Sejak saya menulis blog ini, ramai yang bertanyakan kenapa nak tulis blog? Kenapa nak berikan resepi-resepi dan panduan yang amat berguna kepada umum? Resepi-resepi percuma itu sepatutnya dirahsiakan dan saya gunakan sendiri untuk mendapatkan wang berlipat kali ganda. Kalau semuanya dah di berikan kepada orang lain, apa yang tinggal untuk anak cucu saya nanti?
Pada awalnya, sayapun kurang pasti kenapa saya berblog. Niat asalnya supaya dapat saya dapat menulis apa sahaja mengenai hidup saya, ke...
Pernahkah anda berjumpa seseorang yang sangat kedekut ilmu? Mintak tolong ajarkan itu kena bayar, mintak ajarkan ini kena belanja makan. Alasannya, ilmu yang ada pada dia bukan senang nak dapat. Dia dulupun kena keluar modal beratus-ratus ringgit. Juga perlu habiskan masa bertahun-tahun untuk kajian sehinggalah dapat menghasilkan formula yang terbaik. Adakah anda akan berkira juga seperti ini?
Pada pendapat saya, selagi ilmu yang kita ada tidak digunakan untuk mencari rezeki, selagi itu tidak ...
Entri kali ini saya tujukan khas untuk usahawan-usahawan, bakal usahawan dan semua yang terlibat dengan industri makanan seperti gerai, restoran, katering dan lain-lain. Untuk itu saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai hal-hal remeh-temeh yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Hal-hal ini walaupun kecil, boleh menjadi penentu kejayaan perniagaan kita.
Pertama sekali, perkara yang tak terfikir untuk kita buat, selongkar tong sampah di premis perniagaan anda.Secara rasionaln...
Apa la yang ada dari karipap? Murah, kat mana-mana pun ada jual. Semua orang pandai buat. Sayapun sebenarnya tak minat nak bercerita cara-cara nak buat karipap. Saya lebih suka bercerita mengenai perniagaan. Walaubagaimanapun nak cerita pasal hal ni, terpaksa la juga saya paparkan resepi karipap yang paling mudah sebagai rujukan.
Tak kira makanan apa yang kita nak jual, masakan barat, melayu, cina, thai, india, kuih tradisional, kek atau sebagainya yang paling utama kita mesti ada ilmu menge...
Mengenang kembali, suatu ketika dahulu saya pernah melawat beberapa tempat menarik di Thailand. Saya suka melihat cara mereka berniaga. Untuk menarik pelancong seluruh dunia mereka membina World Largest Gems Gallery, World Largest Restaurant, World Largest Night Market dan banyak lagi yang world largest. Semuanya nak world largest. Kalau yang tak world tu tak payah cerita la. Satu perkara ya...
Entri ini asalnya saya ingin paparkan sewaktu perayaan Deepavali yang baru lepas. Kuih begini memang popular dalam perayaan begini kerana ia memang hidangan asli masyarakat India. Kuih wadeh urlundu ni sama dengan resepi wadeh dhal yang pernah saya ceritakan dulu. Hanya bahan utama sahaja yang berbeza. Wadeh urlundu dibuat menggunakan kacang urlundu. Saya pun tak pasti ejaannya macam mana. Kalau ikut sebutan India, boleh tergeliat saya mengejanya. Kuih wadeh ini dikenali diseluruh dunia keran...
Dalam Artikel Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 2 ini saya akan menumpukan kepada teknik dan tip membuat pizza serta maklumat-maklumat yang berkaitan perniagaan khususnya untuk peniaga pasar malam. Untuk resepi, sila rujuk Resepi Pizza Ringkas Termasuk Roti, Sos dan Topping bahagian 1. Pizza adalah masakan barat yang popular seluruh dunia. Bagi saya, tak ada yang susahnya dalam membuat pizza. Hanya roti yang diletakkan inti diatasnya.
Tahun ni Nuffnang cuma bagi runcit-runcit je. Kalau nasi lemak, sekadar nasi lemak kosong je tanpa lauk. Kalau donut pulak, cuma dapat donut gula tanpa coklat atau icing kaler-kaler dengan kacang. Ntah apa la sebabnya. Selalunya ada la jugak makan kat fast food dua bulan sekali. Jadi inilah ilmu yang saya dapat untuk dikongsi dengan anda semua. Langit tak selalu cerah. Tapi tak bermakna tak akan cerah semula. Hidup ibarat eye on Malaysia. Kadang-kadang diatas. Banyaknya dibawah cuma tengok or...
Anda tak teringin ke mendapat duit yang banyak tak putus dengan hanya bergoyang kaki? Anda nak ke menjadi kaya, mampu membeli apa sahaja tanpa melihat harganya dengan cara bersenang-lenang? Mahukah anda menerima tunjuk ajar dari seseorang yang boleh memimpin anda menuju jalan singkat kearah kejayaan? Pasti anda teruja mendengarnya kan? Anda perlu meneruskan pembacaan dahulu.
Secara umumnya ia bukan mustahil untuk mendapat duit yang banyak tak putus-putus, mampu membeli apa sahaja tanpa melih...
Saya tahu, ramai diluar sana yang tak menggemari ikan air tawar. Malah ada yang membencinya sehinggakan nak sebut pasal ikan air tawar pun tak sudi. Bila ditanya, kenapa tak suka. Tak ramai yang boleh menjawab. Ada yang mengatakan ikan air tawar hanyir dan ramai yang kata tak sedap. Kalau nak cerita pasal makanan yang tak sedap, ada banyak lagi makanan yang tak sedap. Kalau nak kata hanyir, ada banyak lagi ikan laut yang hanyir. Bagi saya, selagi halal, saya akan makan. Sedap, makan banyak. T...
Selama ni saya asyik mempromosikan Labis yang popular dengan tempat mandi-manda seperti Pusat Reakreasi Kolam Air Panas dan Hutan Lipur Taka Melur. Jadi apa salahnya saya bercerita pula mengenai Muar, iaitu kampung saya yang terkenal dengan mi bandungnya.
Minggu lepas ketika dikampung, saya merancang untuk meraikan hari bertuah saya dengan menjamu ahli keluarga saya. Biasanya saya akan memasak sendiri tetapi kali ini saya berhajat untuk makan di suatu tempat yang sedikit happening. Akhirnya ka...
Akhirnya setelah hampir setengah tahun menunggu, BE muncul juga akhirnya. Ingatkan Nuffnang dan melupakan terus pada Blog Resepi Masakan Barat Komersial. Syukur alhamdulillah. Sikit lagi nak merajuk kelat dan beralih arah. Dah la projek lain susah nak dapat. Orang perseorangan pun tak seberapa. Nuffnang pulak menyepikan diri. Harapkan ebook Masakan Barat Komersial je yang maintain setiap bulan. Sebagai langkah berjimat-cermat. Mari kita masak nasi lemak kukus. Kita belek dulu nasi lemak kukus...
Seperti orang lain, saya juga sering membeli majalah-majalah yang memuatkan berbagai-bagai resepi. Resepi-resepi ini bukan sahaja untuk saya cuba, tetapi lebih kepada untuk dikaji seterusnya meningkatkan lagi ilmu didada. Walaubagaimanapun bukan semua resepi saya cuba. Kalau nak cuba semua resepi, melingkup la saya. Saya ada cara saya sendiri untuk menilai keupayaan resepi-resepi yang saya baca. Kaedah ini saya pun tak tahu bagaimana nak berkongsi dengan anda semua kerana ia banyak mengguna...
Entri ini bukan mengenai saya dirompak dengan kejamnya tetapi mengenai entri saya yang dirompak. Kalau dulu ebook Masakan Barat Komersialsaya diedarkan sewenang-wenangnya kini lain pula ceritanya. Saya tau memang ramai diluar sana, blogger yang tak berbakat langsung dalam penulisan tetapi sangat berbakat dalam mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Bukan susah sangat jadi blogger copy paste ni. Google je keyword yang dikehendaki. Lepas tu copy paste je segala artikel yang teratas dan diku...
Jika berkesempatan, memang saya akan meluangkan masa untuk mengunjungi ekspo-ekspo dan pesta-pesta makanan seperti ini. Terlanjur sewaktu menghantar anak ke klinik untuk rawatan, saya menghadiri The Food Street JB City Square sekadar memeriahkan majlis sambil mencari idea-idea baru dalam bidang masakan.
Secara umumnya saya seronok melihat gerai-gerai jualan yang tersusun rapi, bersih membentuk lorong-lorong yang meriah dengan pengunjung. Produk-produk jualan bila dah dihias cantik dan disusu...
Ada yang memanggil kuih ini dengan nama rendang kasturi. Saya tak tahu sejarah kuih ini tapi saya tahu sifat-sifat kuih ini yang menjadikannya kegemaran ramai rakyat Malaysia. Pertama, rasa lemak kacang hijau mestilah asli. Kedua, kulit sadurannya mesti garing dan rangup walaupun setelah sejuk. Ketiga, rasa manis dan masin perlu seimbang dan keempat, tekstur bahagian dalam kuih kasturi hendaklah lembut dan tidak terlalu bersedai.
Bagi pengusaha kuih tempatan, sudah pasti mereka menggemari kui...
Saya tahu, mesti ramai diantara kita yang kurang berselera sewaktu sahur. Nak masak hidangan lazat waktu sahur, mesti leceh. Rasa malas pula. Tak kurang juga yang terlewat bangun sahur. Lauk berbuka pula dah habis. Mana tahan hari-hari makan telur. Jadi disini saya cadangkan satu hidangan yang sering membuka selera saya waktu sahur. Saya harap anda juga begitu. Lagipun hidangan ini boleh disimpan lama. Awal puasa, buat banyak-banyak. Letak je atas meja. Kalau sampai raya tak habis juga bole...
Apa kata hari ni kita tak payah masak. Kita minum je. Melalui minuman juga kita boleh mendapat nutrien dan vitamin yang diperlukan badan. Minuman seperti jus buah-buahan kaya dengan khasiat. Saya rasa tak perlulah resipi tertentu. Lebih baik saya bercerita mengenai jus dan buah-buahan agar kita lebih memahami mengenainya seterusnya boleh menghasilkan jus mengikut citarasa kita sendiri. Kalau nak tahu tubuh badan anda mendapat khasiat yang cukup atau tidak, boleh cuba aplikasi ini. (Klik)
Dulu pernah saya bercerita mengenai kenapa kek yang dibuat sendiri tak seperti kek yang dijual di kedai. Ramai juga yang mengakui untuk membuat sesuatu masakan perlu resepi dan panduan yang lengkap supaya kita tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Contohnya seperti taufu fa yang saya buat ini. Saya memang tiada pengalaman membuat taufu fa. Hanya melihat sahaja pengusaha taufu fa cina membuatnya di premis mereka. Macam senang je, jadi saya pun cuba la juga tanpa panduan yang leng...
Resepi Mi Gulung ini saya buat khusus untuk menjebakkan diri dalam program Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari yang macam dah tak sabar-sabar nak menyambut bulan puasa.
Resepi ini bukan sahaja ringkas dan mudah disediakan malah kosnya juga amat menjimatkan. Dalam erti kata lain, resepi ini sesuai dijadikan menu hidangan istimewa di restoran dan gerai anda pada bulan Ramadhan nanti. Itulah gunanya resepi komersial. Jangan hanya makan sekeluarga. Gunakannya untuk berniaga.
Menjelang Ramadhan nanti meriah la kawan-kawan kita mempromosikan kuih raya. Masing-masing memberikan sample kuih raya untuk dirasa. Peniagaan kuih raya ini memang berbaloi jika kena dengan caranya. Mesti anda terfikir, bagaimana mereka menyediakan kuih raya sebagai sample. Takkan nak buat 20 biji biskut je setiap jenis. Mesti leceh dan menggunakan kos yang tinggi. Sebenarnya jika kita teliti, kebanyakan biskut yang dijual dipasaran menggunakan satu asas yang sama. Cara ini paling menjimatkan...
Sering saya ingatkan kepada pembaca blog saya juga kepada pembeli-pembeli ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, bahawa anda boleh menjual produk anda dengan harga yang lebih baik sekiranya anda dapat meningkatkan tambah nilai produk. Seperti yang pernah saya katakan dulu, daripada menjual pisang lebih baik menjual kerepek pisang. Sekilogram pisang berharga lebih kurang RM2.50 sedangkan kerepek pisang berharga lebih dari RM8. Lebih tinggi harga jualan, lebih banyak keuntungan. Saya bukan sur...
Dua minggu telah berlalu, ada tiga minggu lagi untuk dilalui. Kerinduan dah mula terasa. Rindu pada keluarga, rindu pada blog dan rindu pada semua kerja-kerja yang biasa saya lakukan dimusim cuti sekolah. Saya masih disini, di Kuala Lumpur, mendalami ilmu masakan secara intensif. Dah rasa macam robot dah ni.
Sedihnya tengok blog saya berdebu. Tak de mood nak menulis. Tapi bila dah menulis, saya rasa macam tak nak berhenti. Rasanya semua dah tahu, peperiksaan SPM akan bermula beberapa hari lagi. Tu yang buat saya tak de mood nak menulis. Pertama, kerana sibuk dengan urusan berkaitan SPM. Kedua, apa khabar la pelajar-pelajar saya yang nak SPM tahun ni. Lama dah tak jumpa. Dah sedia ke?
Saya mendoakan semoga maju jaya kepada semua calon SPM tahun ini khasnya pelajar-pelajar saya serta pengunjung-peng...
Selalunya dikampung saya, ibadah korban tidak hanya dilakukan di surau dan masjid. Ada juga yang melaksanakannya di rumah sendiri. Bagi ayah saya yang menternak lembu kecil-kecilan, menyembelih lembu dirumah sendiri hampir setiap tahun. Ada juga pelanggan dari jauh yang datang membeli lembu dan datang cuma untuk mengambil dagingnya. Lebih mudah membawa daging lembu dari membawa lembu. Mujur orang kampung saya sangat bermuafakat dan bersama-sama membantu menyempurnakan ibadah korban ini. Setak...
Pelajar dah abis exam akhir. Aktiviti pembelajaran akan bermula pada minggu depan bagi modul yang baru. Walaupun sukatan modul dah abis untuk tahun ini, bagi menampung bebanan sukatan pelajaran pada tahun depan, pelajar akan didedahkan kepada sebahagian modul yang seterusnya. Yang penting sebenarnya nak mengelakkan diaorang daripada ponteng kelas. Jadi kalau ada kelas memasak dan ujian masak sekali confirm diaorang sanggup datang sekolah.
Tetapi teringin pulak nak ajar diorang macamana nak bua...
Memang ramai lagi yang tak tahu kadar tukaran unit sukatan dalam masakan kalau tidak masakan hampir setiap minggu ada sahaja email dan komen bertanyakan soalan mengenai hal ini. Dalam masakan, sukatan setiap bahan memang penting terutama dalam resepi yang rumit dimana sedikit perbezaan sahaja akan meninggalkan kesan yang besar dalam masakan. Contohnya apabila membuat kek atau roti. Sesuatu resepi pula tak mungkin la perlu dinyatakan segala jenis unit sukatan untuk sesuatu bahan. Sebagai seseo...
Sekali- sekala dapat makan cakoi banyak-banyak memang syok. Dari pagi membawa ke petang, tak habis-habis. Di tempat saya sekarang harga cakoi 5 batang RM2. Dapat la cakoi kurus dengan panjang tiga empat inci je. Lepas tu sosnya macam tak cukup sifat. Sekadar, jangan tak ada je. Nasib baik kuali kat rumah saya kecik. Kalau tidak, saya buat cakoi panjang-panjang, gemuk-gemuk macam zaman saya kecik-kecik dulu. Dengan sos cili mudah dan ringkas saya, rasa cakoi memang terangkat. Tak sia-sia saya ...
Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru untuk umat Islam seluruh dunia. Juga kepada sahabat-sahabat dan pengunjung Blog Resepi Masakan Barat Komersial. Semoga anda sentiasa dilindungi Allah sentiasa. Kepada yang sedang bergembira bercuti di kampung atau melancong ke tempat-tempat menarik, saya harap anda dalam keadaan selamat dan dapat menjaga diri untuk mengelak dari sebarang malapetaka.
Setiap hari saya keluar bekerja pukul 7 pagi dan sampai semula di rumah pukul 7 petang. Kalau bertugas hanya sebagai pendidik, bekerja begini memang saya sanggup. Tentulah menggembirakan bila membuat sesuatu yang berasal dari jiwa. Tapi bila terpaksa melakukan sesuatu yang tidak kena dengan jiwa kita, benda yang senang pun boleh menjadi susah. Itulah yang saya rasa sekarang ni. Kadang-kadang saya rasa saya ni seorang pembekal. Kadang-kadang rasa macam kerani. Kadang-kadang rasa macam usahawan...
Apa guna susah payah memasak kalau tukang makannya cuma kita seorang dua sahaja. Jadi bila kemalasan melanda, cold noodle adalah pilihan yang paling tepat. Sesuai dengan namanya, cold noodle bermaksud mi sejuk. Senang cerita mi tanpa dimasak yang orang bujang selalu panggil mi unplugged. Cold noodle tak sama dengan mi segera yang segalanya telah siap cuma tinggal dipanaskan sahaja. Mi ini terkenal dikalangan masyarakat cina dan kini jepun yang sentiasa mengejar masa. Orang Malaysia mungkin ku...
Awal minggu ini saya menghadiri satu jamuan khusus untuk guru dan staff sebagai simbolik sesi persekolahan sudah menghampiri ke penghujungnya.
Bukan niat saya untuk melelehkan air liur anda. Harap anda dapat sedikit idea dan ilmu dalam menganjurkan sesebuah jamuan. Ini penting sekiranya anda berniat membuka perniagaan dalam bidang katering.
Salad diatur dengan ringkas sahaja. Penggunaan pinggan mangkuk yang seragam sepatutnya dapat menyerikan lagi hidangan.
Tauke kedai kek tu beri resepi kek pada saya tapi kek saya tetap tak sama macam kek dia. Kek dia gebu, kek saya lekuk. Saya tengok gambar kek dalam majalah resepi macam menarik je tapi bila bila buat, kek jadi mampat. Itulah antara luahan yang sering kita dengar dari suri rumah yang sangat berminat membuat kek. Kalau kek menjadi boleh la jual kat kawan-kawan. Anak-anak nak makan kek tak perlu la beli lagi.
Mungkin anda menyangka tauke kedai kek itu tak mungkin akan memberikan resepi keknya wal...
Agak mengujakan untuk saya mengumumkan, saya telah menyiapkan sebuah lagi ebook yang amat berguna untuk anda semua miliki. Seperti biasa saya hanya menulis resepi yang paling sesuai untuk berniaga. Walaubagaimanapun, jika anda gunakan untuk keluarga, ebook ini juga amat berguna kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan anda.
Ebook ini mengandungi resepi kek kukus buah-buahan yang sejak dulu lagi menjadi produk popular dipasaraya dan hypermarket. Jika anda selidiki, kek kukus buah-buahan yang di...
Saya pernah melihat ada usahawan yang berniaga kastard karamel sahaja di pasar malam. Diawal jualan, meja kecilnya penuh dengan kastard karamel yang disusun bertingkat dalam mangkuk plastik seperti taufu fah. Sebelum saya meninggalkan pasar malam, gerainya hanya tinggal meja sahaja. Tindakannya berniaga kastard karamel di pasar malam memang suatu tindakan yang bijak. Dengan strategi yang betul, tidak mustahil dia akan mendapat kejayaan dalam perniagaannya.
Tiga tahun lalu 2 orang anak saudara saya diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1. Malangnya tawaran itu ditolak mentah-mentah tanpa mendengar pendapat orang lain. Memang budak yang berumur 13 tahun tidak dapat membuat keputusan dalam hal seperti ini. Ibubapalah yang menentukan hala tuju anak mereka sendiri. Sayang, keputusan diambil tanpa pengetahuan saya. Apabila saya mendapat tahu hal ini, semuanya sudah terlambat.
Hari ni hati saya ada tenang sikit sebab saya dapat buat cupcake hari ni. Jadi entri hari ni cuma nak bersantai, berborak-borak berisi sambil berlawak jenaka sikit. Mari kita baca dialog yang terlintas dalam fikiran saya mengenai perempuan yang tak tahu langsung memasak.
"Ada ke lelaki yang nak kat ko ni? Masak nasi pun hangit!" kata seorang wanita yang belum pernah menjadi mertua.
Kalau suatu ketika dahulu, saham perempuan yang tak pandai memasak memang sangat rendah. Dan sahamnya akan terus m...
Kadang-kadang bila saya rasa boring dan ingin mencari idea resepi apa yang ingin dikaji, saya akan surf internet. Mana la tau dapat idea resepi baru. tetapi setiap kali jugak saya akan terserempak resepi kek coklat moist. Hampir semua blog dan web resepi mesti mengandungi resepi kek coklat moist. Bermacam-macam jenis. Berbagai-bagai cara bergantung kepada kreativiti orang yang menciptanya. Setiap orang mungkin berbeza cara-cara dan kaedah yang dirasakan lebih mudah. Dan dalam entri ini saya g...
Semua orang tahu, pau adalah makanan kegemaran masyarakat cina. Kebanyakkan restoran cina ada menjual pau berbagai inti. Pau segera dan sejuk beku juga banyak di pasaran. Tapi Pau Hakka susah sikit kita nak jumpa kecuali kalau kita rajin masuk restoran cina yang menyediakan kuih-kuih tradisional cina. Hakka adalah satu kaum dari bangsa cina. Pau kacang merah hakka memang berbeza dari segi rupa dan teksturnya seperti gambar yang saya sertakan. Pau ini ada sedikit garing, dan tidak terlalu geb...
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa. Semoga anda semua dapat menyempurnakan ibadah dengan cemerlang serta merebut segala kelebihan bulan Ramadhan.
Kali ini saya ingin menjamu mata anda dengan kek lapis naga merah yang baru saya reka sewaktu menyiapkan tempahan kek coklat moist dan kek lapis pandan baru-baru ini. Kek lapis naga merah ini mempunyai konsep yang sama dengan kek lapis pandan cuma kek ini menggunakan buah naga merah sebagai bahan utamanya. Bahan-bahan p...
Kalau pergi ke bazaar ramadhan, ramai betul peniaga yang menjual ikan bakar. Macam-macam stail yang ada. Macam-macam rupa pun ada. Yang pastinya tak ada satupun yang murah. Ikan kembung seekor pun dan mencecah RM3. Kalau buat sendiri boleh dapat setengah kilogram.
Bahan-bahan yang diperlukan Ikan secukupnya (kembung/pari/cencaru) 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 2 cmb cili kering kisar Halia sebesar ibu jari 2 batang serai Lengkuas sebesar ibu jari Air asam jawa/jus limau kasturi 2 cmb minyak un...
Kuih mumia. hehehe dengar nama je dah menakutkan tapi sebenarnya ada lagi yang lebih menakutkan selain dari namanya. Kuih ni merupakan gulungan tepung yang berisikan ikan bilis yang dibelah dan digoreng rangup. Sesuai sangat dibuat sebagai kudap-kudapan sewaktu boring menonton tv dirumah.
Entah macam mana tiba-tiba tergerak hari saya untuk menyusahkan diri dengan membuat kuih yang sangat leceh ni. Dah la sibuk dengan kerja seharian, teringin pulak mengunyah sesuatu yang rangup. Memang leka ...
Lega rasanya setelah selesai segala yang perlu dilakukan di Kuala Lumpur. Kini saya kembali semula ke rumah sendiri yang tenang dan damai. Berapa jauhpun saya pergi, takkan sama seperti tinggal dirumah sendiri. Berapa mewahpun hotel yang saya diami, tinggal dirumah lebih selesa. Apatah lagi ditemani keluarga tercinta.
Lebih seminggu saya tak mengeluarkan entri baru. Bukan merajuk, cuma saya mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana saya tahu, kerja-kerja yang saya tinggalkan lebih se...
Mengelim karipap juga memerlukan kemahiran. Belajar apapun semuanya perlu ada kesungguhan dan latihan. Memang ada ramai orang yang mempunyai bakat semulajadi. Bagi tepung jadi kuih. Serupa dengan artis juga. Bagi cat, jadi gambar yang cantik, bagi kapur tulis pun jadi gambar cantik. Malah dengan arang pun boleh jadi karya seni yang hebat. Kalau orang yang biasa-biasa macam kita-kita ni, kalau tak berlatih memang tak kemana. Walau macam mana bentuk karipap pun, ia tetap dipanggil karipap. Bo...
Mungkin anda pernah mencuba beberapa resepi dalam blog ini. Bagi yang berjaya, sudah tentu ingin menunjukkan hasilnya dalam blog ini. Bagi yang kurang berjaya pula, mungkin ingin mengetahui kenapa boleh jadi begitu. Dalam hal ini, gambar adalah sangat penting supaya kita sama-sama dapat berbincang untuk menjadikan resepi ini lebih baik lagi. Jadi saya mengeluarkan entri ini sebagai panduan kepada semua pengunjung agar dapat berkongsi gambar-gambar mereka dalam blog ini.
Hari ni saya rasa macam nak membebel pulak. Tetiba je rasa seperti ini apabila memikirkan apa yang saya lihat dan lalui melalui persekitaran. Bukan sahaja untuk perniagaan, Sense of Belonging juga berguna untuk sesiapa sahaja sama ada dalam diri perseorangan juga komuniti. Saya pun tak pandai sangat nak menerangkan maksud Sense of Belonging. Pada saya ia bermaksud menyayangi apa sahaja seperti mana kita menyayangi hak milik kita sendiri. Jika sesuatu itu dah sememangnya milik kita, tentu kita...
Diam tak diam, kita telah pun meninggalkan tahun 2010. Suka atau tidak, kita harus menempuh tahun 2011. Dah banyak yang saya tempuhi pada 2010. Suka duka semuanya bercampur-campur. Dah bermacam-macam ilmu yang saya pelajari malangnya cuma ilmu yang saya minati sahaja yang dapat saya ingati. Begitu juga dengan blog ini. Sedikit demi sedikit saya mulai memahami mengenai blog. Saya semakin sedar tujuan saya membangunkan blog ini. Saya juga gembira bila blog saya dapat memberikan manfaat kepada o...
Jika kita perhatikan, mi kari yang dijual di gerai-gerai, restoran mahupun pasar malam, kita akan dapati ia terlalu kosong. Jika harganya dibawah RM2, mungkin masih berbaloi. Tapi jika harganya melebihi sekitar RM4 dengan mi seciput, tulang ayam seketul dua sebesar ibu jari dan sedikit sayur sawi, ia adalah sangat tidak memadai. Ini baru dinamakan mengambil keuntungan berlebihan. Sebagai usahawan, keuntungan diperolehi berkadar terus dengan bilangan mangkuk mi kari yang dijual. Jika jualan se...
Ingatkan dah tak ada tempahan kek untuk Hari Raya Aidil Adha tahun ni. Rupa-rupanya masih ada lagi yang berminat nak tempah kek disaat-saat akhir. Saya pun tak faham kenapa nak tempah pada saat akhir. Setelah dikira-kira, saya perlu menyiapkan kek-kek ini sebelum hari raya. Masa cuma ada 1 hari sahaja. Saya kena buat 4 biji kek kukus buah-buahan saiz kecil, 1 biji kek coklat moist saiz besar dan 2 biji saiz kecil serta 1 biji kek lapis pandan saiz besar. Semua sekali ada 8 biji. Ini bukanlah...
Apa la resepi cekodok pisang pun nak selit kat blog resepi ni. Banyak sebab yang menyebabkan saya ingin memaparkan resepi cekodok pisang ni. Saya tahu tak de orang pun yang nak cari resepi cekodok pisang kat internet. Saya tak kisah. Tak tergurispun hati saya ni. Dalam blog saya ni bukan sekadar resepi. Sesiapa yang hanya mengambil resepi sahaja, tanpa membaca tip-tip masakan, tip tip berniaga dan berbagai ilmu yang lain memang menyedihkan. Sedih kerana belum tentu resepi itu akan menjadi ke...
Malaysia Social Media 2012 akan berlangsung dari 13-17 Februari 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Berbagai acara menarik akan dijalankan pada hari itu seperti seminar, peraduan, permainan dan blog ini dengan tak malunya menyertai World Bloggers and Social Media Awards 2012. Belek-belek la apa yang ada di website Malaysia Social Media Week untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Berkenaan World Bloggers and Social Media Awards 2012 pula, sebenarnya saya rasa, blog Resepi Masakan Barat Komersial ni...
Tak seperti masakan timur, masakan barat menggunakan apa sahaja makanan yang mereka gemari sebagai pembuka selera. Pembuka selera bermaksud makanan yang diambil dalam kuantiti kecil sebelum menikmati makanan utama dan ia bertujuan untuk membangkitkan selera. Dalam bahasa inggeris, ia disebut apetizer. Biasanya pembuka selera masyarakat kita terdiri dari sayur-sayuran seperti rojak, pecel, tetapi dalam masakan barat, mereka juga menjadikan protin dan karbohidrat sebagai pembuka selera. Ciri-ci...
Masak telur pun nak belajar ke? Ya! Telur adalah antara bahan yang terpenting dalam masakan dan digunakan secara meluas dalam kebanyakkan hidangan. Ia juga adalah hidangan sarapan yang paling popular dalam masakan barat kerana penyediaannya yang ringkas, cepat serta berkhasiat. Malah telur juga dianggap pelengkap kepada hidangan seharian daripada sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui sifat-sifat telur untuk menghasilkan hidangan baru dan berp...
Kepada sesiapa yang masih belum dapat membezakan antara muffin dan cupcake, bolehlah mencuba resepi muffin asas yang saya sertakan dibawah ini. Adalah penting untuk tahu membezakan kedua-dua masakan barat ini supaya kita dapat menganalisa kejayaan sesuatu resepi. Ramai yang mengharapkan muffin mereka gebu, lembut dan halus sedangkan itu adalah ciri-ciri cupcake. Membuat muffin tidak begitu cerewet seperti membuat cupcake seolah-olah muffin direka untuk hidangan yang cepat dan mudah. Muffin ju...
Jika muffin boleh dikatakan cupcake yang mudah dan ringkas, begitu juga dengan skon dimana skon boleh dikategorikan sebagai quickbread yang kecil. Bagaimanapun saya lebih gemar mengaitkannya dengan biskut yang ringkas. Skon popular sebagai snek masyarakat barat terutama yang berasal dari Scotland. Kalau orang yang kurang berilmu, pasti menganggap skon adalah biskut yang tak menjadi, lemau atau tak cukup syarat. Apa yang penting, skon sebenarnya makanan yang mudah dan cepat disediakan, tidak c...
Russian Black and White Cake ini sebenarnya saya hasilkan dari Resepi Kek Coklat Moist yang asal. Tiada ubah sedikitpun kecuali toppingnya. Sila belek page Promosi untuk ebook Kek Coklat Moist yang diberi percuma bersama Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Konsep Russian Black and White Cake ni terletak pada corak yang terhasil apabila kek dipotong. Kebetulan sahabat saya ingin berkongsi sebiji kek bersama sahabat yang lain jadi saya potong siap-siap. Dapatlah tangkap gambar bahagian ...
Isu makanan kita dicemari bahan haram bukan baru dinegara kita. Setiap minggu, setiap bulan pasti ada isu ini dibangkitkan dan boleh dibaca diakhbar. Sikap kita yang terlalu bergantung kepada orang asing untuk membuat makanan kita antara penyebab mengapa isu ini seolah-olah tiada kesudahan. Tidak sepatutnya kita mengharapkan mereka memahami pantang larang kita kerana mereka tak akan cuba memahaminya. Pada mereka, asalkan tiada anjing tiada babi, makanan dikira halal. Padahal, tempat mereka me...
Saya baru saja mengenali kek Red Velvet ini. Pengalaman membuatnya pun tak sampai 10 kali, jadi tak banyak yang dapat saya kongsikan disini. Saya pun tak mau la memandai-mandai bercerita sedangkan ilmu yang adapun masih tak seberapa. Apa yang saya pasti, saya akan kongsikan. Benda-benda yang saya kurang mahir, saya harap anda boleh selongkar sendiri di internet. Kalau boleh saya cuma nak bercerita berdasarkan pengalaman saya sahaja.
Kek Red Velvet yang saya buat ini, mempunyai kaedah yang be...
Kali terakhir saya mengunjungi Jomheboh kira -kira 6 tahun lalu. Pada masa itu jomheboh masih dikenali dengan nama Sureheboh. Kini saya berpeluang mengunjungi Jomheboh sekali lagi walaupun setiap tahun mesti diadakan di tempat saya. Alang-alang terpaksa ke Bandaraya Johor Bahru dan berdepan dengan kesesakan jalan raya yang luar biasa, lebih baik saya terus mengunjungi Jomheboh.
Tiada apa yang berubah Jomheboh kini dengan 6 tahun lepas. Cuma pengunjungnya sahaja yang masih ramai seperti dahulu....
Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, saya ada menggunakan banyak menggunakan mayonis dalam hidangan-hidangan yang dipelajari. Dah lama saya diajukan pertanyaan oleh pelanggan-pelanggan ebook saya mengenai kaedah membuat mayonis sendiri. Kini baru saya berkesempatan memaparkan disini. Tidak susah sebenarnya. Tak perlu guna api pun. Hanya perlu kacau. Kalau ada mixer lagi senang. Tapi saya mengajar hanya menggunakan tangan je. Resepi dibawah boleh menghasilkan kira-kira 1 l...
Hari ini hari terakhir untuk Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial. Saya tak rasa perlu dilanjutkan lagi memandangkan saya pun dah tak larat melayani permintaan yang dating.Cukuplah setakat hari ini sahaja. Jika masih ada yang berminat, bolehlah membuat pembayaran sebelum tengah malam ini. Jika anda menggunakan bank selain dari Maybank yang mungkin mengambil masa melebihi 1 hari untuk terpapar dalam akaun saya, juga saya terima asalkan anda emailkan maklumatnya sebelum tengah malam ini...
Hari pertama sesuatu peristiwa yang berlaku dalam diri kita tentu indah kalau dikenang. Apa lagi jika hari pertama itu adalah permulaan kepada kejayaan kita. Jika pada hari ini, anda telahpun menjadi seorang usahawan berjaya, hari pertama menjadi topik permulaan untuk anda ceritakan segala pengalaman kepada anak cucu.
Macam biasa, sebelum membaca resepi pasti saya selitkan bebelan berkhasiat untuk kita fikirkan bersama-sama. Saya agak tertarik dengan cerita seorang hajah ni. Beliau antara yang berjaya dalam perniagaan tetapi tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik. Jadi cerita beliau sentiasa penuh dengan teladan dan pebuh semangat untuk kita semua membangun menuju kejayaan. Menurut beliau, diawal pembabitannya dalam perniagaan, beliau gamble sahaja mengimport satu kontena beras untuk dijual...
Dah banyak kali saya bereksperimen dengan tat telur ni. Macam-macam cara saya cuba. Macam-macam hasil yang saya dapat dan dah banyak wang yang saya belanjakan. Tapi tak mengapa kerana banyak ilmu yang saya dapat. Setiap idea yang keluar saya cuba dan cuba lagi sehingga saya berpuas hati dengan rasa tat telur yang sebenar, sama seperti yang dijual dikedai-kedai.
Di bawah ini saya paparkan resepi tat telur yang paling mudah disediakan. Saja saya paparkan resepi yang paling sedap yang saya cuba...
Memang betul, sebelum ini saya tak pernah buka tempahan kek secara online. Tapi ini tak bermakna saya tak mengambil tempahan kek. Kalau tidak, dari mana datangnya gambar-gambar kek yang ada dalam blog ini. Takkan saya nak makan semua kek yang saya buat. Mana larat. Kalau saya tak terus membuat kek, ilmu saya tak akan bertambah.
Gambar-gambar kek dalam entri kali ini ditempah oleh Pn Mastura untuk anak-anaknya. Ada 2 biji kek sebenarnya tapi biarlah saya tunjukkan kek coklat angrybird ni dulu...
Setelah berkali-kali mengeluarkan entri berbentuk resepi masakan, terasa penat juga. Tambahan pula hari-hari bekerja di dapur yang panas dan bahang, ada baiknya saya keluarkan entri yang sedikit ringan dan santai. Tak larat lagi nak fikir bagaimana nak menggalakkan pembaca blog ini berniaga khususnya dalam industri makanan. Akhirnya saya membuat keputusan keluar beriadah bersama keluarga dengan berenang di Kompleks Renang MBJB. Kalau beriadah di Hutan Bandar, cuma anak saja yang dapat mandi k...
Saya pun tak ingat ntah bila, saya terbaca satu blog yang bercerita tentang cempedak goreng yang dibelinya berharga RM5 untuk 10 ketul. Marah betul dia kerana terpaksa membayar 50 sen seketul untuk cempedak goreng kegemarannya. Siap dibandingkan lagi, dengan RM5 tu dia boleh makan makanan lain sampai kenyang. Memang betul, RM5 kita boleh makan nasi beriani. Chicken chop pun ada yang dijual dengan harga RM5. Lepas baca blog tu, anak tekak saya pun teringin nak makan cempedak goreng. Jadi bila ...
Saya berhasrat untuk memaparkan resepi-resepi masakan melayu berempah yang mudah dan ringkas. Resepi ini sesuai untuk perayaan atau keraian seperti hari raya Aidil Fitri atau majlis perkahwinan. Rasanya cuma kerutup sahaja yang masih menunggu giliran. Resepi lain seperti kari, rendang, kuzi, opor dan lain-lain semuanya sudah. Kali ini Resepi Kurma Ayam 70-an mengambil giliran. Seperti biasa, resepi saya tidak menggunakan rempah segera seolah-olah berada di tahun 70-an. Saya lebih selesa mengi...
Saya baru je masuk kerja. Cuba la tarik nafas panjang sikit. Tup-tup ternampak surat rasmi atas meja. Sulit dan Persendirian. Apa la yang sulit sangat. Rupa-rupanya lambaian KL. Pagi ni juga mesti bertolak ke KL. Serta-merta balik rumah semula kemas barang. Dah siap, terus ambik anak kat sekolah. Dapat la dia bersekolah satu jam je hari ni. Terus ke tempat kerja semula settlekan mana patut sebelum bertolak ke KL jam 11 pagi. Musnah harapan nak tarik nafas panjang sikit. Nafas sekarang ni semu...
Saya sering tertanya-tanya, apa gunanya saya bersusah-payah mencari wang yang banyak sedangkan ramai orang berpendapatan lebih kecil dari saya masih boleh hidup. Mereka mungkin hidup lebih bahagia dari saya. Ramai juga yang berpendapat wang bukan segala-galanya. Namun begitu ramai juga yang hidup menderita kerana tiada wang. Ada juga yang menderita kerana terlalu banyak wang. Pendapat masing-masing berbeza bergantung kepada pengalaman masing-masing.
Bagaimana dengan cuti Aidiladha anda? Pasti seronok dapat berehat dan bertemu sanak saudara. Sama juga seperti saya. Inilah masanya untuk saya berehat kerana selepas ini saya tidak akan berpeluang untuk berehat lagi sekurang-kurangnya untuk 4 atau 4 bulan lagi. Cuti sekolah akan tiba beberapa hari lagi tapi bukan untuk saya. Saya akan berada di KL mulai minggu depan dan berharap dapat mendalami ilmu yang diperlukan.
Serikaya juga dikenali sebagai kastard yang dikukus dalam buah labu adalah hid...
Saya dah janji, kalau ada barang baik, mesti beritahu kepada seluruh pengunjung blog saya. Saya akan utamakan barang-barang untuk kegunaan memasak yang betul-betul murah dan berbaloi. Seperti penimbang digital ini, kompom memang murah dan berbaloi. Ini ikhlas dari orang yang sangat berhati-hati dalam berbelanja macam saya.
Klik gambar untuk maklumat lanjut Penimbang ini bukan sahaja untuk menyukat berat tetapi juga untuk menyukat isipadu bahan. Selalu sangat saya terima komen mengatakan dia tak...
Saya rasa macam ada spy memerhatikan saya dari jauh. Hehehhe. Setiap apa yang saya buat, setiap apa yang saya ada dan setiap apa yang saya boleh buat seolah-olah sedang dianalisis. Mungkin orang tu ada dalam salah satu mailling list saya. Jadi, setiap satu ilmu yang saya curahkan dalam blog ini, dia tak akan terlepas dari membacanya. Apa la salahnya menghubungi saya terus jika ingin meminta sesuatu pendapat atau tunjuk ajar. Mana la tau kalau-kalau kita boleh melakukan usahasama. Dapat la unt...
Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masa...
Macam yang saya katakan sebelum ini, saya memang amat menggemari masakan bersambal. Lagi pedas lagi bagus. Kalau masak masakan bersambal, pasti saya akan lebihkan sambalnya. Begitu juga dengan sambal kentang ini, Sambalnya lebih banyak dari kentang hingga tenggelam warna kentangnya. Kalau anda juga suka sambal, bolehlah cuba resepi ini tapi jika untuk berniaga, kentangnya biarlah ketara. Resepi ini sepatutnya kentang masak berlada jadi bahan utamanya adalah kentang. Bagaimanapun, selera masin...
Anda bertuah jika dapat membangunkan perniagaan bersama keluarga anda. Memang banyak kebaikkannya kerana anda dapat membantu ahli keluarga anda. Kalau bukan ahli keluarga sendiri, siapa lagi yang sudi membantu ye tak? Daripada anda menggajikan pekerja yang kurang anda ketahui latar belakangnya, entahkan jujur entahkan tidak, lebih baik anda gajikan adik, abang, kakak atau andak anda. Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira dalam menggajikan ahli keluarga anda dari segi a...
Orang kata, tak sah sesebuah restoran tu tanpa roti canai tapi membuat roti canai tu nampak leceh dan kurang menyihatkan. Adalah lebih baik digantikan dengan chapati yang lebih senang disediakan dan lebih berkhasiat. Saya baru selesai mengajar pelajar-pelajar saya cara membuat chapati. Macam biasa, ditempat kerja hanya menggunakan kaedah biasa tanpa sentuhan komersial. Kesian kat pelajar saya, terpaksa membuat chapati yang keras, tebal dan berminyak. Gelek nipis jadi keropok, gelek tebal jad...
Jika disebut cekodok atau jemput-jemput tentu semua orang dah tau. Cekodok kentang pula ramai yang dah boleh agak. Tapi bila dengar mengenai cekodok kentang Autoreverse™ pula mungkin ramai yang belum mengatahuinya. Saya pun dah lama tak mendengar perkatan Autoreverse™ ni semenjak pita kaset hilang popularitinya dengan kemunculan cakera padat. Tapi ini bukan mengenai hiburan. Entri ini juga seluruh blog ini adalah mengenai makanan dan masakan yang diselitkan dengan ilmu perniagaan untuk ...
Semalam saya terserempak dengan seorang surirumah yang baru keluar dari restoran mamak. Dia membeli juadah makan tengah hari yang dimasukkan kedalam bekas plastik TFT yang besar. Saya rasa bekas plastik TFT tu dibawa dari rumah kerana masih ada beberapa bekas lagi yang masih kosong. Kalau dilihat dari kari daging yang dibelinya itu saya rasa berat daging tu melebihi 1kg. Tak tau la berapa mamak tu letak harga. Nasi pun dibeli sekali. Saya tak pasti mengapa dia membeli lauk-pauk sebanyak tu. M...
Waffle ni memang tak jauh sangat bezanya dengan pancake asas yang pernah saya paparkan dalam blog ini. Anda boleh bandingkan sendiri dalam entri pancake asas saya. Saya memang gemarkan waffle yang rangup diluarnya ketika panas dan gebu didalamnya. Resepi dibawah ini adalah resepi waffle yang paling mudah untuk anda cuba. Saya tak ada alat untuk memasak waffle. Kalau nak beli pun tak berbaloi untuk saya. Bukan saya nak makan waffle tiap-tiap hari. Ada juga saya belek harga mesin ini dikedai ba...
Dah lama sebenarnya saya nak paparkan berita ini di blog tapi terlalu banyak yang perlu saya fikirkan dan akhirnya saya paparkan juga semoga terdapat sedikit ilmu untuk saya kongsikan bersama. Sebenarnya gambar diatas adalah gambar suami saya sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah Beli Lagi dan Menang Lagi yang dianjurkan oleh pasaraya Kipmart.
Apabila berita kemenangan keluar di akhbar, pagi itu ayah saya yang mula-mula menelefon sedangkan saya masih belum menyedarinya. Setelah itu b...
Sekali sekala bila nafsu tak dapat ditahan-tahan, saya makan juga udang walaupun tahu makanan laut seperti ini boleh membuatkan saya menggaru sepanjang minggu. Saya ikutkan juga tekak ini dengan membuat cucur udang yang saya suka. Makanan jajaan ini tidak kurang popularnya dan amat menguntungkan jika diniagakan. Memang harga udang sangat mahal terutama yang kasar. Jadi perlu tahu kaedah yang betul agar cucur udang yang dijual mendatangkan keuntungan yang setimpal. Sebelum saya ceritakan bahag...
Saya tak pasti dimana keistimewaan kuey teow kerang ni sehingga dijual di hampir semua pasar malam seluruh Malaysia. Saya pun pernah menjadi peminat setia hidangan cina ni sehinggalah saya tak boleh lagi menikmati kerang. Sebenarnya, dalam diam, saya membelek beberapa orang penjual kuey teow kerang yang sedang memasak hidangan ini. Malu juga nak cerita tapi kalau tak buat macam ini, macam mana la ilmu saya nak berkembang. Akhirnya, saya membuat kesimpulan, tiada bahan rahsia dalam pembuatan k...
Agak lama saya tak memaparkan apa-apa resepi. Beberapa minggu kebelakangan ni memang sangat sibuk ditempat kerja. Majlis yang diadakan perlu diselenggarakan dengan betul. Tempahan kek dan makanan perlu disiapkan mengikut masa dan pelajar-pelajar saya perlu dibimbing tanpa ada ketinggalan mana-mana bahagian dan blog perlu didiketepikan dahulu kerana ia bukan suatu kemestian. Kini minggu peperiksaan bermula, perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar saya. Wajarlah saya memaparka...
Sekarang ni ramai yang dah tak minat sangat nak buat kacang salut seperti ni. Pertama, mungkin ia terlalu mudah. Kedua sebab kacang salut seperti ini dah banyak sangat dijual di pasaran. Malah bermacam-macam jenis, rupa dan perisa. Bagaimanapun saya tetap akan buat sendiri untuk mengelakkan terlalu banyak bahan-bahan yang saya saya tak tahu asal usulnya, masuk kedalam badan saya dan keluarga saya. Ayah saya memang gemar sangat makan kacang. Rasanya semua makanan yang berasaskan kacang goreng ...
Banyak permintaan yang saya terima untuk melanjutkan tempoh Diskaun 20% bagi ebook-ebook masakan barat tulisan saya. Menjelang Aidilfitri memang semuanya sibuk. Jadi saya lanjutkan tempohnya sehingga 13 Ogos 2012. Rata-rata sangat berminat dengan ebook ketiga saya yang mengandungi resepi kek coklat moist. Ebook ini diberikan percuma sama seperti ebook kek keju, kek kukus buah-buahan dan hidangan pengiring masakan barat.
Balik kampung dua minggu, sejuk la blog Resepi Masakan Barat Komersial. Hujung minggu ni pula, anak saya menyertai persembahan tarian di Plaza Angsana. Kena la balik awal untuk latihan tarian. Kalau nak tengok anak saya menari, boleh la datang ke Plaza Angsana 22 Disember 2012 ni.
Dah 5 hari saya tak update blog Resepi Masakan Barat Komersial dengan resepi-resepi yang sesuai anda gunakan untuk restoran dan gerai makanan anda. Maaflah kerana beberapa hari ni fikiran sedikit bercelaru dengan masalah kereta saya yang dah bertahun-tahun tak selesai. Saya memberikan kereta itu untuk seorang sahabat saya. Malangnya sehingga sekarang, kereta itu masih diatas nama saya. Saya cuma minta ditukarkan atas nama dia. Saya tak minta bayaran. Saya tak minta apa-apa. Tapi dia langsung ...
Amboi... lamanya tak bersiaran. Macam la ada pengunjung yang ternanti-nanti resepi baru. Macam biasa, saya sentiasa sibuk hingga tak cukup nafas. Tanggungjawab utama, mengajar, mendidik, memang saya tak anggap sibuk la. Mana boleh mengabaikan pelajar saya. Boleh kena sambar petir kalau buat macam tu. Yang menjadikan saya sibuk adalah tugas-tugas lain yang mesti dibuat. Kalau tempahan kek tu, memang saya boleh tolak sebab ia terletak dihujung sekali senarai tugasan yang perlu dibuat. Kalau sem...
Dah lama sangat anak saya teringin nak makan kek Upin dan Ipin dengan kawan-kawannya. Lebih 2 bulan yang lalu, sewaktu masih cuti sekolah dia menyuarakan hasrat. Sejak itu dia akan terus minta dan minta dan saya terus berjanji dan berjanji. Lama-lama kesian juga. Bukan saya tak nak bagi tapi masa tu masih cuti sekolah. Macam mana nak bagi kawan-kawan dia makan kek kalau sekolah belum buka. Nak tak nak terpaksa la tangguh juga.
Minggu lepas, akhirnya saya berpeluang juga membuat kek untuk ana...
Satu lagi masakan barat dari kategori sup yang paling popular dinegara kita adalah cream of mushroom soup ataupun sup cendawan. Walaupun sup ini bukanlah istimewa sangat tapi ia mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tak sah restoran masakan barat kita tanpa sup ini. Bayangkanlah, masyarakat di Malaysia sanggup membeli sup cendawan ini yang telah dijadikan sup segera sama ada dijual dalam tin dalam bentuk pekatan mahupun dalam paket dalam bentuk serbuk pati sup. Sup-sup ini dijual dengan har...
Beberapa orang sahabat saya bertanya, mengapa saya perlu beli e-book Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial sedangkan saya boleh dapatkan buku sebenar dipasaran dengan harga yang lebih murah? Pada mulanya saya hanya memberitahu tiada resepi masakan barat komersial dipasaran buat masa sekarang kerana saya sangka mereka pasti sudah membaca ciri-ciri resepi dan ciri-ciri ebook yang terdapat dalam website ini. Setelah difikir-fikirkan semula barulah saya tahu, mereka sebenarnya tidak tahu apa k...
Baru-baru ini saya membuat entri mengenai kek terakhir saya untuk tahun 2010 dalam entri Salam 2011. Kemudian ada la pulak permintaan dari beberapa rakan yang ingin menatap gambar-gambar majlis pertunangan. Jadi entri kali ini saya paparkan beberapa keping gambar yang diambil oleh jurugambar amatur jemputan kerana saya tak dapat menghadiri majlis tersebut. Kira ok la tu daripada tak ada langsung.
Gambar gubahan hantaran dari pihak lelaki. Kek saya ada terselit ditengah-tengah tu.
Suatu ketika dahulu, tiada rempah sup dijual dikedai. Kalau ibu saya tak rajin, masak sup hanya menggunakan rempah penumis je. Seperti sup yang saya gunakan untuk entri mi telur sup. Kalau rajin, ibu akan membuat rempah sup bunjut sendiri. Dulu, rempah-rempah ni murah je jadi kadang-kadang rempah sup bunjut ibu sampai sebesar penumbuk. Untuk berniaga, lebih baik kisar sahaja semua rempah supaya rasanya lebih kuat tanpa menggunakan rempah yang banyak. Lebih kurang anda bergantung kepada rempah...
Entah kenapa, saya rasa macam sedih sangat dengan Nuffnang. Rasa sunyi je dan kosong je blog ni tanpa gambar-gambar bergerak dari Nuffnang. Bukan tak ada terus cuma yang runcit-runcit je. Tapi tak mengapa. Itu bukan tujuan utama blog ini buat. Selagi saya mampu, saya akan terus memaparkan resepi-resepi menarik yang sesuai untuk anda hidangkan direstoran-restoran atau gerai-gerai makanan anda.
Kali ini saya ingin bercerita mengenai resepi nasi goreng yang paling saya menyampah. Resepi ini terla...
Seringkali kita dihidangkan dengan masakan yang kurang berkhasiat, kaya dengan kolesterol dan lemak tepu terutamanya hidangan Melayu. Hidangan seperti rendang ayam kampung contohnya banyak menggunakan santan kemudian ada yang menambah kerisik. Tak cukup dengan itu, gunakan pula minyak sapi sekaligus menjadikan hidangan melayu antara hidangan yang kurang baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, rasa hidangan melayu yang lazat menyukarkan kita menolak hidangan seperti ini. Ada satu kaedah yang saya ...
Bagi sesiapa yang telah memohon untuk ke Tingkatan 4 di sekolah-sekolah teknik dan vokasional di Malaysia bagi sesi 2011, sekarang anda boleh menyemak keputusannya secara online di link yang saya masukkan dibahagian bawah entri ini. Tawaran kemasukkan ini berdasarkan keputusan percubaan PMR 2010 memandangkan keputusan sebenar PMR belum diumumkan lagi. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang belum berjaya, masih belum terlambat untuk membuat rayuan.
Agak sukar memuaskan hati saya ketika makan di luar. Saya ni boleh la dikatakan cerewet dalam bab makan ni. Saya nak makan sesuatu yang mesti sedap, murah, banyak dan selamat di tempat yang selesa, bersih dan tenang. Macam mana saya tak bising kalau seketul ayam goreng sebesar penumbuk budak dijual pada harga RM2. Memang la harga barang sekarang ni semuanya dah naik tapi saya tau harga kos kebanyakan hidangan yang saya gemari. Saya juga tau yang mana senang disediakan, yang mana leceh. Takkan...
Saya senyap bukan kerana sibuk shooting rancangan masakan televisyen atau sibuk ditemuramah untuk majalah. Bukan juga kerana bercuti ke Imbak Canyon menenangkan fikiran menerokai alam semulajadi.
Saya senyap kerana saya perlu senyap sebentar. Bulan Syawal pun dah habis. Dah masuk bulan baru pun, ada lagi tetamu datang beraya. Waktu begini, ilmu menghasilkan hidangan pantas, mudah dan ringkas memang sangat perlu. Kos yan...
Kalau boleh memang nak makan sayur kampung selalu tapi bila berada dibandar ni, sayur kampung sedikit sukar dicari. Hargapun lebih tinggi dari sayur biasa seperti sawi, kangkung dan bayam.
Jika di kampung, saya cuma ambil pucuk ubi bahagian hujungnya yang kuncup sahaja. Barulah lembut dan sedap. Dibandar, daun yang keras dan kasar ni pun dijual juga. Jadi cara memasaknya juga perlu diubah. Kalau untuk dimakan bersam...
Kalau anda selalu makan di hotel-hotel berbintang, anda mungkin terfikir bahawa masakannya terlalu mementingkan rasa dan rupa. Pendek kata mereka hampir tak mementingkan kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Lain la kalau anda makan di hotel budget atau ketika hotel mengadakan promosi dan hidangan buffet dengan harga murah. Jika dihari biasa, memang anda diketuk cukup-cukup. Tak kira berapa banyak bahan yang akan mereka gunakan, wang yang diterima tetap sangat mengu...
Memang lama tak bersiaran. Macam-macam dah berlaku pada saya tapi biarlah perkara ini diketepikan dahulu. Ada masa boleh cerita. Tak de masa, lupakan saja. Lebih baik belajar sesuatu hari ini mengenai resepi dan masakan. Apa tu twister? Sebenarnya saya maksudkan hanyalah ketulan-ketulan ayam kecil yang rangup yang digulung dalam tortilla bersama salad dan tomato dan dimakan bersama sos. Pendek kata, semua bahan boleh dibuat dan diperolehi dengan mudah. Tortilla tu memang namanya gempak. Seb...
Video ni sebenarnya saya gunakan untuk mengajar para pelajar saya dalam penyediaan masakan India. Oleh kerana sekarang ni dah canggih, saya gunakan la ia untuk memudahkan pengajaran saya. Kalau dulu saya demonstrasi dan ada pelajar yang leka dan kuat berangan akan terlepas apa yang saya terangkan. Daripada saya buat demonstrasi berulangkali, lebih baik saya videokan je. Jadi sesiapa yang terlepas boleh la tonton video ni berkali-kali. Dan sekarang, saya post dalam blog saya supaya lebih ramai...
Biasanya kalau membeli-belah di hyper market, kami sekeluarga akan ke medan selera dan biasanya hidangan mi akan menjadi pilihan. Tetapi sekarang, kami sangat jarang menikmati mi disana lagi memandangkan kualiti hidangan mereka semakin lama semakin berkurang. Begitu juga dengan kuantitinya. Hanya harga yang semakin bertambah. Itu yang membuatkan saya frust sangat. Kalau dulu banyak jenis sayur yang diguna, kemudian cuma tinggal sawi dan kini sawi dah diganti dengan kobis. Untuk memenuhi seler...
Nak tergelak saya, bila membaca kartun kat atas tu. Memang saya akui dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah sekolah, sudah pasti kerani pun tak cukup tangan nak menyelesaikan semua tugas-tugasnya. Dalam hal ini guru terpaksa membantu supaya pelajar-pelajarnya tidak ketinggalan. Biasanya guru akan melakukannya untuk pelajar kelasnya dahulu dan menyerahkan pelajar lain kepada guru kelas masing-masing. Namun semakin hari semakin banyak yang perlu dilakukan sehingga ada guru ya...
Kuih lapis adalah sejenis kuih tradisional yang dimasak menggunakan kaedah mengukus iaitu menggunakan haba wap daripada air mendidih. Kebaikan memasak menggunakan teknik ini antaranya makanan tidak berubah bentuk, saiz dan warnanya dan tidak banyak nutrien yang hilang. Dari segi komersial pula, kaedah ini sangat baik kerana lebih menjimatkan dimana beberapa masakan dapat disediakan dalam satu masa dan yang paling penting ia tidak memerlukan perhatian yang lebih. Letak makanan dalam pengukus d...
Ada masanya sayapun sesak juga sehinggakan beraspun tinggal secawan je. Kalau nak makan kami sekeluarga memang tak cukup. Setakat beras secawan, anak bujang saya makan sorang je. Cara paling baik ialah dengan menjadikannya bubur. Tapi tak mau la bubur kosong je. Sekurang-kurangnya macam bubur McD tu pun kira orait la. Daripada secawan beras akhirnya menjadi seperiuk bubur. Dapat la kami makan tengah hari dan malam sekaligus. Kira banyak la tu. Makan bubur ni memang cepat kenyang sebab kandung...
Sewaktu entri ini di publish, dah dua hari saya berada di Kuala Lumpur. Dijangka saya akan terus disini untuk beberapa hari lagi. Saya gagahkan juga untuk update blog ini agar tiada yang menyangka Blog Resepi Masakan Barat Komersial telah berkubur. Tak sangka, hanya 2 entri sahaja dalam masa sebulan yang dapat saya paparkan. Kesibukan dan berbagai masalah yang saya hadapi serta tanggungjawab saya dalam mendidik anak bangsa menyebabkan saya terpaksa mengenepikan sebentar hal-hal berkaitan blog...
Beberapa aduan yang saya terima mengatakan borang ebook percuma yang saya sediakan gagal berfungsi dengan baik. Ada yang tersangkut ditengah jalan. Walaupun pendaftaran berjaya, tetapi tiada link download yang keluar. Dah sebulan saya mencari kaedah alternatif agar anda dapat download ebook percuma saya dengan jayanya. Kini baru berjumpa. Bagi yang masih belum memperolehi ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 2 yang saya berikan percuma atau yang cuba mendaftar tapi masih belum mem...
Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pengunjung blog ini, para pelanggan dan bakal pelanggan saya dan sesiapa sahaja yang mungkin tersesat dan terbaca entri ini. Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas semua salah dan silap, terkurang, terkasar bahasa dan apa sahaja yang mungkin menyebabkan anda semua kecil hati, marah, benci, menyampah harap dimaafkan. Saya hanya insan biasa yang tiada kelebihan malah terlalu banyak kekurangan dal...
Bulan Ramadhan dah terlalu dekat sangat rasanya. Bila berpuasa mula la tekak ni teragak nak makan kuih-muih yang manis sebagai pembuka selera. Kiranya sebagai intro menstabilkan tekak yang biasanya pahit sewaktu berpuasa. Salah satu yang saya gemari adalah kuih tako. Segarnya menikmati kuih ni yang sangat lembut, harum, lemak dan manis. Aroma pandan akan memenuhi mulut. Barulah berselera menikmati makanan utama yang lain.
Setiap kali bulan puasa, saya suka memerhatikan seorang peniaga bazaar...
Entah kenapa ada orang yang tergila-gilakan coleslaw dari salah sebuah restoran makanan segera popular dunia. Tak tahu apa yang menariknya. Makan sayur memang baik tapi tak de la sampai tahap terlalu taksub. Bagi yang memang tak makan sayur, hidangan macam ni awal-awal lagi dah ditolak tepi. Rasa-rasanya kalu coleslaw ni tak dimasukkan dalam pakej hidangan, mungkin beberapa mangkuk sahaja yang terjual sehari. Saya pun besar kemungkinan tak akan beli kerana hidangan mudah seperti ini sepatutny...
Saya tahu. Hari ni ramai rakyat Malaysia yang kecewa. Harap bersabar semua. Kalau tak dapat menanggung kekecewaan, saya cadangkan buka puasa nanti anda beli aiskrim. Kemudian order atau masak nasi goreng cina. Bayangkan muka Lin Dan yang anda kunyah tu. Hehehhe Sambil-sambil tu, mari kita cuba resepi sate saya ni. Khusus untuk sesiapa yang cuba berjinak-jinak dengan perniagaan sate. Tak perlu meniru-niru sate Hj Samuri atau mana-mana sate Kajang yang dah popular tu. Kalau boleh, tampilkan k...
Hari Raya kalau tak ada ketupat memang rasa tak ada makna. Kadang-kadang apabila berlaku ketupat yang dibuat tak mencukupi memerlukan kita mencari alternatif lain untuk menggantikan ketupat. Semua dah maklum, zaman sekarang ni daun ketupat pun dah kena beli. RM3 pun cuma dapat dalam 50 helai. Itupun banyak yang koyak, terlalu kecil dan lain-lain. Jadi kalau beli satu ikat memang tak cukup terutama untuk keluarga saya. Tambahan pula kalau makan dengan ayam masak merah. Nyum!
Bagi yang dah biasa dapat tempahan kek, anda tentu tahu, permintaan pelanggan ni memang macam-macam. Memang pasti semuanya nak yang cantik-cantik. Macam tu juga dengan bentuk kek yang mereka mahu. Kalau yang tak kisah tu boleh la kita buatkan bentuk bulat atau empat segi. Kalau yang mementingkan imej tu, mungkin nak bentuk love, segitiga atau diamond. Bagi yg mementingkan imej, mula la nak bentuk 3d yang sukar dijelaskan. Mungkin bentuk teddy bear, pokok, baju, barbie, nombor, huruf dan seba...
2 hari lepas saya menerima 2 keping voucher KFC bernilai RM20. Voucher ini adalah salah satu saguhati untuk saya setelah dilantik menjadi juri dalam pertandingan Catur Bistari pada bulan Januari lepas. Dah setengah tahun baru nak bagi ke? Sempat jugak la saya snap sekeping gambar sebelum voucher ni bertukar menjadi 5 ketul ayam goreng dan 2 cawan minuman ringan. Tapi apa yang nak saya ceritakan disini bukan pasal kerakusan kaedah saya makan ayam goreng tapi idea bisnes yang diperolehi dari ...
Dah berkali-kali saya katakan, resepi percuma hanya untuk orang yang bersungguh-sungguh untuk memasak, untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga dan berniaga. Tapi setiap kali itu juga saya terberi kepada individu yang salah. Sebelum dapat, berbagai-bagai alasan yang diberikan sehinggakan sanggup bayar berapa sahaja untuk mendapatkan resepi komersial saya sedangkan resepi itu hanya diberikan percuma untuk individu yang akan menggunakannya dengan betul sahaja.
Pasta juga merupakan salah satu sumber karbohidrat yang utama dalam hidangan masakan barat. Sejak diperkenalkan oleh kaum cina, masyarakat barat terus menggemari pasta dan kemudiannya mengubahsuai bahan-bahan dan bentuk pasta mengukit citarasa mereka. Kalau nak cerita mengenai jenis-jenis pasta, memang panjang. Lain rupa, lain namanya. Nak sebut pun susah. Bagi orang Malaysia, semuanya dipanggil mi. Spinach pasta seperti ini boleh dibeli dengan mudah di Malaysia. Ada yang dijual dalam bentuk ...
Pernah ke makan muffin yang tak manis? Mungkin tak ramai yang tahu, dalam masakan barat terdapat muffin yang tak semestinya manis. Ada muffin yang pedas, masin dan sebagainya. Muffin seperti ini termasuk dalam kategori savoury. Mungkin ada sedikit pelik ketika pertama kali mencuba namun akhirnya kita akan sedar muffin ini juga ada kelebihannya. Jika kita di Malaysia lebih gemar makanan bergoreng seperti jemput-jemput, cucur udang dan lain-lain, masyarakat barat lebih gemar menggunakan kaedah ...
Dah masanya membuat kuih raya. Bagaimanapun pilihlah kuih raya yang berkhasiat dan bukan hanya sedap je. Setiap kali hari raya, tak ramai yang mempedulikan kesihatan sendiri. Apa ada depan mata semuanya di makan. Tak ambil kisah lagi dengan piramid makanan. Lepas raya ramai yang merosot tahap kesihatannya. Klinik dan hospital dipenuhi pengunjung yang memerlukan rawatan dan ubat. Kebanyakkannya kencing manis, darah tinggi, lemah jantung. Kalau makan rendang tu, ingat-ingat sikit. Kalau makan k...
Seringkali kita didedahkan dengan program-program yang diwar-warkan sebagai paling lumayan diakhbar-akhbar, radio, televisyen dan internet. Program begini biasanya menawarkan modal yang rendah dan hasil yang lumayan tanpa perlu bersusah payah. Bagi saya, jika kita mendapat wang, mesti ada seseorang yang perlu mengeluarkan wang. Tidak mungkin kita akan mendapat wang lumayan hanya dengan menyertai sesuatu program sahaja. Kita perlu mencari seseorang untuk mengeluarkan wang barulah kita akan men...
Dah lama tak ada entri mengenai dessert atau manisan. Suatu ketika manisan seperti butiran buah delima begini memang popular. Memang enak dihidangkan sejuk dengan kuahnya yang lemak manis. Kini manisan begini telah diberi nafas baru. Dihidangkan dengan kuah yang pekat dan dihidang dengan cara yang kreatif dan menarik. Barulah berselera nak menikmatinya. Anda boleh cuba perbaiki segala hidangan yang terdapat digerai anda dan cuba fikirkan kaedah lebih baik terutama dari segi persembahan. Denga...
Setiap kali pelajar-pelajar saya belajar memasak, saya akan memberikan bahan-bahan yang diperlukan, resepi dan kaedah memasak yang sama. Mereka akan mendapat segalanya dalam kuantiti yang sama setiap seorang tetapi hasil yang diperolehi tak pernah sama. Ada yang berwarna gelap, ada yang cerah, ada yang sangat menyelerakan dan ada juga yang termasuk dalam kategori tidak boleh dimakan.
Mengapa hasil mereka terlalu berbeza sedangkan saya memberikan segala-galanya sama setiap seorang. Saya juga me...
Sewaktu majlis perkahwinan adik baru-baru ini, 2 ekor lembu telah ditumbangkan. Saya, dengan kerjasama ayah saya telah menyelamatkan 1 ekor lembu daripada dikendurikan. Bukan seekor lembu tapi hanya ekor lembu sahaja. Suami saya memang gemarkan sup ekor. Setelah sebulan tersimpan dalam peti ais, baru kini berpeluang memasaknya. Hidangan yang paling sesuai tentunya sup ekor kerana hidangan berkuah begini membolehkan semua khasiat dari ekor lembu dikeluarkan. Pada kali ini saya akan memasak sel...
Dah jadi macam suatu kemestian pula, setiap kali menjelang musim perayaan harga barangan keperluan pasti meningkat mendadak. Beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Deepavali diikuti dengan Hari Raya Aidiladha, dan seperti yang dijangka harga barangan utama seperti ayam, daging, telur, cili dan lain-lain sedikit demi sedikit bertambah tanpa disedari. Tambahan pula kerajaan mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun hadapan dan bonus hujung tahun ini da...
Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?
Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, mene...
Masih ramai ibubapa yang beranggapan aliran kemahiran dan vokasional hanya untuk pelajar-pelajar yang lemah. Bila mendapati percubaan PMR anak kurang membanggakan je mula la tanya saya macam-macam mengenai aliran kemahiran dan vokasional sedangkan sebelum ni tak pernah pandangpun aliran ini. Bila anak dapat banyak A, mula la berangan-angan nak masukkan anak ke asrama penuh atau sekolah teknik. Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini kerana ada beberapa faktor lain yang sangat penting se...
Kepada yang belum mengetahui apa itu program subur, biarlah saya terangkan sedikit dahulu.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan supaya kaedah pelaksanaan program subsidi beras ST15% sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian baucar kepada golongan sasar di bawah program yang dipanggil Program “Subsidi Beras Untuk Rakyat” atau ringkasnya SUBUR. Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Disember 2009.
Kadang-kadang bila ada masa terluang, saya selalu menyelongkar rumah mencari apa yang boleh dijadikan makanan untuk minum petang. Banyak sangat bahan-bahan yang berlebihan tapi tak cukup syarat. Susah payah kumpul barang, akhirnya tak cukup satu bahan yang penting. Selalunya akan jadi makanan yang menggunakan bahan yang biasa. Bahan-bahan luar biasa kekal sebagai tukun hinggalah tamat tempoh. Lagipun masa terluang bukannya banyak sangat dan tak cukup untuk buat makanan yang rumit dan istimewa...
Nenong! Nenong! Tengah kritikal sekarang ni. Stok kuih raya semuanya dah abis. Boring la tak ada benda nak dikunyah sewaktu menonton sinetron. Kebetulan serunding ayam raya masih ada lagi. Perkara pertama dan terbaik yang dapat saya fikirkan adalah karipap serunding mini. Sekejap je membuatnya kalau setakat untuk sebalang sua. Kalau ada tetamu datang hujung minggu nanti, ada la jugak benda yang nak dikunyah sambil berborak. Tak de la nak makan chicken chop je semata-mata.