah saya kecik. Kalau tidak, saya buat cakoi panjang-panjang, gemuk-gemuk macam zaman saya kecik-kecik dulu. Dengan sos cili mudah dan ringkas saya, rasa cakoi memang terangkat. Tak sia-sia saya ...
Dah banyak kali saya bereksperimen dengan tat telur ni. Macam-macam cara saya cuba. Macam-macam hasil yang saya dapat dan dah banyak wang yang saya belanjakan. Tapi tak mengapa kerana banyak ilmu yang saya dapat. Setiap idea yang keluar saya cuba dan cuba lagi sehingga saya berpuas hati dengan rasa tat telur yang sebenar, sama seperti yang dijual dikedai-kedai.
Di bawah ini saya paparkan resepi tat telur yang paling mudah disediakan. Saja saya paparkan resepi yang paling sedap yang saya cuba...
Setiap kali majlis perkahwinan, selalunya pengantin akan dijamu dengan beraneka makanan yang pasti menyebabkan air liur kita keluar. Apa lagi bila melihat ayam golek yang dihias cantik. Tapi tahukan anda, hidangan pengantin sebenarnya dimasak menggunakan kaedah yang paling senang. Dalam keadaan sibuk, banyak kerja yang perlu dilakukan, ramai tetamu yang hadir dengan lebih ramai penyibuk dari pembantu, tukang masak memang akan menggunakan cara memasak yang ringkas, mudah dan tak memerlukan per...
27 Mei 2010 genap 4 tahun usia anak kesayangan saya. Tidak sangka pejam celik pejam celik Kamarul Ahza dah semakin besar sehingga basikal kecil hadiah dari atuknya sewaktu dia berusia 1 tahun telah hampir reput. Malahan rimnya patah sewaktu dia bermain beberapa minggu lepas. Sejak itu hampir setiap hari dia minta basikal baru. Akhirnya pada hari jadinya pada tahun ini saya mengambil keputusan untuk membelikannya basikal baru. Sengaja saya membelikan basikal yang lebih besar dengan harapan bas...
Dekat-dekat nak raya ni, saya sibuk sangat. Tak sempat nak menulis resepi. Faham-faham sendiri la apa yang saya buat dihujung Ramadhan ni. Saya harap dapat post entri biskut raya sehari dua lagi tapi hari ni saya terjumpa satu offer baik lagi. Sandwich, Waffle and Grill 3 in 1 Machine. Sekali lalu je saya dah rasa sangat berbaloi memilikinya.
Alat ini sama seperti sandwich maker yang lain. Bezanya cuma plat tak melekatnya, boleh ditukar-tukar untuk menjadi Sandwich Maker, Wafle Maker dan Gri...
Tauke kedai kek tu beri resepi kek pada saya tapi kek saya tetap tak sama macam kek dia. Kek dia gebu, kek saya lekuk. Saya tengok gambar kek dalam majalah resepi macam menarik je tapi bila bila buat, kek jadi mampat. Itulah antara luahan yang sering kita dengar dari suri rumah yang sangat berminat membuat kek. Kalau kek menjadi boleh la jual kat kawan-kawan. Anak-anak nak makan kek tak perlu la beli lagi.
Mungkin anda menyangka tauke kedai kek itu tak mungkin akan memberikan resepi keknya wal...
Saya memang suka buat kuih yang mudah dan ringkas tapi yang penting mesti sedap. Bila resepi yang digunakan mudah dan ringkas, maka mudahlah untuk kita mengubahsuai bergantung kepada bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Saya memang malas nak keluar rumah semata-mata nak beli satu je barang yang diperlukan untuk sesuatu resepi. Apa lagi bila bahan yang diperlukan itu jarang-jarang digunakan. Biasanya barang seperti ini akan terbuang begitu sahaja kerana tak banyak digunakan dalam resepi lain. ...
Dalam banyak-banyak kek, bahulu adalah antara kek yang paling saya tak pandai. Mungkin dahulu saya hanya menggunakan hand mixer sahaja. Kini saya dah ada Heavy Duty Stand Mixer tetapi hasilnya masih belum memuaskan hati saya. Saya pun tak berapa faham dimana kekurangannya lagi. Walaupun bahulu gulung ini lembut seperti swiss roll tetapi masih belum seperti yang saya harapkan. Sesiapa yang mempunyai resepi bahulu tak kira sama ada bahulu gulung atau bahulu tradisional, harap dapat kongsikan d...
Rasanya mi bandung muar memang dah terkenal di seluruh Malaysia dan tak perlu diperkenalkan lagi. Merata-rata gerai dan restoran yang menjual hidangan ini. Walaubagaimanapun kebanyakkan gerai dan restoran ini hanya meniru-niru sahaja. Jarang jumpa yang betul-betul mempunyai rasa mi bandung muar. Kalau kita benar-benar merasai mi bandung muar, kita akan dapati rasanya lebih kepada rasa udang kering. Inilah yang cuba ditiru oleh gerai-gerai dan restoran. Tumiskan bawang, bawang putih, lada boh ...
Sebelum kita membelek Resepi Roti Jala, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tak lama lagi. Sebagai makluman, saya akan pulang kekampung selama seminggu mulai hari ini. Kepada pembeli ebook-ebook saya yang masih belum selesai download, anda masih boleh teruskan download. Sekiranya terdapat masalah, belum dapat password, anda masih boleh berinteraksi dengan saya melalui email tetapi...
Setiap hari saya keluar bekerja pukul 7 pagi dan sampai semula di rumah pukul 7 petang. Kalau bertugas hanya sebagai pendidik, bekerja begini memang saya sanggup. Tentulah menggembirakan bila membuat sesuatu yang berasal dari jiwa. Tapi bila terpaksa melakukan sesuatu yang tidak kena dengan jiwa kita, benda yang senang pun boleh menjadi susah. Itulah yang saya rasa sekarang ni. Kadang-kadang saya rasa saya ni seorang pembekal. Kadang-kadang rasa macam kerani. Kadang-kadang rasa macam usahawan...
Saya baru je masuk kerja. Cuba la tarik nafas panjang sikit. Tup-tup ternampak surat rasmi atas meja. Sulit dan Persendirian. Apa la yang sulit sangat. Rupa-rupanya lambaian KL. Pagi ni juga mesti bertolak ke KL. Serta-merta balik rumah semula kemas barang. Dah siap, terus ambik anak kat sekolah. Dapat la dia bersekolah satu jam je hari ni. Terus ke tempat kerja semula settlekan mana patut sebelum bertolak ke KL jam 11 pagi. Musnah harapan nak tarik nafas panjang sikit. Nafas sekarang ni semu...
Apa la resepi cekodok pisang pun nak selit kat blog resepi ni. Banyak sebab yang menyebabkan saya ingin memaparkan resepi cekodok pisang ni. Saya tahu tak de orang pun yang nak cari resepi cekodok pisang kat internet. Saya tak kisah. Tak tergurispun hati saya ni. Dalam blog saya ni bukan sekadar resepi. Sesiapa yang hanya mengambil resepi sahaja, tanpa membaca tip-tip masakan, tip tip berniaga dan berbagai ilmu yang lain memang menyedihkan. Sedih kerana belum tentu resepi itu akan menjadi ke...
Seringkali apabila saya ke restoran makanan segera McD, saya akan memesan Big Mac ataupun Quarter Pounder. Apa yang menyebabkan saya mengemari burger-burger tersebut ialah kerana dagingnya yang berjus dan rasanya yang benar-benar menepati citarasa saya. Saya mahukan setiap hidangan barat yang saya makan mestilah bercitarasa barat dari sagala aspek termasuklah rasa, bau , dan rupa. Dah banyak kali saya beli burger di gerai-gerai dan mendapati mereka manambah rempah kari atau kurma sewaktu me...
Hari pertama sesuatu peristiwa yang berlaku dalam diri kita tentu indah kalau dikenang. Apa lagi jika hari pertama itu adalah permulaan kepada kejayaan kita. Jika pada hari ini, anda telahpun menjadi seorang usahawan berjaya, hari pertama menjadi topik permulaan untuk anda ceritakan segala pengalaman kepada anak cucu.
Inginkan muffin yang tak banyak cekadak? Inilah dia. Konsep muffin itu sendiri dah memang mudah, cepat dan ringkas. Tetapi ramai yang menyukarkan proses membuat muffin dengan menokok tambah berbagai-bagai syarat dan petua. Biasanya kalau muffin yang banyak cekadak, itu tak boleh ini tak boleh, saya tak akan buat. Alang-alang berpeluh, lebih baik saya buat cupcake. Seperti Streudel Muffin Buah-buahan ini, proses membuatnya tak sampai 30 saat. Tak sampai setengah jam, dah boleh makan. Nasihat s...
Masih lagi kek Ben 10 yang berasaskan kek coklat moist. Bila pelanggan tetap saya dah nampak kek Ben 10 yang saya buat untuk sambutan hari lahir anak saya dalam entri yang lepas, dia pun berminat untuk harijadi anaknya yang kebetulan jatuh beberapa hari kemudian. Dalam keadaan tergesa-gesa, saya buat juga kek untuk beliau dan inilah hasilnya. Kali ini tiada air terjun, cuma ada tasik kecil. Bolehlah dikatakan cuma lopak air je. heheheh. Juga cuma 1 tingkat sahaja tanpa homemade chocolate gana...
Kalau dapat peluang bercuti panjang seperti cuti Tahun Baru Cina ini, memang saya akan berehat sepuasnya dirumah. Sehingga satu tahap dimana nak tidur pun dah tak larat lagi, mula la mati akal. Biasanya saya akan melakukan berbagai eksperimen masakan dirumah tapi eksperimen memerlukan kos dan tenaga yang banyak. Memang saya suka window shopping tapi biasanya bila keluar je, window ntah kemana, yang tinggal cuma shopping. Jadi biasanya saya akan merayap tanpa tujuan. Kali ini saya mengambil k...
Awal minggu ini saya menghadiri satu jamuan khusus untuk guru dan staff sebagai simbolik sesi persekolahan sudah menghampiri ke penghujungnya.
Bukan niat saya untuk melelehkan air liur anda. Harap anda dapat sedikit idea dan ilmu dalam menganjurkan sesebuah jamuan. Ini penting sekiranya anda berniat membuka perniagaan dalam bidang katering.
Salad diatur dengan ringkas sahaja. Penggunaan pinggan mangkuk yang seragam sepatutnya dapat menyerikan lagi hidangan.
Sengaja saya memaparkan resepi muffin asas lagi kerana kedua-duanya sangat jauh berbeza. Resepi muffin asas yang pertama lebih bersifat komersial dimana kos menghasilkannya sangat kecil dan tidak cerewet manakala resepi muffin asas kali ini lebih tinggi kosnya dan sesuai untuk surirumah yang hanya menghidangkan yang terbaik untuk keluarganya. Saya harap anda dapat membandingkan kedua-duanya dan ulaskan pendapat anda dalam kotak komen dibawah.
Bahan-bahan untuk Resepi Muffin Asas2 350g Tepung ...
Kadang-kadang bila ada masa terluang, saya selalu menyelongkar rumah mencari apa yang boleh dijadikan makanan untuk minum petang. Banyak sangat bahan-bahan yang berlebihan tapi tak cukup syarat. Susah payah kumpul barang, akhirnya tak cukup satu bahan yang penting. Selalunya akan jadi makanan yang menggunakan bahan yang biasa. Bahan-bahan luar biasa kekal sebagai tukun hinggalah tamat tempoh. Lagipun masa terluang bukannya banyak sangat dan tak cukup untuk buat makanan yang rumit dan istimewa...
Sepuluh tahun lalu sewaktu ke Cameron Highland, saya pertama kali merasai bebola labu manis. Pada masa itu saya cuma nampak satu gerai sahaja yang menjualnya diawal pagi. Itupun hanya dijual oleh dua orang wanita Indonesia. Dua bulan lepas, saya berkunjung ke Cameron Highland lagi tetapi kali ini, hampir semua tempat menjual bebola labu ini. Jika di tapak pasar malam yang beroperasi setiap hari, berbelas gerai yang menjual bebola labu ini. Memang pertama kali makan, saya dah berkenan dengan r...
Kebelakangan ini saya perhatikan harga barangan dapur semakin hari semakin meningkat. Harga ikan kembung yang dulunya hanya sekitar RM4 kini melonjak sehingga RM11. Mungkin ada juga yang sedikit murah hanya kerana ikannya lebih kecil ataupun telah pecah perut.
Semasa Deepavali dahulu berita akhbar dan televisyen mengumumkan harga telur turun kerana kekurangan permintaan. turunpun sedikit sahaja kira-kira RM6 sepapan. Walaubagaimanapun sehari dua kemudian naik semula sedikit demi sedikit. Tak a...
Ada simpan lagi air gula semalam? Kan saya dah pesan. Simpan sikit air gula dalam peti ais. Bila-bila masa nak guna, beberapa minit je boleh sediakan dessert. Mana la tau tiba-tiba datang tetamu, mak mertua ke. Sekurang-kurangnya ringan kerja yang perlu dibuat. Mana nak masak lagi. Nak cuci toilet lagi. Nanti tak pasal-pasal, tetamu tak dilayan. Dengan air gula dalam peti ais, dapat la buat dessert yang menyamankan. Puteri mandi ke, puding ke, Bubur Cha-cha ke, karamel ke ataupun paling mudah...
Biasanya bila beli nugget ayam dipasaran, terlalu banyak pilihan. Saya kategorikan hanya kepada 2 sahaja. Pertama yang mahal dan kedua yang murah. Harga nugget-nugget ini sangat berbeza bergantung kepada kualiti dan kuantiti daging ayam yang digunakan. Kalau yang mahal tu, memang ketara sangat ayamnya. Anda boleh bezakan sendiri dengan melihat dengan mata, merasa teksturnya dengan jari atau merasa kelazatannya dengan lidah. Bila membuat sendiri nugget dirumah, semuanya bergantung kapada kita....
Bagi yang mempunyai anak bersekolah pagi, sering menghadapi kesukaran menyediakan sarapan untuk mereka. Kena pulak anak yang belum pandai berdikari atau tiba-tiba terlewat bangun pula. Bertambah-tambah la kelam-kabutnya. Akhirnya anak-anak dibekalkan dengan makanan yang dibeli digerai-gerai atau makanan segera yang hanya perlu digoreng atau dipanaskan sahaja. Bila cerita pasal makanan segera, apa kata anda buat sendiri makanan segera untuk anak-anak. Selain dapat memudahkan kita diwaktu pagi,...
Petang-petang, bila boring, tak ada benda nak dikunyah, membuat muffin adalah pilihan yang tepat. Muffin lebih mudah, cepat dan mengenyangkan berbanding cupcake. Muffin coklat berganda paling sesuai untuk penggemar coklat tegar kerana rasa coklat pada muffin ini sangat kuat tambahan pula dengan tekstur muffinnya yang lembab. Bagi yang tak suka makanan yang terlalu bercoklat, boleh cuba Resepi Cupcake Coklat Tipis. Kalau nak yang rangup pula, boleh cuba Biskut Coklat Barat.
Selalunya dikampung saya, ibadah korban tidak hanya dilakukan di surau dan masjid. Ada juga yang melaksanakannya di rumah sendiri. Bagi ayah saya yang menternak lembu kecil-kecilan, menyembelih lembu dirumah sendiri hampir setiap tahun. Ada juga pelanggan dari jauh yang datang membeli lembu dan datang cuma untuk mengambil dagingnya. Lebih mudah membawa daging lembu dari membawa lembu. Mujur orang kampung saya sangat bermuafakat dan bersama-sama membantu menyempurnakan ibadah korban ini. Setak...